Syakira mengangkat kepalanya memandang gerangan yang merempuh masuk ke dalam bilik kerjanya. Dilepaskan keluhan kecil. Siapa lagi kalau bukan Tengku Thaqif. Setelah seminggu tidak menganggu hidup dia. Hari ni datang lagi untuk mengacau hidup dia.
"Miss me?" Soal Tengku Thaqif selepas menutup pintu. Dia mara menuju Syakira. Kerusi di hadapan Syakira, ditarik lalu Tengku Thaqif melabuhkan punggungnya di situ.
"What are you doing here, Thaqif?" Soalan dibalas soalan.
"Saja. Dah lama tak jumpa. Saya rindu awak." Luah Tengku Thaqif berterus terang. Takda simpang langsung.
Terkedu Syakira mendengar kata rindu yang keluar dari mulut Tengku Thaqif. Jantung dia mula berdebar sakan. Ini yang dia tak suka ni. Haduh.
"Betul-betul lah. Saya ada banyak kerja ni. Takda masa nak layan perangai tak betul awak tu." Omel Syakira seraya menutup perasaan gugup nya berhadapan dengan Tengku Thaqif.
Terkekeh kecil Tengku Thaqif. Dia tahu yang sebenarnya Syakira gugup dan malu dengan dia. Nampak sangat dari wajah Syakira.
"I never play with my words. You know that." Bersahaja Tengku Thaqif membalas. Dia menyandarkan badannya ke kerusi sambil menatap Syakira yang dari tadi tidak memandangnya.
Syakira lebih fokus pada kertas-kertas di atas meja. Semuanya tentang pesakit dia.
"Whatever lah, Thaqif." Balas Syakira dan mengerling sekilas Tengku Thaqif.
Dia perasan yang hari ni Tengku Thaqif kacak sangat. Dengan baju kemeja warna putih, seluar slack warna hitam dan digayakan pula dengan jam Rolex. Minyak wangi pula dah macam tumpah 10 lori wanginya. Itu sebab dia tak nak pandang Tengku Thaqif.
Jantung dia ni pun tak rilek. Laju betul dia berdegup. Hmm..
"Awak dah makan?" Tanya Tengku Thaqif. Syakira sekadar menggeleng.
"Jom pergi makan. Saya belanja." Ajak Tengku Thaqif. Mata dia setia menatap Syakira. Hari ini Syakira memakai baju mini kurung. Nampak manis lah pula. Dengan pakai tudung sarung nya. Aduhhh, comel lah. Tergugat iman Tengku Thaqif.
"Belanja? Betul? Okay, jom." Terus Syakira bangun dari duduknya dan menutup laptop. Dia bingkas memasukkan kerusi ke bawah meja.
Tengku Thaqif turut melakukan yang sama. Syakira terlebih dahulu melangkah keluar dari bilik kerjanya dan diikuti Tengku Thaqif.
Keluar sahaja, ramai nurse perempuan yang memandang ke arah Tengku Thaqif. Syakira yang perasan langsung menegur.
"Mata tu jangan nak gatal sangat pandang lelaki. Saya cungkil biji mata seorang-seorang kang." Tegas suara Syakira.
Nurse-nurse yang ditegur Syakira tadi langsung menunduk dan mengalihkan pandangan mereka. Tengku Thaqif yang mendengar dan melihat tadi tindakan Syakira langsung mengukirkan senyuman.
My girl is being protective!
"Cemburu eh?" Tanya Tengku Thaqif. Syakira buat tidak layan sahaja. Malas nak jawab.
"Kira, saya tanya ni. Awak cemburu ke semua nurse tadi tu pandang saya?" Soal Tengku Thaqif sekali lagi.
"No. Jangan nak perasan." Balas Syakira. Wajahnya cuba dikawal nampak tenang. Walaupun hakikatnya dia memang rasa nak meletup akibat cemburu.
"Cemburu cakap cemburu. Saya suka kalau awak cemburu. Itu tandanya awak dah mula jatuh cinta dengan saya." Kata Tengku Thaqif perlahan.
Terhenti langkah Syakira. Dia memandang Tengku Thaqif dengan pandangan yang sukar difahami. Tengku Thaqif yang merasa tiada sesiapa di sebelahnya terus menoleh ke belakang. Dilihat Syakira tercegat berdiri di tempatnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
MRS NOAH AFFAN [C]
RomanceTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...
![MRS NOAH AFFAN [C]](https://img.wattpad.com/cover/341697069-64-k982301.jpg)