Affan | Amanda : 2

15.9K 477 6
                                        

KLIA 2

Amanda melepaskan keluhan kasar. Pagi-pagi buta dia dah dapat call dari abang dia. Abang dia suruh dia ambil di airport jam 6 pagi.

6 pagi!

Abang dia call jam 2 pagi!

Disebabkan itu lah pukul 5 pagi dia dah terpacak dekat airport tunggu ketibaan abang tersayang. Tiber.

Sekarang dah pukul 6.05 minit pagi. Abang dia masih belum muncul lagi. Tadi dekat jadual yang terpampang besar tu katanya penerbangan dari Kanada ke Malaysia dah sampai.

Tapi, masalahnya abang dia mana? Takkan sesat kot nak keluar. Dia dah selalu kan flight sana-sini.

"Amanda!" Jerit seseorang dari arah belakang Amanda.

Berpusing Amanda untuk melihat gerangan yang memanggil diri dia dengan kuat seperti mahu bagi semua orang dengar.

Pusing sahaja. Amanda melihat abangnya a.k.a Irfan Adam terpacak berdiri dengan berlagak macho nya sambil memakai spek mata hitam. Tapi, abang dia memang macho pun. Dah lah kulitnya pun agak tanned sedikit. Takda lah tanned sangat. Macam kuning langsat gitu orang panggil. Haaa.

Dia berjalan mendekati Adam tanpa melihat kiri dan kanan. Tanpa sengaja dia terlanggar seseorang sehingga Amanda terjatuh terduduk di lantai.

"Aduh. Stt..ini orang ke batu? Keras nya, ya Allah." Amanda menggosok punggung dia sekejap sebelum berdiri.

"Manda! Woi, kau okay tak?" Sejak bila abang dia dah sampai sini? Laju betul.

Amanda menghiraukan sahaja pertanyaan Adam. Dia melihat seorang lelaki yang barusan dia langgar tanpa sengaja tadi masih berdiri di situ sambil merenung diri dia.

Meneguk liur Amanda. Dah lah matanya tajam memandang Amanda. Nampak macam bukan orang Malaysia ni.

"S-sorry. I'm s-sorry." Ucap Amanda meminta maaf.

"Do you have eyes or not?" Selamba lelaki itu melontarkan soalan.

Terkedu Amanda dibuatnya untuk seketika sebelum Amanda kembali bersuara membalas kata-kata lelaki bermata tajam ini.

"Of course I have eyes. Can't you see in my eyes that there are two? Or are you the one who without eyes? Next time, take off your sunglasses. We are in the building. There is no sun in this building." Bidas Amanda dengan berani.

Langsung tak di kisahkan lelaki di hadapannya ini sudah seperti apa.

Wais yang diam dari tadi selepas mendengar bidasan pedas dan berani dari Amanda sudah terkemut-kemut bibirnya menahan rasa hendak ketawa.

Ya. Lelaki tersebut adalah Tengku Noah Affan.

"Tengku Affan?" Sampuk Adam.

Tengku Affan hanya diam tidak membalas. Dihiraukan sahaja. Matanya masih lagi ralit memandang segenap wajah Amanda.

Amanda dan Tengku Affan saling membalas pandangan. Tengku Affan dengan pandangan tajamnya. Manakala, Amanda dengan pandangan beraninya. Masing-masing tak nak kalah.

"Hai, nama saya Wais. Ini bos saya. Tengku Noah Affan." Sampuk Wais bila agak lama Amanda dan Tengku Affan berlawan pandangan.

"Tak payah lah kau kenalkan diri kau. Aku dah kenal. Ini adik aku, Amanda." Kata Adam seraya memperkenalkan Amanda. Dirangkul bahu Amanda dibawa merapat dengan dia.

Disebabkan itu, maka terputus lah pandangan antara Amanda dan Tengku Affan. Tengku Affan melihat tangan Adam yang berada di bahu Amanda.

Tengku Affan memandang Adam.

MRS NOAH AFFAN [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang