Affan | Amanda : 32

13.1K 373 2
                                        

Tengku Thaqif mengambil tempat di hadapan Syakira. Mereka baru sahaja selesai membuat pemeriksaan kesihatan. Syakira pula meneliti rekod kesihatan Tengku Thaqif.

"So, how?" Tanya Tengku Thaqif. Syakira mengangkat kepalanya dan merenung lelaki kacak di hadapannya ini.

"Alhamdulillah, semua okay. Jantung awak okay, paru-paru okay and everything okay. Takda tanda-tanda sakit ke apa ke. No. Ginjal awak pun okay. Awak merokok?"

"Nope." Jawab Tengku Thaqif.

"Pernah cuba-cuba merokok?" Tanya Syakira lagi.

"Masa sekolah menengah dulu."

"Faham."

"Bila berhenti?"

"Lepas dah masuk universiti."

"Then good for you. Usus perut pun okay." Seloroh Syakira. Tergelak Tengku Thaqif.

"Awak ada niat nak menderma organ badan awak ke?" Terkedu Tengku Thaqif mendengar soalan yang diajukan Syakira buat dirinya.

"Tak."

"Oh tak. Saya ingat awah buat pemeriksaan ni sebab nak derma. Mana lah tahu awak nak dermakan jantung ke, ginjal ke, paru-paru ke..satu amalan yang mulia tu. Tak nak buat?" Sengaja Syakira bertanya begitu.

Kecut perut pula Tengku Thaqif rasa sekarang ini.

"Takpa. Terima kasih. Kalau dah habis saya balik dulu." Pantas Tengku Thaqif bangun dari duduknya dan ingin berlalu keluar.

"Oh ya, you can go. Tapi, betul tak nak ni?" Saja Syakira. Laju-laju Tengku Thaqif menggeleng.

Keluar sahaja Tengku Thaqif dari bilik kerjanya. Tergelak Syakira bila melihat wajah cuak Tengku Thaqif tadi.

Syakira mengambil handphone dia dan mencari nombor Amanda. Dia hendak menghantar mesej kepada sepupunya yang seorang itu.

Tak puas hati ni. Boleh dia hantar gambar hodoh aku. Siap kau, Amanda.

~~~~~

Ivy's Design

'Ting'

Handphone Amanda berdenting tanda menerima satu mesej. Amanda mencapai handphone nya dan melihat gerangan yang menghantar mesej.

Tak lama selepas itu, Amanda menghamburkan tawa.

Kira🪱
Amanda. Memang aku bakar kereta kau, Manda. Berani kau hantar gambar hodoh aku dekat sepupu laki kau? Biadap kau eh? Jatuh maruah aku weh. Jahanam betul kau ni. Lahabau. Lahanat. Eeee..kau kalau depan aku ni. Memang lunyai kau. Aku bedah kau. Keluar kan semua usus perut kau.

Gelak Amanda baca pesanan Syakira. Betul-betul marah minah seorang ni. Habis segala carutan dia bagi dekat aku.

Tak lama selepas itu, handphone Amanda berdering. Berkerut dahi Amanda apabila nombor yang tidak dia kenali menelefonnya. Amanda menggesek hutan hijau dan melekapkan handphone ke telinga.

"Hello." Sapa Amanda.

"Hai, Manda. It's me, Hud. Lega saya bila awak jawab call. Saya ingat awak tak save nombor saya." Kata Hud di seberang sana.

"Memang tak save pun. Saya main angkat je ni. Awak nak apa lagi Hud?" Tanya Amanda tidak puas hati.

"Saya nak awak lah. Manda please bagi saya peluang." Pinta Hud bersungguh-sungguh.

"Saya dah kahwin. Awak pekak ke atau tak faham? Tolong lah Hud jangan kacau saya lagi. Rimas lah." Marah Amanda. Rimas dengan Hud.

"Lagi awak tak nak. Lagi saya nak." Tutur Hud sambil tergelak.

MRS NOAH AFFAN [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang