Berdebar Amanda duduk di bangku selepas siap memakai make up. Dia memandang muka dia di cermin.
Make up yang dioles dengan tidak terlalu tebal. Cantik sangat. Amanda memilih busana kurung Kedah songket sebagai baju nikah dia pada hari ini. Amanda turut menggayakan dengan tudung.
Nenek Kalsom yang menyuruh dia untuk memakai tudung. Lagipun ini adalah majlis nikah. Amanda tanpa banyak kata, dia turutkan sahaja.
Sedang Amanda termenung. Dia disergah oleh Syakira, sepupu Amanda merangkap kawan baik. Walaupun umur mereka berjarak setahun. Tetapi, mereka sangat rapat.
"Termenung kau ya pengantin." Kata Syakira.
"Eh Kira! Bila sampai?" Teruja terus wajah Amanda bila melihat Syakira.
"Baru je. Nasib aku sampai awal. Dapat lah aku tengok kau nikah." Kata Syakira sambil menatap wajah manis Amanda.
"Itu lah. Aku dari tadi tunggu kau. Aku harap sangat kau dapat tengok aku nikah. Aku nak kau teman aku. Eh kau dengar tak aku cakap apa?" Tanya Amanda apabila melihat sepupunya ini hanya diam.
"Ya Allah, Manda..cantiknya kau hari ni. MasyaAllah. Aku perempuan pun boleh jatuh suka tengok kau. Ini kan nanti bakal laki kau tu. Mahu tergolek-golek dia tengok kau. Pastu cantik kau ni lagi bertambah ganda cantiknya bila kau pakai tudung, Manda." Puji Syakira seraya memuji dan kagum dengan kecantikan Amanda. Sempat juga dia melawak.
"Ya ke? Aku tengok biasa je. Tapi, apa pun terima kasih." Ucap Amanda ikhlas.
"Sama-sama. Manda..kau takda niat nak pakai tudung ke?" Berhati-hati Syakira menyoal. Takut hati Amanda tersinggung.
"Kenapa kau tanya macam tu?"
"Sebab kau cantik sangat pakai tudung. Lagipun kan Manda, aku rasa dah sampai masa lah kau pakai tudung. Nanti mesti laki kau bertambah sayang dengan kau." Ujar Syakira sambil tersenyum manis.
"Ya ke?" Ragu Amanda.
"Iya..pernah ke aku tipu kau, Manda? Aku jujur tau orangnya." Lagak Syakira.
"InshaAllah, Kira. Kau doakan aku." Pinta Amanda.
Jauh di sudut hati Amanda sendiri pun. Dia memang dah lama terniat ingin memakai tudung. Cuma belum bersedia sahaja. Tapi, selepas sahaja mendengar kata-kata Syakira tadi. Dia menjadi yakin untuk memakai tudung.
Mungkin selepas sahaja dari akad ini. Dia akan terus memakai. Tapi, dia perlukan doa dan semangat dari orang-orang terdekat.
Tak lama selepas itu, masuk seorang adik sepupu mereka, Nia. Datang memberitahu yang pengantin lelaki sudah pun sampai.
"Kak Manda. Rombongan pengantin lelaki dah sampai."
"Sampai dah?" Nia angguk.
"Okay..terima kasih, Nia." Ucap Amanda.
YOU ARE READING
MRS NOAH AFFAN [C]
RomanceTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...