Affan | Amanda : 10

9.4K 323 8
                                    

'Ting Tong'

Laju kaki Amanda melangkah mendekati pintu utama rumahnya. Dia membuka pintu dan alangkah terkejutnya Amanda apabila melihat Puan Sri Puteri sudah pun berada di hadapannya kini.

Dia terasa nafasnya terasa sesak. Ruang yang besar dan luas itu menjadi kecil dan sempit. Apalagi melihat wajah Puan Sri Puteri yang langsung tidak mesra itu.

"Ma-mama. Mama bu-buat a-apa dekat si-sini?" Tanya Amanda takut-takut.

Tanpa menjawab soalan Amanda barusan, selamba Puan Sri Puteri melangkah masuk ke dalam penthouse Amanda. Perlahan Amanda menutup kembali pintu rumahnya.

Puan Sri Puteri memandang sekeliling rumah. Selepas itu, baru lah dia berpusing menghadap Amanda yang berdiri di belakang dan jaraknya agak jauh sedikit.

"Banyak duit kau beli penthouse ni? Kau kerja apa? Jual diri?" Sinis pertanyaan Puan Sri Puteri.

"Papa yang belikan penthouse ni." Jawab Amanda perlahan. Berdecit Puan Sri Puteri mendengar jawapan Amanda.

"Hmm..senang hidup kau kan? Kenapa lah kau tak mati? Dah banyak kali aku cuba nak bunuh kau." Kata Puan Sri Puteri dengan mengetap giginya.

"Ma-mama sebenarnya nak apa datang sini?" Soal Amanda.

"Takda apa. Saja nak tengok kehidupan kau macam mana. Aku ingat kau merempat ke atau hidup susah dengan nenek kau tu dekat kampung. Tapi, tak sangka pula. Rupanya kau pemilik jenama butik terkenal sekarang." Tutur Puan Sri Puteri.

Setelah itu, Puan Sri Puteri membuka langkahnya mendekati Amanda. Satu langkah Puan Sri Puteri mara, satu langkah Amanda mengundur. Sehingga lah belakang badan Amanda melekat di dinding.

"Kenapa undur? Takut?" Soal Puan Sri Puteri perlahan. Dia tersenyum sinis. Balang kaca yang berada di atas meja kecil, diambil lalu dihempas sehingga pecah. Serpihan kaca tersebut dicapai.

Selepas itu, tangan dia naik mencekik leher Amanda dengan sekuat hati. Serpihan kaca itu dimainkan di wajah Amanda.

Perasaan Amanda tika itu tersangat lah takut. Dia tahu. Mama nya sangat berani. Laju air mata Amanda mengalir.

Dalam fikirannya sekarang adalah Tengku Affan. Dia perlukan lelaki itu.

"Kau tahu kan aku benci kau? Tapi, kenapa kau muncul depan aku selepas bertahun-tahun? Aku tak suka dengan muka kau. Kalau aku rosakkan sikit. Takpa kan?" Sejurus itu, terus pipi Amanda ditoreh Puan Sri Puteri.

"Emm.." Digigit bibir bawahnya bagi menahan rasa sakit torehan itu.

Tak cukup dengan itu, tangan kanan Amanda dicapai Puan Sri Puteri dan langsung ditoreh sebanyak tiga kali.

"Mama..sakit." Kata Amanda dengan suara sayunya.

"Sakit lagi hati aku bila tengok muka kau! Kau memang anak sial!" Jerkah Puan Sri Puteri.

"Itu baru sikit." Sambung Puan Sri Puteri dan terus melepaskan serpihan kaca itu. Dia bergerak ke dapur dan mencuci tangannya dari kesan darah Amanda.

Tersedu-sedu Amanda menangis menahan rasa sakit. Terduduk dia di atas lantai.

Sikit perasaan sedih atau risau pun tiada pada Puan Sri Puteri buat Amanda. Dia mengambil handbag nya dan langsung berlalu keluar dari rumah. Sempat dia menyepak perut Amanda.

Amanda yang melihat pintu rumahnya sudah pun tertutup. Dengan gerakan perlahan dia bangun dan menuju ke bilik untuk mengambil handphone.

Dia langsung sahaja mendail nombor Tengku Affan yang di save sebagai 'Batu🪨'. Kerana di dalam fikirannya ketika itu hanya lah ada Tengku Affan. Dia mengharapkan Tengku Affan ketika ini.

MRS NOAH AFFAN [C]Where stories live. Discover now