Tengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda
Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...
Sudah sebulan berlalu semua kejadian pahit dan hitam yang mengalami Amanda. Kini, Amanda pun semakin pulih. Kesan melecur di badannya pun semakin membaik. Hanya meninggalkan kesan parut sahaja.
Berdiri Amanda di hadapan cermin sambil melihat bentuk badannya. Perutnya sudah menampakkan bentuk. Usia kandungannya juga dah mencecah hampir 4 bulan.
Tiba-tiba, dia mendapat idea untuk menangkap gambar dan menghantar kepada Tengku Affan.
Amanda
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Amanda menghantar gambar itu kepada Tengku Affan. Lima minit kemudian, Tengku Affan membalas pesanan ringkas Amanda tadi.
Lovely✨ Beautiful as always😍
Amanda Malu lah kena puji☺️
Lovely✨ Geram betul abang dengan sayang ni. Tunggu abang balik. Rindu nak gomol sayang.
Amanda Okay😝😝😝 I love you, daddy❤️
Lovely✨ I love you more, mummy❤️❤️❤️
Selepas itu, Amanda meletakkan gajet mahal itu di tepi. Dia tersenyum melihat penampilan dia di dalam cermin.
Tidak lama kemudian, handphone Amanda berdering. Menandakan ada yang membuat panggilan terhadap Amanda. Amanda mencapai kembali handphone nya dan melihat gerangan yang menelefonnya. Ternyata Tan Sri Khalil.
"Assalamualaikum, papa." Sapa Amanda dahulu.
"Waalaikumussalam. Manda sihat? Cucu papa sihat?" Balas Tan Sri Khalil menjawab salam Amanda seraya bertanya tentang kesihatan anak dan cucunya.
"Alhamdulillah. Manda dan cucu papa ni sihat. Papa tu hah. Sihat tak?" Amanda pula bertanya tentang kesihatan Tan Sri Khalil.
"Alhamdulillah papa pun sihat. Syukur papa dengar yang anak dan cucu papa sihat. Papa rindu Manda. Rindu sangat." Luah Tan Sri Khalil dan membuat Amanda merasa sebak.
"Papa jangan lah bagi Manda nangis.." Meleret suara Amanda. Ada juga getaran di akhir bicaranya.
"Tak lah. Papa cuma luah je apa yang papa rasa. Kan dah lama tak jumpa." Kata Tan Sri Khalil sembari memujuk anak perempuannya ini. Dia faham kalau berkata sebegitu pun Amanda sudah mahu menangis. Emosi ibu-ibu mengandung.
"Mama sihat tak pa?" Soal Amanda ingin tahu tentang Puan Sri Puteri. Walaupun bermacam-macam Puan Sri Puteri lakukan pada dia. Dia tetap tidak boleh membenci kerana wanita itu adalah mama kandung dia. Wanita yang telah melahirkannya di dunia.
"Mama sihat. Manda tak nak datang tengok mama ke?" Sengaja Tan Sri Khalil bertanya begitu. Mana lah tahu anaknya ini mahu menjenguk Puan Sri Puteri. Kalau tidak mahu, tak mengapa. Dia faham.