Tengku Affan melihat kelibat Fedrick yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam dewan besar ini. Dia nampak Fedrick menapak ke arahnya.
Diendahkan sahaja. Malas nak melayan Fedrick yang seperti kebudak-budakkan.
"Hey, Affan." Sapa Fedrick mesra. Dia menoleh juga memandang Tengku Thaqif, Tengku Aryan dan Tengku Anaqi.
"Long time no see, bro." Kata Fedrick lagi sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.
Tengku Affan merenung huluran tangan Fedrick. Setelah itu, ditatap semula wajah Fedrick yang masih terhias dengan senyuman.
"Why are you here, Fed?" Tanya Tengku Affan tidak mesra. Huluran tangan Fedrick juga tidak disambut. Dia takda masa nak beramah mesra dengan lelaki di hadapannya ini.
Fedrick menarik kembali tangannya dan dijatuhkan ke sisi.
"Relax, bro. I came here without any intention. So, calm down." Tutur Fedrick dengan senyuman senget.
"You come with an intention or no intention. No need to show your face in front of me." Balas Tengku Affan mendatar.
"I heard your wife was here tonight. Where is she? I want to see your wife's face too. Or more accurately called the beloved wife of Tengku Noah Affan."
"Don't you ever dare to come near my wife. Once you touch my wife even if it's just the tip of the skin. You die. Remember that, Fed." Getus Tengku Affan serius.
"Yow, relax. It is not yet time for me to touch your wife." Tiba-tiba, badan Fedrick ditolak dengan kuat oleh Tengku Aryan.
"Enough, Fedrick. You can go back to your country. You don't need to go to the trouble of messing up people's lives." Kata Tengku Aryan menghalau Fedrick.
Untung sahaja tempat mereka sekarang agak tersembunyi dari orang ramai. Jadi tidak lah mereka nampak kejadian ini.
Terletus tawa sinis Fedrick. Dia menepuk-nepuk dadanya yang disentuh oleh Tengku Aryan tadi seakan membuang habuk di situ.
"Okay. I go. Do not be angry." Fedrick menaikkan kedua tangannya tanda surrender. Setelah itu, dia terus membuka langkah meninggalkan keempat jejaka tersebut.
Tengku Affan menghantar pemergian Fedrick dengan tatapan tajam seperti ingin membunuh.
"Kau kena lebih aware untuk jaga Amanda lepas ni." Tutur Tengku Thaqif berkata pada Tengku Affan.
"Dia nak main. Kita ikut. Lex!" Laung Tengku Affan memanggil Alex.
Laju Alex datang menghampiri Tengku Affan apabila mendengar Tengku Affan memanggil diri nya.
"Yes, tengku."
"Hantar dua orang untuk ikut Fedrick. Dan tambah lagi 3 orang untuk jaga isteri aku." Arah Tengku Affan serius. Alex yang mendengar arahan Tengku Affan langsung mengangguk mengerti.
"Baik, tengku." Sejurus itu, Alex melangkah pergi dan membuat apa yang disuruh Tengku Affan barusan.
Usai itu, mereka ditegur dengan satu suara lunak dari seseorang. Menoleh mereka berempat melihat gerangan tersebut. Ternyata Maya.
Tengku Anaqi sudah membuat muka jengkel. Dia memang anti dengan Maya. Tak suka dari dulu lagi.
"Can I join you guys?" Pinta Maya dengan memanjakan suaranya.
"Nope. Kan ada ramai perempuan tu. Pergi join diaorang sana." Halau Tengku Thaqif. Monyok wajah Maya.
"Tapi, I tak kenal diaorang. Please bagi I join." Merayu Maya lagi.
"Tch, tch, tch. Perempuan tak tahu malu." Kutuk Tengku Anaqi selamba. Maya yang mendengarkan itu menjeling pada Tengku Anaqi.
"Please, guys.." Pinta Maya tidak putus asa.
"Affan.." Mohon Maya pada Tengku Affan apabila yang lain mengendahkan dia.
"Suka hati kau lah." Kata Tengku Affan. Terus berubah wajah Maya bila mendengar Tengku Affan memberi izin. Dia langsung melabuhkan punggung di kerusi sebelah Tengku Affan.
Duduk sahaja Maya. Tengku Affan bingkas bangun dan membetulkan baju nya. Mendongak Maya merenung Tengku Affan.
"You nak pergi mana? I baru je duduk ni."
