Merengus Amanda apabila shawl yang dipakai tidak menjadi. Awning tak okay. Memang mengundang rasa nak naik angin sahaja.
Tengku Affan yang dari tadi duduk di katil sambil menyandarkan badan dan bermain dengan telefon pintarnya mengalihkan pandangan memandang Amanda yang duduk di hadapan cermin.
Tersenyum senget Tengku Affan melihat keletah Amanda yang geram dengan tudung sendiri. Lantas Tengku Affan meletakkan handphone di meja kecil lalu bergerak menuju ke arah Amanda.
Dekat sahaja, dipegang kedua bahu Amanda. Diusap perlahan bagi menghilangkan rasa amarah Amanda terhadap tudung itu. Dia melihat Amanda mencebikkan bibir sambil merenung dari dalam cermin. Tersenyum kecil Tengku Affan.
"Meh abang buat. Tapi, abang buat simple je lah. Tak pandai nak lilit-lilit macam sayang selalu buat." Kata Tengku Affan sambil membalikkan badan Amanda menghadap dia.
"Buat lah macam mana pun. Saya tak kisah." Balas Amanda malas. Dia dah serabut dengan tudung itu. Tangan dia melilit pinggang Tengku Affan dan melabuhkan sebelah pipinya di dada tegap Tengku Affan.
Dapat dia dengar suara degupan jantung suaminya. Tenang sahaja dia rasa. Pelukan itu pun terasa hangat. Nyaman dan selesa.
Tengku Affan mencium puncak kepala Amanda berulang kali. Wangi. Lama mereka berkeadaan begitu. Diam untuk beberapa saat.
"Siap lah. Nanti lama pula diaorang tunggu kita." Kata Tengku Affan memecahkan kesunyian.
"Abang pakaikan tudung ni." Cebik bibir Amanda. Dia melepaskan pelukan itu.
"Okay. Meh sini dekat sikit." Terus tudung Amanda dipakaikan dengan elok. Walaupun tidak lah secantik yang selalu macam Amanda buat. Tapi, boleh lah.
Selesai sahaja, dia mengucup pipi Amanda dan memusingkan badan Amanda menghadap cermin. Terkedu Amanda melihat penggayaan tudung yang dipakaikan Tengku Affan. Cantik.
"Cantik lah. Mana abang belajar ni?" Soal Amanda. Dia membelek-belek tudung itu. Tersenyum dia melihat hasil Tengku Affan memakaikannya tudung. Kemas.
"Kan sebelum ni abang pernah cakap yang abang ada tengok YouTube. Lupa ke?" Tergelak kecil Tengku Affan. Memang sebelum ini dia pernah melihat beberapa tutorial tudung masa sebelum berkahwin. Eh-eh. Berguna juga dia tengok ya.
"Lupa. Hehe." Tersengih Amanda sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
"Cantik lah isteri abang ni." Dikucup pipi Amanda berkali-kali. Terkekek-kekek Amanda bila merasa geli bila dicium Tengku Affan.
Setelah itu, Tengku Affan menjatuhkan kedua lututnya dan menghadap perut Amanda. Dicium sekejap sebelum berbicara pada anak mereka.
"Assalamualaikum little bunny. Malam ni duduk diam-diam tau. Jangan sakitkan mummy. Nanti mummy bagi makan sedap-sedap eh? I love you." Dikucup sekali lagi perut Amanda setelah habis berkata.
Tersimpul senyuman manis Amanda. Tengku Affan memang selalu macam ni. Diusap rambut lembut suaminya. Dia rasa Tengku Affan boleh lah jadi model iklan shampoo. Model untuk dia sahaja. Kalau model dekat tv tu tak boleh. Nanti ramai perempuan menggatal. Syok pula dekat laki aku ni. No way!
"Jom lah. Yang lain mesti dah tunggu tu." Ajak Tengku Affan selepas bangun dari melutut.
Mereka berdua terus membawa langkah keluar dari bilik dan menuju ke arah ruang tamu. Tengku Affan setia memegang tangan Amanda. Senyum sahaja Amanda bila melihat sikap protektif suaminya ini.
~~~~~
Selesai sahaja majlis doa kesyukuran buat Amanda. Mereka satu keluarga sedang menjamu selera. Banyak makanan yang dimasak. Mereka hanya membuat majlis kecil-kecilan sahaja. Hanya ahli keluarga yang dijemput.
ANDA SEDANG MEMBACA
MRS NOAH AFFAN [C]
RomanceTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...
![MRS NOAH AFFAN [C]](https://img.wattpad.com/cover/341697069-64-k982301.jpg)