Ivy's Design
Menoleh kepala Syira memandang Nura. Dari tadi bising. Duk cep cap cep cap mulutnya yang tengah mengunyah.
"Weh. Kau kalau makan elok-elok lah. Tak sopan tahu perempuan makan macam tu. Ini kalau tiba-tiba masuk pakwe hensem dahtu nampak pula kau makan macam ni. Tak ke dia turn off nanti dengan kau." Bebel Syira.
Memang pantang bagi Syira kalau makan berbunyi-bunyi. Dia rimas dengar bunyi mulut masa tengah mengunyah makanan.
"Alah kau ni. Rilek." Balas Nura. Sejenis si Nura ni pula. Dia selamba je. Kisah apa dia.
"Syira. Bila cik Manda nak masuk butik eh? Rindu lah." Sambung Nura memberitahu pada Syira yang dia rindu pada Amanda.
"Nanti cik Amanda masuk lah. Orang baru lepas kahwin. Kau kena faham. Mesti tengah sibuk honeymoon ke..apa ke..kita tak tahu." Ujar Syira sambil mengemas barang-barang yang bersepah di atas meja kaunter.
"Ha'ah kan. Tapi..mana cik Manda jumpa suami dia? Hensem gila kot. Muka pun tak nampak melayu. Muka dia macam ala-ala orang Italy gitu."
"Suami cik Manda memang ada mix Italy lah. Tak silap aku belah mummy suami cik Manda."
"Mana kau tahu?"
"Cik Manda lah cakap dengan aku."
"Untungnyaaa..nanti dapat anak mesti comel-comel. Dah lah cik Manda pun cantik. Bukan cantik biasa-biasa. Luar biasa cantiknya. Cik Manda sendiri pun ada mix kan?" Syira angguk.
"Turki dan Scotland, right?" Soal Nura ingin kepastian.
"Hm." Jawab Syira.
"Confirm eh. Anak-anak cik Manda nanti dah besar kalau lelaki mesti hensem gila. Kalau yang perempuan pula bila dah besar memang cantik nak mampos." Ujar Nura sambil membayangkan wajah-wajah bakal anak Amanda dan Tengku Affan.
"Itu lah. Aku pun ada terfikir juga. Lagipun keluarga mertua cik Manda bukan calang-calang orang." Tutur Syira.
"Tapi haritu kau kata dengan aku yang mama cik Manda ada datang sini. Nak apa?" Kepoh Nura ingin tahu.
"Aku dengar mama cik Manda marah-marah cik Manda. Yang paling terkesan tu dia haramkan cik Manda panggil mama." Beritahu Syira setelah siap mengemas dan duduk di sebelah Nura.
"Serius lah? Bapak kejam." Terkejut Nura apabila mendengarkan perkara tersebut.
"Kannn. Aku yang dengar pun terkejut juga. Tapi, nak buat macam mana. Mungkin dah memang macam tu kot perangainya." Tutur Syira. Kesian dia melihat Amanda masa itu. Sedih je. Apa yang mampu dia buat masa itu adalah tenangkan Amanda.
"Tapi memang masa kecil cik Manda membesar dekat kampung. Mungkin sebab ini lah kot." Duga Nura sambil mulutnya masih mengunyah.
"Agaknya." Selepas itu, mereka berdua terus diam memikirkan tentang itu. Kasihan mereka melihat Amanda. Kadang-kadang diaoranh selalu nampak Amanda duduk seorang diri sambil termenung sampai tak sedar air mata mengalir.
~~~~~
'Ting'
Satu notifikasi diterima di handphone Amanda. Amanda meletakkan sudu dan garfu lali mengambil gajet mahal tersebut dah melihat gerangan yang menghantar chat kepadanya.
Berkerut dahi Amanda apabila mendapat chat dari nombor yang tidak dikenali dan nombor itu adalah nombor yang sama menghantar chat padanya masa dia tengah berinai.
Amanda membuka chat itu dan membaca pesanan yang dihantar.
Unknown Number
Hai, Manda. I didn't know that you are still remember me or not. Tapi, saya harap awak tunggu saya.
YOU ARE READING
MRS NOAH AFFAN [C]
RomansaTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...