"Sakit, mama..hiks. Mama..hiks. Mama, Manda sakit..hiks. Jangan pukul, Manda..hiks. Mama..Manda sakit..hiks." Menangis Amanda merayu-rayu pada Datin Puteri agar tidak memukul dirinya lagi.
"Kau ni memang anak sial! Kenapa bukan kau je yang mati?!" Menjerit-jerit Puan Sri Puteri sambil melibas badan Amanda dengan tali pinggang.
"Sakit..hiks. Mama!!" Meraung Amanda setiap kali libasan tali pinggang itu mengena pada kulit badannya.
"Ya Allah, Puan Sri. Sudah Puan Sri. Sakit Amanda." Kata Cik Lela menghalang dari Puan Sri Puteri dari memukul Amanda lagi.
"Kau tepi, Lela! Budak ni memang nak kena ajar! Dasar anak sial!" Puan Sri Puteri langsung menolak tubuh Cik Lela ke tepi.
Selepas itu, dia melibas Amanda. Menangis-nangis Amanda kerana menahan rasa sakit. Dengan tangan dan kakinya di ikat.
Dia hanya mampu menangis dan merayu supaya Puan Sri Puteri berhenti memukulnya.
——-
Amanda bangun dari lenanya dengan terkejut. Naik turun dada dia. Berpeluh satu badan. Perlahan Amanda bangun dari perbaringan dan duduk. Dia menyandarkan badannya di kepala katil.
Berpaling kepala Amanda melihat jam. Pukul 4 pagi! Terpejam mata Amanda untuk seketika.
"Ya Allah..kenapa aku boleh mimpi lagi tentang perkara ni?" Monolog Amanda bertanya pada diri sendiri.
"Aku tak nak ingat. Sakit, ya Allah." Pinta Amanda dengan suaranya bergetar.
Setelah itu, dia langsung tidak boleh tidur. Amanda sambung menyiapkan kerjanya. Hendak solat tahajud, dia lagi sedang menuju ke bulan. Lebih baik bagi dia menyambung kerjanya.
Amanda duduk seorang diri di penthouse milik dia. Penthouse ini adalah hadiah dari Tan Sri Khalil iaitu papa Amanda. Puan Sri Puteri langsung tidak tahu-menahu soal ini.
Dia lagi ada kerja di KL. Disebabkan itu, dia harus berada di KL sehingga kerjanya selesai baru lah dia akan pulang ke kampung.
~~~~~
Berpusing Amanda sendiri di dalam pavilion mall. Dia baru sahaja habis meeting dengan klien.
"Haih..bosannya." Gumam Amanda.
Tak lama selepas itu, kakinya terpasak dan matanya memandang satu pasangan yang berada di dalam butik berjenama Chanel. Mengecil mata dia bagi mengecam pasangan tersebut. Lagi-lagi lelaki itu.
"Tengku Affan ke tu?" Soal Amanda.
Dilihat sebelah Tengku Affan ada seorang perempuan cantik dan seksi yang lagi bergelayut manja dengan Tengku Affan. Tiba-tiba, hati dia dijentik dengan satu perasaan yang susah untuk diungkapkan. Tapi, hatinya merasa sakit.
Cepat-cepat Amanda membuka langkah meninggalkan tempat itu. Malas dia nak berlama. Nanti kang Tengku Affan nampak dia pula. Habis kena cop stalker.
Tapi, hatinya masih lagi tertanya-tanya. Siapa perempuan tu. Girlfriend Tengku Affan ke? Tapi, setahu dia yang Tengku Affan mana ada girlfriend. Nak layan perempuan pun beku.
~~~~~
Rimas Tengku Affan rasakan sekarang. Dia dipaksa untuk temankan Maya ke pavilion. Ikutkan sekarang ini dia sudah ada di office. Buat kerja. Bukan keluyuran tak tentu pasal macam sekarang.
"You..ni cantik tak?" Tanya Maya dengan menunjukkan dua handbag Chanel yang dipegangnya.
Tengku Affan hanya memandang sekilas. Tiada respon yang diberi. Hanya riak malas ditunjuk.
YOU ARE READING
MRS NOAH AFFAN [C]
RomanceTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...