Affan | Amanda : 44

11.3K 343 4
                                        

Amanda melangkah masuk ke dalam sebuah restoran bersama dengan Adam. Tadi Adam mengambilnya di rumah. Katanya Tan Sri Khalil iaitu papa mereka ingin berjumpa.

Yang peliknya kenapa tak nak berjumpa di rumah sahaja. Amanda boleh ke sana. Tetapi, Tan Sri Khalil tidak mengizinkan. Lagi pula, Puan Sri Puteri ada di rumah.

Mereka dua beradik langsung menapak mendekati Tan Sri Khalil setelah melihat Tan Sri Khalil melambaikan tangan ke arah mereka. Sesampai sahaja di hadapan Tan Sri Khalil. Terus Adam dan Amanda mengucup kekura tangan tua itu dengan penuh hormat.

"Assalamualaikum, pa." Ucap Amanda dan memeluk Tan Sri Khalil sekejap.

"Waalaikumussalam, anak papa. Manda sihat?" Balas Tan Sri Khalil seraya bertanya. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan anak perempuannya ini selepas Amanda berkahwin.

"Alhamdulillah. Papa sendiri? Manda tengok macam tak sihat je ni."

"Biasalah sakit orang tua. Sebelum ni papa batuk-batuk."

"Teruk tak batuknya?" Soal Amanda. Risau dia jadinya.

"Tak lah teruk mana. Papa makan ubat. Jangan risau." Kata Tan Sri Khalil sambil membelai lembut belakang kepala Amanda yang berlapik dengan tudung bawal.

Manis sahaja dia melihat anak perempuannya ini memakai tudung. Dia sedar yang dia sudah terlalu banyak habiskan masa dengan kerja sehinggakan tiada satu kenangan manis yang dia lakukan untuk anak perempuannya ini. Terlalu rindu dia akan Amanda.

"Ini kenapa papa nak jumpa dekat sini? Kenapa tak bagi kitaorang ke rumah je?" Sampuk Adam setelah dari tadi dia hanya mendengar.

"Mama kamu ada dekat rumah. Papa malas nak kecoh. Lagipun papa nak spend time dengan anak-anak papa ni. Bukannya nak dengar mama kamu berteriak macam orang gila." Beritahu Tan Sri Khalil jujur. Memang itu pun niat dia.

"Oh. Pa, Adam nak tanya sesuatu boleh?" Pinta Adam.

"Tanya lah."

"Mama jarang balik ke selalu balik?"

"Jarang. Kadang sampai dua ke tiga hari tak balik rumah."

"Papa ada tanya mama?" Amanda diam mendengar perbualan antara abang dan papa nya. Dia tidak tahu apa yang terjadi.

"Ada. Dia cakap tidur rumah kawan. Apa dia ingat dia tu muda lagi agaknya." Menggeleng perlahan kepala Tan Sri Khalil bila mengingat kejadian dua hari lepas di mana dia dan Puan Sri Puteri bergaduh.

"Papa takda syak apa-apa?" Soal Adam lagi.

"Mama kamu curang kan?" Direct Tan Sri Khalil. Tiada berbengkang-bengkok.

Terkejut Adam dan Amanda mendengarkan perkara tersebut. Terlebih lagi Adam lah.

"Mana papa tahu?" Penasaran Adam.

"Papa hantar orang untuk ikut mama."

"Papa tak marah ke?"

"Kalau korang berdua nak tahu. Selepas setahun arwah Ameline meninggal. Mama kamu memang dah curang dengan papa. Tapi, papa buat diam je. Malas nak bergaduh. Satu masa nanti, papa percaya yang mama kamu akan kena karma. Allah tak tidur." Jelas Tan Sri Khalil dengan nada tenang. Adam dan Amanda saling berpandangan.

"Papa suruh kamu berdua datang sini bukan saja-saja. Ada tujuan." Tutur Tan Sri Khalil.

"A..apa dia?" Tanya Amanda.

"Papa nak kamu berdua jaga diri. Kalau boleh jangan dekat dengan mama kamu. Terutama Amanda. Tolong jaga diri. Mana-mana kamu nak pergi. Jangan pergi sorang-sorang. Mesti berteman." Kata Tan Sri Khalil sembari memberi peringatan.

MRS NOAH AFFAN [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang