Affan | Amanda : 4

9.4K 420 27
                                    

Starich Empire

Panjang langkah Amanda memasuki bangunan megah dan besar itu. Hari ini dia harus menggantikan Adam untuk hadir meeting dengan CEO Starich Empire.

Tiba-tiba, Adam ada emergency. Untung lah dia sudah inform pada Starich Empire tentang emergency dia tu.

Meluru Amanda menuju ke kaunter yang ada di lobi. Dia berdehem untuk menyedarkan perempuan yang sedang duduk sambil make up. Jengkel muka Amanda memandang perempuan itu.

"Excuse me. Saya datang sini sebab ada meeting dengan CEO company ni. Tingkat berapa pejabat CEO?" Tanya Amanda.

"Cari sendiri. You yang nak meeting kan? Tak profesional." Selamba perempuan itu berkata begitu pada Amanda.

Menarik nafas dalam Amanda menahan sabar dengan tingkah biadap perempuan ini.

'Dah lah kerja bawahan je. Berlagak macam kau tu CEO.' Getus hati Amanda dengan matanya memandang perempuan itu atas bawah.

"Kalau, I tahu. I tak tanya you." Balas Amanda.

"Eh, you.." Belum sempat perempuan itu menghabiskan ayatnya. Laju Amanda memotong.

"You sebagai pekerja yang hanya duduk di kaunter pertanyaan di lobi ni. Bila ada orang luar yang datang ke company tanya itu dan ini. Ini ke sikap yang you tunjuk? Shame on you. Kesian juga dekat company ni sebab ada pekerja macam you. Biadap." Bidas Amanda dengan berani.

Orang yang lalu lalang di situ terkedu mendengar bidasan Amanda. Perempuan tersebut terus diam. Langsung tidak menjawab atau membalas kata-kata Amanda barusan.

Tak lama selepas itu, nama Amanda dipanggil seseorang dari belakang. Berpusing Amanda melihat PA abangnya yang berlari menuju ke arah dia.

"Syuhada?"

"Ya, saya." Mengah Syuhada. Naik turun dadanya kerana dia berlari dari tempat parking tadi.

"Buat apa dekat sini?" Soal Amanda ingin tahu.

"Encik Adam minta saya untuk temankan Cik Amanda. Lagi satu, ni fail tentang projek yang nanti kita nak bentangkan." Syuhada menghulurkan satu fail berwarna biru muda kepada Amanda.

Amanda mengambil fail tersebut dan di check sekejap. Setelah itu, Amanda mengajak Syuhada naik ke atas. Mereka ada lagi 10 minit sebelum pembentangan.

"Kalau datang kerja tapi tak reti nak buat kerja. Lain kali jangan kerja. Muka tu kalau aku tampar, berjerebu tempat ni." Sempat Amanda memerli perempuan itu sebelum berjalan meninggalkan kaunter.

Berkerut dahi Syuhada kerana tidak memahami. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia memandang Amanda dan perempuan itu bersilih ganti sambil kakinya tetap melangkah mengekori Amanda dari belakang.

Terpinga-pinga perempuan itu bila terkena lagi dengan Amanda. Malu dia.

~~~~~

"Silakan masuk. Lagi 5 minit tengku sampai." Ujar Qay, salah seorang bodyguard Tengku Affan.

Dia diarahkan Wais tadi untuk menyambut tetamu yang bakal datang membuat pembentangan hari ini.

"Terima kasih." Ucap Syuhada. Amanda hanya tersenyum nipis pada Qay.

Sejurus itu, Amanda dan Syuhada melangkah masuk ke dalam bilik meeting dan mereka mengambil tempat sementara menunggu Tengku Affan.

Tiba-tiba, hati Amanda terasa berdebar. Tak tahu apa punca. Tapi, dia rasa tidak sedap hati.

"Syu." Panggil Amanda.

"Ya." Sahut Syuhada.

"Siapa nama CEO Starich Empire ni?" Tanya Amanda. Penasaran pula dia ingin tahu.

MRS NOAH AFFAN [C]Where stories live. Discover now