Affan | Amanda : 20

15.7K 435 2
                                        

Amanda menguak pintu bilik kerja Tengku Affan. Setelah itu, dia melangkah masuk ke dalam. Meliar mata dia melihat sekeliling.

Agak suram sebab cat yang berwarna hitam dan dark grey. But, look expensive. Kena lah dengan Tengku Affan. Kereta dia pun semua warna hitam. Itu pun adalah sebiji warna dark grey iaitu Audi R8.

"Awakkk. Jom makan. Saya dah siap masak." Ajak Amanda setelah berdiri di hadapan meja kerja Tengku Affan.

"Sini kejap." Tengku Affan menggamit Amanda mendekati dirinya.

Selepas itu, didudukkan Amanda di paha dia. Terkaku Amanda. Tengku Affan alright tak alright? Dia perasan yang Tengku Affan ni lepas kahwin perangai dia berubah. Agak gatal.

"Teman aku jap. Ada benda nak settle ni." Kata Tengku Affan. Amanda mengangguk perlahan dan mula merilekskan dirinya.

Tangan Tengku Affan yang melingkar di pinggangnya dibiarkan sahaja. Sebelah tangan dia menindih tangan kekar Tengku Affan tersebut. Mata dia pula ralit melihat sisi wajah sang suami. Tak salah pun. Dah halal.

"Hensem." Puji Amanda tanpa sedar. Dia ingat dia puji tu dalam hati.

Menoleh Tengku Affan memandang Amanda. Sebelah keningnya diangkat.

"Aku memang hensem pun. Baru tahu?" Tanya Tengku Affan dengan lagaknya. Amanda mengangkat kedua bahunya tanda entah.

"Lama lagi ke? Saya lapar." Adu Amanda dengan melentokkan kepalanya di bahu Tengku Affan. Tangan dia naik melilit leher Tengku Affan.

"Sikit je. Kejap lagi siap. Lapar sangat ke?" Lembut sahaja suara Tengku Affan ketika itu. Amanda angguk.

Kesian pula Tengku Affan tengok isterinya. Dengan mulut muncung. Pipi tembam. Tengku Affan mengusap perlahan sisi pinggang Amanda bagai memujuk.

"Okay, done. Jom makan." Ajak Tengku Affan. Amanda terus turun dari ribaan Tengku Affan. Ceria muka dia.

"Jom."

"Sweetheart masak apa?" Tanya Tengku Affan.

Tercekik Amanda rasa bila Tengku Affan memanggil dia dengan panggilan 'sweetheart'.

"Saya masak kangkung masak lemak dan sambal ikan bilis je. Awak makan kan? Jangan cakap awak tak makan. Saya debik awak karang." Beritahu Amanda siap membuat gaya ingin berkungfu.

"Makan lah. Mummy selalu juga masak makanan orang kampung. Walaupun aku ni asal bandar." Kata Tengku Affan.

Mereka berdua keluar dari bilik kerja Tengku Affan dan berjalan menuruni tangga menuju ke ruang makan.

"Mana lah tahu." Tutur Amanda.

Sampai di ruang makan, Tengku Affan menarik kerusi untuk Amanda. Amanda melabuhkan punggung dan Tengku Affan mengambil jua tempat di sebelah isterinya.

"Eh..kau nak buat apa?" Tanya Tengku Affan bila melihat Amanda mengambil pinggan.

"Nak makan lah. Saya nak ambil nasi. Kenapa? Saya tak boleh makan?" Soal Amanda. Pelik dia. Tiba-tiba kena tahan.

"Aku suap kau makan." Membulat besar mata Amanda.

"Awak suap saya makan?" Amanda menyoal ingin kepastian.

"Iyaaa. Kau dah masak. Aku suap lah kau. Tak boleh?"

"Siapa kata tak boleh? Mesti lah boleh. Meh pinggan awak. Saya nak letak nasi." Pinta Amanda.

Tengku Affan menghulurkan pinggan dia dan diambil Amanda. Amanda mencedok nasi ke dalam pinggan Tengku Affan. Selepas itu, dia mengambil pula kuah lemak dan sambal ikan bilis.

MRS NOAH AFFAN [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang