Affan | Amanda : 45

11.8K 344 12
                                        

Tersedar Tengku Affan dari lenanya apabila mendengar suara seperti orang yang sedang muntah. Berpaling dia melihat isterinya di sebelah. Tiada.

Maka, dia sudah tahu siapa punya suara ketika itu. Lantas dia bangun dan turun dari katil. Dia menapak mendekati bilik air. Masuk sahaja ke dalam, dia melihat Amanda tang terbongkok-bongkok di sinki memuntahkan segala isi.

Laju Tengku Affan mendapatkan sang isteri. Diusap belakang badan Amanda dan rambut Amanda dikumpul menjadi satu.

"Sayang, are you okay?" Tanya Tengku Affan sambil mencuci mulut Amanda.

Berpusing Amanda menghadap Tengku Affan. Sayu wajahnya dan tubir mata dia bergenang dengan air mata. Tersebik bibirnya. Dia menggeleng tanda tidak okay.

"Kenapa muntah ni?" Tanya Tengku Affan lagi sambil sebelah tangan mengusap wajah Amanda dan sebelah lagi memeluk pinggang ramping si isteri.

"Tak tahu." Jawab Amanda perlahan. Kepalanya terasa pusing.

"Salah makan ke?" Amanda menggeleng.

"Nak muntah lagi tak?" Amanda menggeleng lagi dan langsung memeluk Tengku Affan. Wajahnya disembamkan di celah ketiak suaminya. Tekaknya yang terasa loya tadi serta merta hilang.

"Jom, kita keluar." Ajak Tengku Affan. Takkan nak duduk dalam bilik air.

Tengku Affan mendudukkan Amanda di atas katil. Dia mengambil minyak angin di dalam laci lalu kembali mendekati Amanda. Duduk sahaja Tengku Affan, terus Amanda menerpa dan memeluk Tengku Affan.

Wajahnya disembamkan semula di celah ketiak Tengku Affan. Sekarang ini, celah ketiak Tengku Affan menjadi fav spot dia. Dia pun tidak tahu kenapa. Sebelum ini takda pula sampai jadi macam ni. Tak pernah pula dia masuk celah ketiak suaminya.

"Sayang ada rasa pening tak?" Soal Tengku Affan ingin tahu.

"Sikit." Jawab Amanda di sebalik ketiak suaminya.

"Nak abang urutkan kepalanya?" Menggeleng Amanda. Dia menghidu bau ketiak Tengku Affan. Nasib wangi. Cuba kalau bau. Huh!

Berkerut dahi Tengku Affan melihat tingkah isterinya sekarang. Macam pelik semacam saja bini dia ni.

Mata Tengku Affan bergerak melihat ke arah jam yang tergantung di dinding. Pukul 3 pagi!

"Abang, Manda lapar.." Merengek Amanda sambil menongkatkan dagunya di dada Tengku Affan. Dia mendongak memandang suaminya. Bibirnya dicebikkan.

Tengku Affan merenung sang isteri. Dikucup dahi Amanda sekejap dan diusap sayang pipi isterinya.

"Pukul 3 pagi, sayang. Tak pernah sayang makan dalam waktu-waktu macam ni." Ujar Tengku Affan.

"Tahu. Tapi, lapar.." Adu Amanda manja.

"Sayang nak makan apa?" Tanya Tengku Affan dengan nada suara yang lembut.

"Sandwinch."

"Sandwinch apa?"

"Tak kisah. Yang penting sandwinch."

"Abang buat sandwinch telur. Boleh?" Laju Amanda mengangguk.

"Lepaskan abang dulu. Sayang tunggu dalam bilik. Nanti dah siap, abang bawa naik atas." Mencebik bibir Amanda. Makin erat dia peluk Tengku Affan.

"Nak ikut.." Merengek Amanda mahu ikut Tengku Affan ke dapur.

"Sayang larat tak?" Geleng Amanda.

"Dah tak larat tu duduk je dalam bilik." Tiba-tiba Amanda menangis. Kalut Tengku Affan jadinya.

"Kenapa ni?"

"Abang marah.." Kata Amanda dengan air mata mengalir laju dah macam air terjun.

Berkerut dahi Tengku Affan dibuatnya. Sejak bila pula dia marah. Pelik dia dengan sikap Amanda pagi-pagi buta ni.

MRS NOAH AFFAN [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang