Ditatap segenap wajah Amanda yang sedang membutangkan baju Melayu nya. Hari ini mereka memakai baju warna sedondon iaitu sage green untuk majlis pernikahan antara Adam dan Syuhada.
Amanda memakai abaya labuh dan tudung berwarna putih. Tengku Affan memeluk pinggang Amanda. Perut besar Amanda terkena perut ketul-ketul Tengku Affan.
"Hensem nya." Puji Amanda setelah siap membutangkan baju Melayu Tengku Affan. Dilihat suaminya atas dan bawah. Puas hati.
"Isteri abang pun cantik." Dicium dahi dan kedua belah pipi Amanda.
Tersipu malu Amanda jadinya. Memerah wajah Amanda. Dia terus menyembamkan wajahnya di dada bidang Tengku Affan.
Terletus tawa kecil Tengku Affan melihat tingkah sang isteri. Aduh comelnya!! Ini yang geram. Macam tak nak pergi saja. Baik buat projek dekat rumah ni. Haha.
"Malu ke?" Tanya Tengku Affan sambil mengusap kepala Amanda. Amanda mengangguk di sebalik dada Tengku Affan.
"Dah 6 bulan sayang kita menikah. Takkan tu pun nak malu lagi." Kata Tengku Affan seraya mengucup puncak kepala Amanda.
Mendongak Amanda merenung Tengku Affan yang sedari tadi menunduk memandang isterinya. Tersenyum manis Tengku Affan melihat wajah memerah Amanda. Aduh, cantiknya..
"Malu lah. Sebab kena puji dengan lelaki hensem." Ujar Amanda sambil tersenyum manis. Sampai sepet matanya.
"Aduh. Aduh..sakit." Tengku Affan mengadu sakit dengan memegang dadanya. Badannya terbongkok-bongkok dan wajahnya dikerutkan.
Kabut Amanda dibuatnya. Risau dia. Amanda memegang wajah Tengku Affan dengan beradik khawatir.
"Abang, abang kenapa ni? Okay tak? Sakit dekat mana? Cakap dengan saya. Nak pergi hospital tak? Sakit sangat ke? Abang jangan buat saya risau macam ni." Bertubi-tubi soalan Amanda.
Tak lama kemudian, Tengku Affan ketawa kerana melihat wajah kerisauan si isteri. Berkerut dahi Amanda. Kenapa ketawa pula ni?
"Abang okay sayang. Saja nak mengusik sayang tadi. Risau betul sayang dekat abang." Kata Tengku Affan dengan mencuit pipi tembam Amanda.
Amanda mengetap giginya dan mengemam rapat bibirnya kerana menahan geram dengan Tengku Affan. Dia saja mengusik aku? Terus dicubit-cubit perut Tengku Affan. Mengadu sakit Tengku Affan.
"Aduh, sayang. Sayang, sakit ni. Ya Allah, sakitnya.."
"Buat lagi macam tadi. Saya risau tahu tak? Main-main lah abang ni. Mengada lah. Tak suka lah kalau nak bergurau macam ni pun. Kan banyak lagi benda boleh dibuat gurau." Marah Amanda. Dijeling tajam wajah Tengku Affan.
Merengus kasar Amanda. Dia punya lah risau tadi. Tengku Affan boleh kata saja nak mengusik. Memang meminta sangat lah kena kepit ketam.
Apabila dilihat isterinya sudah merajuk dan marah seperti itu. Lantas Tengku Affan mendapatkan Amanda. Dipeluk tubuh Amanda dan dikucup kedua belah pipi si isteri agar Amanda tidak memarahinya.
"Sayang marah ke? Sorry.. abang janji tak buat dah." Ucap Tengku Affan di hadapan Amanda.
Senyap.
Tiada balasan dari Amanda. Ini yang membuatkan Tengku Affan jadi tidak senang. Isterinya diam sahaja.
"Sayang, please.. don't be mad at me. Please, sweetheart. Jangan lah marah abang. Jangan lah merajuk dengan abang." Pujuk Tengku Affan dengan bersungguh-sungguh.
Bila dilihat Amanda masih senyap dan tidak memberi sebarang respon. Tengku Affan menjatuhkan lututnya separas dengan perut Amanda. Amanda melihat kelakuan suaminya.
ANDA SEDANG MEMBACA
MRS NOAH AFFAN [C]
RomansaTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...
![MRS NOAH AFFAN [C]](https://img.wattpad.com/cover/341697069-64-k982301.jpg)