Pagi-pagi lagi sudah mencuci kereta. Siapa lagi kalau bukan Amanda dan Tengku Affan. Padahal ada saja orang yang akan mencuci kereta-kereta mereka ini. Tapi, Amanda yang mengajak Tengku Affan.
Terpaksalah Tengku Affan merendahkan martabat dia untuk mencuci kereta. Semua gara-gara sang isteri. Nasib lah aku sayang.
Mereka berdua baru lepas siap mencuci kereta Amanda, BMW 3 Series Sedan dan dua biji kereta Tengku Affan, Audi R8 dan BMW i8. Sekarang mereka mencuci kereta Tengku Affan yang lain iaitu Porsche 718 Cayman GT4.
Amanda mula memuncungkan bibir kerana bosan. Dia memandang Tengku Affan yang asyik dengan kereta. Tiba-tiba, Amanda mendapat idea untuk mengenakan suaminya.
Span yang dipegang Amanda. Amanda masukkan ke dalam baldi yang penuh air sabun. Direndam sedalam-dalamnya. Selepas itu, dia angkat dan menapak mendekati Tengku Affan. Perlahan sahaja. Agar Tengku Affan tidak mengesyaki apa-apa.
Tengku Affan mengerling sekilas Amanda. Tersengih Amanda. Selepas itu, Tengku Affan kembali fokus pada aktiviti mencuci. Amanda yang melihat itu mula melancarkan idea dia. Diperah span itu di atas bahu Tengku Affan.
Habis basah baju Tengku Affan dibuatnya. Terhenti perlakuan Tengku Affan yang sedang mencuci. Berpusing dia menghadap Amanda yang sedang ketawa. Suka dia dapat buat macam tu dekat Tengku Affan.
"What are you doing, Amanda?" Soal Tengku Affan. Tangannya disilangkan di dada.
"Saja." Balas Amanda ringkas. Setelah itu, Amanda membaling span tersebut kepada Tengku Affan. Tepat kena muka pula tu. Terus Amanda gelak besar.
Memincing mata Tengku Affan merenung isterinya yang galak ketawakan diri dia. Tangan dia naik mengelap mukanya yang basah dek gara-gara span.
Dengan gerakan perlahan Tengku Affan meletakkan kain yang dipegang dan mara menuju ke arah Amanda. Amanda masih tidak berhenti ketawa. Suka sangat dia.
Tengku Affan menunduk sekejap untuk mengambil getah paip yang terpasang air dan dijulur ke atas kepala Amanda. Terus terhenti ketawa Amanda. Dia memandang Tengku Affan tidak percaya.
Tengku Affan pula membalas dengan senyuman mengejek dan diangkat kedua keningnya beberapa kali.
"Ni namanya nak perang tau." Terus Amanda merebut getah paip itu dari tangan Tengku Affan. Dipancut air paip itu kepada Tengku Affan.
Setelah itu, mereka saling berebut getah paip. Habis basah tempat itu kerana Amanda dan Tengku Affan yang sedang bermain perang air.
Dengan Amanda mengangkat baldi berisi air sabun lalu disimbah ke Tengku Affan. Tengku Affan sempat mengelak tapi terkena juga separuh. Berlari sana, berlari sini.
Bodyguard mereka melihat sahaja aksi bermain air di antara mereka berdua. Selepas itu, Amanda berlari ke arah Alex. Minta perlindungan. Amanda menyorok di belakang badan Alex. Alex pula terpinga-pinga di situ. Apa yang dia nak buat ni?
Nak mengelak. Tapi, Amanda memegang baju dia. Tengku Affan pula dah pandang dia semacam. Macam nak ditelan je si Alex ni. Tapi, masalahnya bukan Alex tak nak pergi. Amanda yang tahan dia. Ke kiri dan ke kanan Alex bergerak. Bukan bergerak sendiri tapi digerakkan oleh Amanda.
'Mati aku.' Getus hati Alex. Wajahnya sudah jelas memancarkan riak kerisauan dan takut.
"Sayang." Panggil Tengku Affan.
"Tak nak. Bluerkkk.." Bantah Amanda seraya mengejek suaminya.
"Ivy Nur Amanda!" Tegas suara Tengku Affan memanggil Amanda. Siap dengan nama penuh lagi.
Tapi, ini Amanda. Bukannya dia heran. Dia lari. Sempat dia ejek Tengku Affan. Mengemam bibir Tengku Affan melihat tingkah isterinya itu. Geram!
"Aku potong gaji kau bulan ni, Lex." Kata Tengku Affan sebelum beredar. Sempat ditinggalkan pesan untuk menyambung cuci lagi 2 biji kereta miliknya. Katanya denda buat Alex.
ANDA SEDANG MEMBACA
MRS NOAH AFFAN [C]
RomanceTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...
![MRS NOAH AFFAN [C]](https://img.wattpad.com/cover/341697069-64-k982301.jpg)