Affan | Amanda : 41

11.7K 351 4
                                        

Ivy's Design

Fokus Amanda melukis design baru untuk new collection di butiknya. Bukan dia tak boleh upah orang. Tapi, Amanda ni sejenis cerewet sikit. Kadang itu tak tak kena, ini tak boleh, itu pantang ini pantang. Macam-macam lah.

Jadi, bagi dia dari membebel dekat orang. Baik dia design sendiri. Puas hati.

Tak lama selepas itu, gajet mahal dia berdering dengan kuat tanda minta diangkat. Amanda langsung mencapai handphone nya tanpa melihat siapa yang menelefonnya dan dia menjawab panggilan tersebut.

"Hello." Sapa Amanda.

"Assalamualaikum, sayang." Ucap Tengku Affan lembut. Terhenti tangan Amanda dari bergerak.

"Waalaikumussalam. Abang, abang dekat mana? Bila nak balik? Lama lagi ke dekat Langkawi tu? Tak kesian ke dengan isteri sorang-sorang dekat sini? Abang tak rindu saya ke?" Bertubi-tubi soalan Amanda ajukan pada Tengku Affan. Tergelak Tengku Affan dibuatnya.

"Banyak nya soalan sayang..satu-satu lah. Ni sayang nak suruh abang jawab soalan yang mana dulu?" Tegur Tengku Affan. Bibir dia masih melorekkan senyuman. Rindu betul dia dekat isteri dia ni.

Dah seminggu dia di Langkawi atas urusan kerja. Terpaksa lah berjauhan dengan isteri tercinta selama seminggu. Haih.

"Abang bila balik?" Tanya Amanda.

"Tak sure lah sayang. Ada kerja tak settle lagi. Ini abang call pun sebab nak bagitahu pasal ni lah. Sorry, my sweetheart." Ujar Tengku Affan dengan rasa bersalah.

Senyap terus Amanda. Tercebik bibir Amanda apabila Tengku Affan beritahu dia perkara tersebut.

"Sayang..are you still there?" Soal Tengku Affan bila dari tadi tidak mendegar suara sang isteri. Ini confirm merajuk tak pun terasa hati. Tapi, bukan salah dia. Semua salah kerja. Hish!

"Takpa lah. Abang take care dekat sana tau. Bye, assalamualaikum." Amanda terus menutup panggilan. Air mata yang dari tadi ditahan akhirnya jatuh juga.

Tersebik-sebik bibirnya. Dia rindukan suami dia sangat-sangat.

Ish. Mengada betul lah kau ni, Amanda. Dia pergi Langkawi kan sebab kerja. Nanti-nanti dia balik lah.

~~~~~

Tengku Affan yang berada di Langkawi sudah mula panas bontot apabila isterinya sudah merajuk. Dia terus mengemas segala barang untuk pulang sekarang juga.

Niat dia tadi saja nak mengenakan Amanda. Tapi, nampaknya senjata makan tuan pula.

Ikutkan esok dia balik tapi kalau dah macam gini lah gayanya. Memang sekarang juga dia balik. Misi dia selepas sampai di Kuala Lumpur adalah memujuk kekasih hati.

Sayang, wait for me!!!

Ketukan di pintu bilik hotel nya menghentikan segala perlakuan dia yang sedang mengemas. Lantas dia berjalan mendekati pintu dan dibuka.

Buka sahaja, Wais terpacak berdiri di hadapan pintu bilik dengan senyuman.

"Aku nak pergi makan. Kau nak ikut tak?" Pelawa Wais.

"Tak nak. Aku nak balik." Kata Tengku Affan. Terkejut Wais.

"Balik? Sekarang? Bukan balik esok?" Banyak pula pertanyaan Wais.

"Hmm. Sekarang."

"Asal?"

"Aku rindu bini aku." Melopong Wais mendengarkan itu. Like seriously?!

"Lah? Esok kan dah balik."

"Kau nak balik esok, kau balik lah. Aku nak balik hari ini dan sekarang juga. Dah berambus. Kacau je lah." Terus ditutup pintu biliknya.

MRS NOAH AFFAN [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang