Tengku Affan dan Amanda menuruni tangga. Dapat mereka lihat, ruang dapur sudah pun ramai dek kerana ahli keluarga Amanda yang lain masih berada di kampung. Ramai yang belum pulang.
Cuma ada dalam 5 ke 6 orang sepupu Amanda yang sudah pulang kerana tuntutan kerja yang tidak boleh ditinggal lama. Termasuk lah dengan Syakira.
Selepas sahaja habis majlis akad nikah Amanda. Dia terus gerak balik ke Kuala Lumpur kerana bahagian kecemasan menelefon memberitahu ada pesakit yang perlu dibedah dengan segera.
Dah nama pun doktor kan. Mahu atau tidak, malas atau rajin. Dah nama kerja. Harus dilaksanakan. Dah itu kerja dan cita-cita yang kita pilih.
"Haa..turun pun pengantin baru. Meh, meh duduk sini. Kita sarapan ramai-ramai." Ajak pak usu yang melihat kedatangan Tengku Affan dan Amanda.
"Maaf lah Manda tak tolong buat sarapan tadi." Ucap Amanda. Serba salah pula dia.
"Eh, takpa. Kami faham. Pengantin baru kan. Mesti penat." Kata mak lang pula dengan nada mengusik.
Tengku Affan dan Amanda duduk di atas lantai. Kenapa duduk dekat lantai? Mana muat meja makan nak tampung lebih dari 10 orang.
Senyum kekok Amanda tayangkan. Tengku Affan pula macam biasa. Wajah beku yang dipamerkan. Macam tak terkesan langsung dengan usikan mak lang sebentar tadi.
"Awak nak makan apa?" Tanya Amanda perlahan. Hanya dia dan Tengku Affan sahaja yang dapat dengar.
Tengku Affan melihat makanan-makanan yang sudah siap terhidang. Ada banyak makanan. Antaranya, nasi goreng, mee goreng, karipap, donut, roti bakar dan telur goreng.
Typical Malaysian!
"Nasi goreng." Balas Tengku Affan.
Amanda langsung mencapai bekas nasi goreng dan dicedokkan masuk ke dalam pinggan Tengku Affan.
"Sikit ke banyak? Ke sedang-sedang?" Soal Amanda.
"Sedang-sedang." Jawab Tengku Affan. Amanda angguk tanda memahami.
Selepas itu, dia mencedok pula nasi goreng itu ke dalam pinggan nya. Amanda melilau kan mata mencari Tan Sri Khalil, Puan Sri Puteri dan Adam. Ke mana papa, mama dan abangnya pergi?
Mak uda yang perasan akan tingkah anak saudaranya itu terus menegur.
"Cari papa dan mama kamu ke, Manda?" Tersentak Amanda. Setelah itu, dia mengangguk.
"Pagi-pagi lagi diaorang dah balik. Adam pula baru je tadi gerak. Katanya ada hal. Jumpa kamu dekat KL je." Beritahu mak uda.
"Oh. Okay." Ringkas balasan Amanda
Terasa? Sangat terasa.
Apatah lagi terasa dengan Puan Sri Puteri. Benci sangat mama dekat Manda. Hmm.
"Sudah-sudah lah tu, Manda. Mama kamu tu dari dulu sampai sekarang tak berubah. Kamu nak sedih sebab dia pun takda guna. Buat sakit hati je. Lebih baik kamu fokus dekat suami kamu tu hah. Lagi bagus." Sampuk pak uda seraya menasihati.
Tersenyum nipis Amanda. Betul apa pak uda dia kata. Cukup-cukup lah dia sedih kerana Puan Sri Puteri. Takda guna pun. Puan Sri Puteri pun bukan kisah pasal dia.
Tengku Affan pula hanya diam mendengar segalanya. Dia memandang sekilas wajah mendung sang isteri. Sesudah itu, tangan kirinya dibawa mengusap pinggang Amanda sekejap seakan memberi semangat.
Berpaling kepala Amanda memandang suaminya. Bibirnya ditarik membentuk senyuman kecil.
Nenek Kalsom melihat tingkah cucu dan cucu menantu nya itu. Senang dia melihat Tengku Affan menenangkan Amanda. Seakan tahu sahaja yang Amanda dalam keadaan terasa hati dan berkecil hati.

YOU ARE READING
MRS NOAH AFFAN [C]
Любовные романыTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...