Tengku Affan memarkingkan keretanya di garaj setelah sampai di rumah keluarganya. Amanda yang sedang makan kentang goreng di sebelah dipandang intens.
"Dah-dah lah tu makan kentang gorengnya. Jom masuk. Sambung makan dekat dalam pula." Ajak Tengku Affan sambil membelai puncak kepala Amanda.
"Jom. Abang pegangkan kentang ni. Bawa masuk." Pinta Amanda dengan lembut.
"Yalah. Tunggu kejap abang bukakan pintu." Kata Tengku Affan seraya membuka pintu kereta dan melangkah keluar dari dalam perut kereta dan bergerak ke sebelah bahagian penumpang tempat Amanda.
Dibukakan pintu buat si isteri. Dihulurkan tangannya memegang tangan Amanda dan disambut baik oleh Amanda. Bersusah payah dia ingin keluar dari kereta dengan perut besarnya itu.
Selepas Amanda melangkah keluar, Tengku Affan menutup pintu kereta dan menekan button lock. Dia memimpin isterinya berjalan. Amanda berjalan dah macam serupa penguin. Lambatnya pula dah macam kura-kura. Terkangkang-kangkang lagi. Lawak pula Tengku Affan tengok. Dia rasa macam nak gelak. Tapi, tak baik. Nanti merajuk cinta hati dia ini.
Kang tak silap nanti dia kena halau tidur luar bilik. Tak sanggup. Dia tak nak tidur berjauhan dengan Amanda. Kalau boleh, nak ada selalu dengan isterinya.
"Assalamualaikum." Ucap Tengku Affan dan Amanda serentak memberi salam pada penghuni di dalam rumah.
"Waalaikumussalam." Jawab Puan Sri Diana. Laju Puan Sri Diana melangkah menyambut anak dan menantunya.
"Ya Allah, menantu mummy.. sampai dah. Masuk-masuk. Jangan berdiri lama sangat. Tengok kaki tu hah. Dah kembang macam badak." Selamba sahaja Puan Sri Diana berkata begitu.
"Badak?" Ternganga Amanda apabila digelar badak oleh Puan Sri Diana.
"Badak pun cantik." Pujuk Tengku Affan menyedapkan hati si isteri. Apa benda mummy dia ni boleh kata isteri dia badak? Punya lah lawa macam ni.
"Mana ada badak cantik. Semua gemuk. Memandai je abang ni." Disiku perut Tengku Affan sedikit. Sakit hati dia sebab digelar badak.
"Hahahaha.. mummy gurau lah. Dah jom. Manda kena rehat. Kaki tu dah bengkak. Nanti suruh Affan urut." Puan Sri Diana memimpin tangan Amanda berjalan ke ruang tamu.
Sesampai sahaja di ruang tamu, dapat mereka melihat ada Tengku Aryan dan Tengku Anaqi yang sedang berebut biskut coklat.
"Yayan, tu aku punya lah." Kata Tengku Anaqi.
"Kau punya dah habis lah Kiki. Ini aku punya." Balas Tengku Aryan pula.
"Kau punya yang dah habis, Yayan. Itu aku punya." Bantah Tengku Anaqi tidak boleh menerima yang biskut dia dah habis. Itu biskut Tengku Aryan.
"Share lah." Pinta Tengku Anaqi.
"Tadi aku minta share. Kau tak bagi. Sekarang mana lah aku nak bagi share." Selar Tengku Aryan sambil menyorokkan biskut itu di belakang badannya.
"Mummy.." Tengku Anaqi pantas mendekati Puan Sri Diana.
"Jangan nak mengada Kiki. Biskut coklat tu ada banyak lagi dekat dapur. Dari tadi dok berebut pasal biskut coklat. Kang lama-lama mummy buang biskut coklat awak berdua." Kata Puan Sri Diana seraya mengugut anak kembarnya.
"Jangan mummy.. jangan lah kejam dengan anak mu ini.." Ujar Tengku Anaqi berdrama air mata tipu dia.
Menggeleng Tengku Aryan melihat sikap adik kembarnya. Tengku Affan pula sudah pasrah dengan sikap adiknya ini. Dah faham sangat.
Tergelak kecil Amanda mendengar dan melihat Tengku Anaqi. Ada-ada sahaja lah. Macam-macam hal.
"Eh hai kak ipar. Apa khabar?" Sapa Tengku Anaqi selepas itu dia menyambung kembali membuat drama air mata dia.
YOU ARE READING
MRS NOAH AFFAN [C]
RomanceTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...