📍 Italy
Akhirnya sampai juga Tengku Affan di bumi Italy. Mukanya sangar dari kebiasaan. Kali ini, dia datang bersama satu urusan yang perlu dia selesaikan.
Fedrick Mario.
Ya. Fedrick lah dalang di sebalik isterinya kena tembak tempoh hari. Ada perhitungan yang perlu dia lakukan.
"Tengku." Tegur Wais.
"Kau tahu Fedrick ada dekat mana?" Tanya Tengku Affan serius.
"Mario's Mansion." Jawab Wais. Fedrick berada di rumah keluarganya. Terangguk perlahan kepala Tengku Affan tanda memahami.
Tanpa kata lagi, Tengku Affan langsung meluru berjalan. Wais mengikuti dari belakang. Dia tidak boleh berkata apa. Silap hari bulan, dia hilang kepala.
Sampai sahaja di luar bangunan airport international Italy, sudah ada seorang lelaki berbadan besar dan tegap menunggu kedatangan Tengku Affan dan Wais.
"Yow, bro. What's up?" Mereka bersalam gaya lelaki.
"I'm good. Macam mana Italy? Ada masalah?" Tanya Tengku Affan kepada lelaki itu yang bernama Gerald.
"Italy is good. Banyak awek cun. Aku tiap malam dapat 'lauk' best." Seloroh Gerald sambil ketawa.
Menggeleng kepala Tengku Affan dengan tingkah sahabatnya yang satu ini. Gerald adalah merupakan rakan business dia dahulu dalam melakukan 'kerja' lamanya. Tapi, sekarang semua dia serahkan pada Gerald.
"Itu je lah kau tahu." Tersengih Gerald.
"Ini kau nak ke mana dulu?" Soal Gerald dalam pelat. Dia bukan lah orang Malaysia. Tapi, pandai berbahasa Melayu kerana belajar dengan Tengku Affan dulu.
"Hotel. Aku nak rehat kejap."
"Alright, bos." Masing-masing memboloskan diri masuk ke dalam kereta mewah itu. Mereka langsung meluru terus ke Rome Life Hotel.
~~~~~
Sesampai sahaja di hotel, Tengku Affan terus check in. Soal Fedrick nanti malam dia settlekan. Sekarang dia nak rehat dahulu. Tiba-tiba, rindu bini pula.
Sebelum nak datang ke sini, Amanda menghantarnya ke KLIA. Menangis-nangis nak ikut Tengku Affan. Tapi, Tengku Affan memujuk dan berjanji akan bawa lain kali.
Dia tidak lah berkata yang dia ke sini atas urusan untuk menyelesaikan masalah kes menembak itu. Hanya dibilang atas urusan kerja sahaja.
Tiba-tiba, telefonnya berdering dengan nyaring minta diangkat. Tengku Affan melihat gerangan yang menelefonnya. Ternyata bidadari hati dia. Terus bibirnya mengukirkan senyuman manis.
"Assalamualaikum, sayang abang." Ucap Tengku Affan usai menjawab panggilan Amanda. Amanda di talian sana tersenyum-senyum mendengar panggilan Tengku Affan buat diri dia.
"Waalaikumussalam, pujaan hati. Abang dah sampai ke?" Jawab Amanda seraya bertanya.
"Alhamdulillah, dah. Baru je sampai. Ni pun baru check in hotel." Kata Tengku Affan yang berdiri di balkoni mengambil udara segar bumi Italy.
"Abang, I miss you.. and baby also miss daddy." Ujar Amanda dengan mengusap perutnya yang belum menampakkan bentuk. Baru tonjolan sedikit.
"I miss you guys too. Lusa abang dah balik. Sayang kalau nak makan apa-apa. Minta dekat Aryan atau Anaqi. Abang dah suruh diaorang jaga kakak ipar diaorang ni." Tutur Tengku Affan dengan tersenyum. Dia pun rindu juga. Separuh mati juga lah rindunya ni. Tapi, dek kerana ada urusan. Dia perlu berjauhan untuk beberapa hari.
YOU ARE READING
MRS NOAH AFFAN [C]
RomanceTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...