Terpejam rapat mata Amanda apabila terkena angin malam yang sepoi-sepoi. Terasa nyaman sahaja. Tiba-tiba dia teringat akan kejadian tengah hari tadi.
Pulang sahaja ke rumah, terus Amanda mendiamkan diri. Tidak mahu bercakap dengan Tengku Affan. Dia tidak marah kepada suaminya. Cuma dia takut. Dia tidak tahu kenapa. Tapi, dia dapat rasakan yang Tengku Affan seakan menyimpan sesuatu dari dia.
Tiba-tiba, Amanda terasa ada tangan yang menjalar di pinggang kecilnya. Tidak perlu berpusing untuk melihat gerangan tersebut kerana dia sudah dapat mengagak siapa.
"Are you okay, sweetheart?" Tanya Tengku Affan sambil mencium puncak kepala Amanda bertalu-talu.
Tangan Tengku Affan yang berada di pinggang Amanda, ditindih dengan tangan kecil sang isteri. Amanda mengusap lembut tangan suaminya.
"I'm okay." Jawab Amanda perlahan. Dia menyandarkan belakang badannya ke badan hadapan Tengku Affan. Diselesakan dirinya.
"Abang tahu sayang tak okay. Ada apa-apa yang sayang nak cerita?" Tanya Tengku Affan seraya mahu menenangkan hati isterinya.
"Tak. Saya takda apa nak cerita. Cuma Manda nak minta maaf dekat abang." Ucap Amanda. Berkerut dahi Tengku Affan tidak memahami. Dipusingkan tubuh si isteri menghadap dirinya.
"Kenapa minta maaf?" Soal Tengku Affan sambil dipegang kedua pipi Amanda. Dipandang seraut wajah cantik si isteri.
"Abang mesti marahkan Manda pasal Hud. Sumpah, Manda cakap yang Manda tak tahu dia datang butik." Kata Amanda dengan riak kerisauan.
Tengku Affan mengusap lembut sisi wajah Amanda dan diraih agar mendekat. Setelah itu, Tengku Affan mencium bibir sang isteri. Terpejam mata Amanda mengikut rentak si suami.
Usai itu, Tengku Affan melepaskan ciuman tersebut dan melekapkan dahinya bersama dahi Amanda. Matanya merenung ke dalam mata Amanda. Pandangannya yang redup tapi hangat.
"That's not your fault, sayang. Abang tahu, dengar dan nampak semuanya. I really impressed. You look sexy when you mad. Bold. Hot. Wow." Puji Tengku Affan dengan mengoyakkan senyuman seksi.
Terpaku Amanda melihat senyuman suaminya. Dia merasa nafasnya menjadi berat. Terkelip-kelip mata dia melihat Tengku Affan.
"Abang tak marah saya?"
"No. Why should I be angry with you?" Amanda mengangkat kedua bahunya.
"Sayang nampak seksi masa sayang bela abang. Tergoda abang." Kata Tengku Affan dan membuat Amanda tergelak kecil.
"Ish. Tak habis-habis dengan tergoda dia tu." Balas Amanda. Dia menjulingkan matanya ke atas.
"Betul. Abang tergoda sangat tau. Sayang macam heroin yang sedang menyelamatkan hero dari gangguan raksasa." Seloroh Tengku Affan dan telah membuat Amanda tergelak besar.
"Hud raksasa? Tak. Dia tu lebih kepada dinasour. Tak pun toyol." Setelah itu, Amanda dan Tengku Affan terus melepaskan tawa.
"Toyol..sayang panggil dia?" Amanda angguk.
"Apa-apa je lah. Tapi, selagi abang hidup. Abang takkan biarkan sesiapa pun kacau hubungan rumah tangga kita. Abang perlukan sayang dalam hidup abang." Luah Tengku Affan sambil mengusap lembut rambut lebat Amanda.
"Manda pun. Selepas papa dan abang Adam. Abang lelaki yang Amanda nak sentiasa ada dengan Manda. Manda cintakan abang." Ujar Amanda membalas luahan Tengku Affan.
Sesudah itu, Amanda menjengkit sedikit dan mendekatkan wajahnya dengan Tengku Affan dan menggeselkan hidungnya dengan hidung si suami. Melebar senyuman Tengku Affan.
ANDA SEDANG MEMBACA
MRS NOAH AFFAN [C]
RomanceTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...
![MRS NOAH AFFAN [C]](https://img.wattpad.com/cover/341697069-64-k982301.jpg)