Affan | Amanda : 57

10.3K 290 2
                                        

Rambang mata Amanda melihat banyak baju baby yang comel-comel. Eii geramnya. Macam nak borong satu kedai. Tengku Affan hanya mengekori langkah Amanda dari belakang. Tersimpul senyuman yang melakar di kedua ulas bibirnya.

Dia mengeluarkan handphone dan merakam aksi Amanda yang sedang memilih pakaian bayi. Boleh jadi kenangan.

"Abang, abang rasa yang mana cantik?" Tanya Amanda meminta pendapat. Dia berpusing menghadap Tengku Affan sambil memegang dua helai baju. Satu berwarna coklat dan satu lagi berwarna ungu.

"Dua-dua lawa, sayang. Ambil je dua-dua." Kata Tengku Affan.

"Ambil dua-dua?" Tengku Affan mengangguk.

"Tapi, mahal lah abang."

"Tak mahal mana pun. Ambil je kalau sayang suka." Suruh Tengku Affan lagi.

"Okay. Terima kasih, abang." Ucap Amanda seraya menghadiahkan senyuman manis kepada Tengku Affan.

"Sama-sama." Balas Tengku Affan dengan mengucup puncak kepala Amanda.

Banyak barang baby yang dibeli. Dari baju, stroller baby, botol susu dan kasut. Semua pilihan Amanda. Tengku Affan hanya tinggal bayar sahaja.

Selesai sahaja membeli barangan keperluan bayi mereka, kini Tengku Affan membawa Amanda masuk ke dalam satu butik yang menjual baju-baju untuk ibu mengandung. Banyak dress yang cantik-cantik.

"Buat apa masuk sini?" Tanya Amanda. Bingung dia.

"Kan abang kata nak belikan baju preggy untuk sayang. Lupa?" Dipeluk pinggang Amanda sambil diusap perlahan. Dia tahu yang pinggang Amanda lenguh.

"Oh. Tak payah lah. Lagipun banyak lagi Manda dekat rumah. Ada yang belum pakai." Bantah Amanda dengan lembut. Dia tidak mahu. Memang banyak lagi baju dia yang masih baru.

"Itu yang dekat rumah biar je lah. Ini abang nak belikan lagi. Kalau sayang tak nak pilih. Biar abang je pilih. Sayang duduk diam-diam." Kata Tengku Affan mengarah supaya Amanda diam sahaja. Biar dia yang buat pilihan.

Amanda akur dan hanya diam mengekori langkah suaminya. Bila dilihat Tengku Affan sudah mengambil lebih dari 5 helai baju. Pantas Amanda menahan tangan Tengku Affan dari mengambil lagi.

"Abang, dah. Banyak tu." Halang Amanda.

"Sehelai lagi, sayang. Please sweetheart, please.." Pujuk Tengku Affan ingin mengambil lagi sehelai baju buat Amanda.

"Dah banyak tu. Abang tengok." Amanda memegang kepala Tengku Affan dan dipusingkan melihat baju-baju yang dipegang oleh seorang pekerja wanita di kedai itu.

Memang banyak. Lebih kurang dalam 10 ke 12 helai. Beli banyak-banyak macam ni bukannya dia mengandung tiap-tiap tahun. Eh?

"Sehelai je lagi sayang. Promise." Tengku Affan mengangkat tangannya gaya seperti berikrar. Redup pandangannya memandang Amanda.

Mengeluh Amanda dibuatnya. Kalau dihalang pun alih-alih nanti Tengku Affan ambil secara diam-diam. Jadi dia biarkan sahaja. Malas nak berdebat.

"Last-last. Senyum sikit." Kata Tengku Affan sambil menoeh pipi tembam Amanda. Dikucup sekilas pipi isterinya. Setelah itu, dia mengambil sehelai baju yang tertangguh untuk dia ambil tadi kerana dihalang Amanda.

Pasrah sahaja lah Amanda. Apa boleh buat.. nasib suami.

Selepas selesai membuat pembayaran, mereka keluar dari kedai pakaian itu. Amanda merengus tidak suka. Ramai perempuan memandang ke arah Tengku Affan. Cemberut terus wajah Amanda.

"Kita makan dulu. Ni dah masuk waktu lunch." Ajak Tengku Affan sambil mentautkan jari-jemari mereka bersama.

"Nak balik. Takda mood dah." Amanda melepaskan pegangan tangan mereka dan menonong berjalan meninggalkan Tengku Affan yang dalam keadaan terpinga-pinga.

MRS NOAH AFFAN [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang