Ivy's Design
Pintu butik dibuka dengan agak kasar dari luar. Berpaling kepala Putra, Syira dan Nura melihat gerangan yang baru melangkah masuk ke dalam butik.
Berkerut dahi mereka bertiga melihat seorang perempuan yang boleh tahan seksi masuk ke butik. Dengan tampang wajah yang seperti tidak puas hati dengan seseorang.
Syira bangun dan pantas kakinya menapak mendekati perempuan seksi itu. Wajahnya cuba dibuat ramah.
"Selamat datang ke Ivy's Design. Ada yang boleh saya bantu?" Tanya Syira dengan ramah.
Perempuan tersebut merenung Syira dari atas sampai bawah selepas itu dia tersenyum sinis.
"Aku nak jumpa dengan bos kau." Kata perempuan itu.
"Bos? Cik Amanda?" Blur Syira. Siapa lagi bos kau wahai Syira. Kau ada berapa ramai bos?
Terjungkit sebelah kening perempuan seksi itu. Dia memandang sinis terhadap Syira. Setelah itu, baru lah Syira sedar. Amanda lah yang perempuan ni nak jumpa.
"Sekejap ya? Saya panggilkan cik Amanda. Nama cik siapa?"
"Maya." Balasnya ringkas.
"Baik. Tunggu sekejap ya?" Syira terus berlalu memanggil Amanda yang berada di dalam bilik kerjanya.
Putra dan Nura pula merenung sahaja perempuan itu. Nura membuat jengkel melihat perempuan itu.
"Dah lah seksi. Sombong pula tu. Ikutkan hati nak je aku bungkus kau dengan kain kapan. Geram pula aku tengok baju kau tu. Dah macam pinjam baju adik. Ketat. Pendek. Sikit lagi nak nampak punggung. Aku cucuk punggung kau pakai kayu satgi." Kutuk Nura tak beragak.
Putra yang mendengar segala kata-kata Nura barusan tergelak kecil. Dia pun rimas tengok baju perempuan tu. Terus mata nya dikalih memandang arah lain.
Tidak lama selepas itu, Syira keluar bersama dengan Amanda. Syira kembali ke meja kaunter. Amanda pula berjlaan untuk berjumpa dengan Maya.
Sampai sahaja di hadapan Maya, Amanda tersenyum ramah.
"Ya, cik. Ada apa nak jumpa saya?"
"So you lah Amanda?" Tanya Maya dengan gaya berlagak.
"Ya, saya Amanda." Jawab Amanda walaupun dia sudah merasa pelik. Macam ada sesuatu je perempuan depan dia ni.
"I Maya. Girlfriend Affan." Terkejut Amanda. Girlfriend? Tengku Affan takda cakap apa pun pasal ni dengan dia.
"Kawan perempuan ke maksud you?" Tanya Amanda. Nampaknya dia menghidu bau-bau yang tidak enak.
"You ni bodoh ke atau buat-buat tak faham? I datang sini untuk bagi you warning. Affan tu milik I. You tu Affan anggap sekadar perempuan simpanan. Tak ubah macam pelacur." Lancang sekali mulut Maya berkata begitu.
"Oh? Saya tak faham. Cik Maya datang sini semata-mata sebab tu je ke?" Amanda masih dengan riak tenang. Malas nak berbalah lebih-lebih.
"Affan jadikan you sebagai isteri sebab ada agenda lain. Don't be stupid, Amanda." Lagak Maya berkata. Muka jengkel ditayangkan pada Amanda.
Amanda tidak membalas. Hanya mengangguk sahaja. Dia rasa perempuan hadapan dia ini sudah tak betul. Mungkin ada masalah mental. Who knows. Right?
Bengang Maya melihat reaksi Amanda yang begitu tenang. Langsung tiada reaksi ingin marah atau mengamuk. Sebal pula dia.
"Macam ni lah, cik Maya. Daripada cik Maya datang sini buang air liur bercakap macam orang takda otak. Lebih baik cik Maya balik je. Saya malas nak melayan cerita-cerita bodoh ni. Apalagi sampai nak memfitnah suami saya. Saya kenal suami saya." Kata Amanda dengan tenang. Perkataan suami ditekan sedikit sekadar ingin memberi peringatan yang Tengku Affan adalah milik dia. Bukan perempuan di hadapannya ini.
ANDA SEDANG MEMBACA
MRS NOAH AFFAN [C]
RomanceTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...
![MRS NOAH AFFAN [C]](https://img.wattpad.com/cover/341697069-64-k982301.jpg)