"Korang lepak lah dulu. Aku nak cari bini aku." Kata Tengku Affan dan terus dia melangkah pergi dari tempat itu. Ditinggalkan sahaja yang lain dengan Maya.
"Dia tinggalkan kita dengan perempuan miang ni? Memang tak kuasa lah aku nak duduk semeja dengan perempuan ni." Tengku Anaqi terus bangun dan turut meninggalkan tempat tersebut.
Tengku Thaqif dan Tengku Aryan juga mengikut Tengku Anaqi. Tanpa sebarang kata, mereka meninggalkan Maya sendirian.
Maya memandang mereka dengan pandangan tidak percaya.
"Tinggalkan aku sorang-sorang? Nice!" Omel Maya sendirian. Diteguk air oren yang dibawanya tadi.
~~~~~
Berpusing satu hotel Tengku Affan mencari sang isteri. Tetapi, tidak dijumpai. Mana pula isteri dia pergi ni? Risau Tengku Affan jadinya.
Baru sahaja dia mahu menapak pergi ke tempat lain. Kepalanya tanpa sengaja dipalingkan menghadap bahagian luar hotel yang terdapat adanya kolam.
Dia berjalan ke arah tersebut. Tidak tahu kenapa. Tapi, kakinya melangkah jua ke arah tersebut. Berdiri sahaja di hadapan cermin besar, dia terus menangkap satu susuk tubuh yang paling dia kenali. Siapa lagi kalau bukan isteri tercinta dia.
Terus Tengku Affan mara menuju ke arah Amanda yang sedang duduk bersendirian di satu kerusi yang ada payungnya.
Tak lama selepas itu, Amanda terasa puncak kepalanya seperti dikucup seseorang. Lantas Amanda berpusing menghadap orang tersebut.
"Abang." Geram Amanda kerana terkejut. Tersengih Tengku Affan. Dia terus melabuhkan punggung di sebelah Amanda.
"Sayang buat apa dekat sini sorang-sorang? Bahaya tahu?" Kata Tengku Affan dengan mengusap lembut kepala Amanda.
"Saja ambil angin. Lagipun dekat dalam tu terasa sempit. Jadi pening." Beritahu Amanda jujur. Dia tidak berapa suka dengan keadaan di dalam dewan. Terlalu ramai orang sampai buat dia terasa sesak. Sukar untuk bernafas.
Tengku Affan merenung sisi wajah cantik sang isteri. Setelah itu, dikucup pipi Amanda dengan lembut.
"Lain kali bagitahu abang. Dari tadi abang cari pusing satu hotel. Tanya Putra, dia kata tak tahu. Cuma dia cakap yang sayang nak pergi tandas. Risau abang." Jelas Tengku Affan memberitahu kerisauan dia.
"Sorry..lepas ni saya janji tak buat dah." Janji Amanda sekali membuat gaya berikrar. Usai itu, diusap lembut pipi Tengku Affan.
Tersenyum senang Tengku Affan melihat tingkas manis isterinya.
"Sayang penat tak?" Soal Tengku Affan prihatin. Takut isterinya penat.
"Penat lah juga. Kenapa?" Jawab Amanda perlahan. Dilentokkan kepalanya di lengan kekar suaminya. Tengku Affan mengusap kepala Amanda dan dikucup lembut.
"Jom lah balik. Ke sayang nak stay dekat hotel?"
"Balik lah. Tapi, boleh ke? Majlis kan tak habis lagi." Serba salah pula Amanda jadinya. Takut nanti membuat kedua orang mertuanya berkecil hati.
"It's okay. Nanti abang chat mummy. Abang pun penat sebenarnya ni." Alasan Tengku Affan. Dia tahu pasti isterinya takut untuk membuat kedua orang tuanya berkecil hati kerana mereka yang pulang terlebih dahulu.
"Kita pergi dekat mummy dan daddy je lah. Cakap sendiri depan diaorang. Nampak tak sopan pula kalau chat je." Cadang Amanda sembari mengangkat kepalanya dari lengan Tengku Affan.
"Okay. Anything for my sweetheart." Mereka lantas bangun dan berjalan sambil berpegangan tangan.
Tbc..
ANDA SEDANG MEMBACA
MRS NOAH AFFAN [C]
RomanceTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...
![MRS NOAH AFFAN [C]](https://img.wattpad.com/cover/341697069-64-k982301.jpg)