Laju Amanda berjalan mendekati Tengku Affan yang sedang duduk santai di ruang tamu sambil menonton tv.
Mereka berdua baru sahaja habis makan. Amand pun baru siap mencuci pinggan, mangkuk dan cawan. Tadi Tengku Affan ingin mencuci. Tapi, Amanda tak bagi. Dia menyuruh Tengku Affan duduk rehat sahaja.
Sampai sahaja dekat dengan si suami. Amanda langsung melabuhkan punggung dan memeluk Tengku Affan. Disembamkan wajahnya di dada bidang Tengku Affan.
Tangan Tengku Affan naik mengelus lembut rambut Amanda. Sesekali dijatuhkan bibirnya mengucup ubun-ubun sang isteri dengan penuh sayang.
"Kenapa?" Tanya Tengku Affan apabila Amanda mendongak memandang diri dia.
"Penat.." Adu Amanda manja. Bibirnya dijuihkan ke hadapan sedikit. Tersenyum Tengku Affan mendengar suara manja Amanda.
"Kesian isteri aku penat. Tapi, dah kerja kan sayang. Memang penat lah."
"Abang tak penat ke?"
"Penat juga. Tapi, aku dah ada tanggungjawab. Tak boleh buat main. Besar tanggungjawab aku." Jawab Tengku Affan lembut.
"Thank you tau abang tadi bagi popis. Saya suka. Sedap sangat." Ucap Amanda ikhlas. Dia memberi satu senyuman paling manis yang dia ada pada sang suami.
"Sama-sama, sayangku." Balas Tengku Affan dan mengucup dahi Amanda lama.
Amanda langsung menyembamkan semula mukanya di ceruk leher Tengku Affan. Menghidu bau mint yang terbit dari Tengku Affan. Wangi. Pelukannya semakin dieratkan.
"Abang.." Seru Amanda selepas mereka hanya berdiam diri.
"Hm." Berdehem Tengku Affan menjawab panggilan Amanda.
"Boleh saya tanya satu perkara tak?" Pinta Amanda.
"Apa dia?"
"Abang ada niat nak tinggalkan saya?" Tanya Amanda ingin tahu. Tak tahu kenapa dia boleh terfikir untuk tanya soalan macam ni. Tapi, itulah soalan yang kerap kali bermain di benak fikirannya.
"Kenapa tanya macam ni?" Soalan dibalas soalan.
"Jawab lah."
"Tak. Aku tak pernah terfikir. Dua tahun Amanda. Aku tunggu kau. Aku cari maklumat pasal kau. Dua tahun aku pendam perasaan aku dekat kau. Lepastu aku nak tinggalkan kau? No way!" Tegas suara Tengku Affan menjawab soalan yang Amanda ajukan.
Amanda memandang sisi wajah Tengku Affan. Tangan dia naik membelai lembut rahang Tengku Affan.
"Abang ikhlas sayangkan saya?"
"Kalau tak ikhlas aku tak kahwin dengan kau."
"Abang ikhlas cintakan saya?"
"Dari dalam lubuk hati aku. Aku ikhlas cinta dan sayangkan kau."
"Kalau macam tu saya nak luah semuanya pada abang."
Tengku Affan menjauhkan sedikit wajahnya dari Amanda. Terpampang kerutan di dahi Tengku Affan. Dia tidak memahami. Luah apa?
"Tentang Ameline." Beritahu Amanda apabila melihat kerutan di wajah Tengku Affan.
"Ameline meninggal masa dia umur 7 tahun. Waktu tu saya pula 9 tahun. Kami sekeluarga pergi bercuti di Langkawi. Hari kedua, masa kami main di pantai. Saya tengah buat sand castle sama-sama dengan Alin. Lepastu Alin bangun pergi dekat mama. Dia minta mama temankan dia pergi dekat pantai. Saya pula khusyuk buat istana tu. Mama tak nak teman dia. Mama kata ada kerja. Jadi mama suruh dia pergi sendiri tapi jaga diri. Dan lepastu Alin pun pergi lah." Amanda jeda seketika. Dia menarik nafas dalam sebelum kembali bersuara.
ANDA SEDANG MEMBACA
MRS NOAH AFFAN [C]
RomanceTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...
![MRS NOAH AFFAN [C]](https://img.wattpad.com/cover/341697069-64-k982301.jpg)