Lena Tengku Affan terganggu apabila mendengar suara seakan ada seseorang menangis di sebelahnya. Pantas Tengku Affan bangkit dan melihat Amanda yang mengingau di dalam tidur.
"Sakit, ma..jangan..Manda tak nak, mama. Mama.." Lirih suara Amanda.
"Abang tolonggg..mama, Manda tak nak. Sakit, mama.." Merayu Amanda.
Meracau-racau Amanda. Badannya juga bergerak ke kanan dan ke kiri. Lantas Tengku Affan membangunkan Amanda. Ditepuk lembut pipi Amanda.
"Sayang. Hey, wake up. Sayang." Kejut Tengku Affan. Diusap dahi Amanda yang berpeluh. Amanda masih lagi tidak sedarkan diri.
"Hey, sayang. Bangun.." Tengku Affan mencuba sekali lagi. Dipeluk badan Amanda.
Tak lama kemudian, baru lah Amanda membuka kelopak matanya. Nafasnya menjadi tidak teratur. Naik turun dada Amanda. Buka sahaja mata, dia melihat Tengku Affan yang merenung diri nya.
"Are you okay?" Tanya Tengku Affan. Diseka peluh Amanda yang mengalir di dahi.
Tidak menjawab malah dipeluk tubuh tegap Tengku Affan. Wajahnya disembamkan di dada bidang suaminya.
"Don't leave me, please.. Manda merayu dengan abang. Jangan tinggalkan Manda.. Manda takut.." Lirih suara Amanda berkata.
Tengku Affan membelai lembut rambut lebat Amanda. Sesekali pasti dikucup tepi kepala sang isteri. Sungguh Amanda trauma dengan apa yang sudah terjadi.
"Abang takkan tinggalkan sayang." Ucap Tengku Affan sambil bibirnya dilabuhkan di atas kepala Amanda.
Amanda menyelesakan dirinya di dalam pelukan Tengku Affan. Tengku Affan bersandar ke kepala katil. Tidak lama kemudian, Tengku Affan merasa hembusan nafas yang begitu tenang. Diintai isterinya. Ternyata Amanda sudah pun tidur.
Tengku Affan meletakkan tapak tangannya di dahi Amanda. Panas. Isterinya demam. Perlahan-lahan Tengku Affan meletakkan Amanda di sebelah. Setelah itu, Tengku Affan mencapai handphone nya bagi mendail Syakira.
"Assalamualaikum, Kira. Ini aku, Affan."
"Waalaikumussalam. Kenapa call? Manda okay kan?" Tanya Syakira. Risau pula kalau terjadi apa-apa pada Amanda.
"Boleh datang ke rumah tak? Manda demam lah. Badan dia panas sangat ni." Pinta Tengku Affan. Tangan dia mengusap wajah Amanda.
"Dalam 30 minit aku sampai sana. Aku kena attend seorang pesakit ni dulu. Boleh?"
"Okay. Thank you, Kira." Ucap Tengku Affan. Selepas itu, dia menutup panggilan tersebut. Gajet mahal itu diletakkan semula di atas meja kecil sebelah katil.
Tengku Affan meraih Amanda kembali ke dalam pelukannya. Dikucup dahi Amanda berkali-kali.
~~~~~
Tengku Affan diam memerhati Syakira yang sedang merawat Amanda. Setelah itu, Syakira bangun dari duduknya dan berpusing menghadap Tengku Affan.
"She's okay. Cuma demam panas sikit je. Jangan risau. Amanda dalam keadaan trauma." Kata Syakira pada Tengku Affan.
"Kesan melecur dia tu?"
"Oh. Wait." Syakira mengambil handbag dia dan mengeluarkan sesuatu dari handbag nya. Dia menyerahkan benda tersebut kepada Tengku Affan.
"Ini ubat sapu. Nanti kau sapu je ubat ni dekat kesan melecur dia. Plus, jangan bagi dia makan makanan yang boleh buat melecur dia tu makin tak baik. Takut menjejeh. Kesan nya dalam sangat. Buat sementara waktu saja." Pesan Syakira sambil mengalihkan perhatiannya memandang Amanda yang masih lena.
ANDA SEDANG MEMBACA
MRS NOAH AFFAN [C]
RomanceTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...
![MRS NOAH AFFAN [C]](https://img.wattpad.com/cover/341697069-64-k982301.jpg)