Affan | Amanda : 25

9.5K 277 4
                                    

Ivy's Design

Tengku Affan membuka pintu butik dan kakinya yang panjang melangkah masuk ke dalam dengan sejambak bunga rose putih. Sengaja nak bagi kejutan pada sang isteri.

Pagi tadi dia lah yang menghantar Amanda ke butik kerana mereka menginap di rumah keluarga Tengku Affan.

Nura yang perasan akan kedatangan Tengku Affan sudah tersenyum-senyum. Lagi-lagi bila melihat Tengku Affan membawa bunga.

"Hai, tengku." Sapa Nura ceria.

Berpaling kepala Tengku Affan memandang Nura dengan wajah mendatar. Selepas itu, dia memberi senyuman kecil kepada Nura.

"Amanda ada?" Tanya Tengku Affan beku.

"Cik Amanda ada. Tapi cik Amanda nampak macam serabut sikit." Kata Nura.

"Serabut kenapa?" Tanya Tengku Affan.

"Cik Amanda takda idea untuk design baju for our new collection." Beritahu Nura. Perlahan Tengku Affan mengangguk.

"Tengku pergi lah jumpa cik Amanda." Arah Nura sesuka hati. Tengku Affan terus berlalu pergi meninggalkan Nura tanpa sepatah kata.

Dia mengetuk pintu bilik kerja Amanda terlebih dahulu dan mendengar suara Amanda memberi izin untuk masuk. Dikuak pintu itu dan melangkah masuk ke dalam dengan senyuman manis.

Berubah terus ya riak wajah Tengku Affan. Dengan Nura muka beku. Dengan Amanda kemain. Melebar terus bibir dia menarik senyuman.

"Hai, sayang." Sapa Tengku Affan. Amanda mengangkat kepalanya dan terus bibir dia melakarkan senyuman. Amanda langsung bangun dari labuhannya dan berjalan mendekati Tengku Affan yang berdiri di tengah-tengah ruang bilik kerjanya ini.

"Kenapa datang tak bagitahu?" Tanya Amanda selepas memeluk tubuh Tengku Affan.

"Suprise. And this is for you." Kata Tengku Affan dan memberi jambangan bunga rose putih itu kepada Amanda. Amanda mengambil dan menghidu bau wangi yang terbit dari bunga rose tersebut.

"Mimpi apa semalam sampai tiba-tiba datang butik saya lepastu buat suprise bawa bunga bagai ni?" Soal Amanda selepas mendongakkan kepalanya merenung Tengku Affan.

"Saja."

"But, you said you didn't do romantic. And now what?" Penasaran Amanda.

"I do romantic now because you are my wife. You changed me." Jawab Tengku Affan sambil membelai lembut pipi Amanda.

"Thank you, abang." Ucap Amanda ikhlas.

"You're welcome, sweetheart." Balas Tengku Affan dan mengucup sekilas dahi Amanda.

Selepas itu, Amanda menolak tubuh Tengku Affan. Dah cukup scene romantik tadi. Dia meletakkan bouquet bunga itu di atas sofa dan Amanda menapak mendekati kerusi kerjanya semula.

Idea datang lah idea!

Berkerut dahi Tengku Affan apabila kena tolak tiba-tiba. Dia bukan main bagi ayat manis. Last-last kena tolak macam ni. Ingat nak bagi kiss ke apa ke. Dia melihat tingkah isterinya.

Melilau mata dia melihat bilik kerja Amanda. Cantik. Tema minimalis je. Sangat simple. Dengan dinding di cat warna putih dan coklat muda. Ruang bilik ini tidak lah terlalu besar seperti ruang bilik kerjanya di pejabat. Tapi, sangat-sangat sedap mata memandang.

Setelah itu, mata Tengku Affan menangkap beberapa bingkai gambar yang tersusun cantik di satu sudut. Dihanyunkan kakinya yang panjang mendekati tempat gambar-gambar itu.

Tangan dia mencapai satu gambar yang menunjukkan dua orang budak perempuan yang tersenyum gembira. Tengku Affan perhati baik-baik. Rupanya salah seorang dari budak perempuan itu adalah Amanda. Yang seorang lagi dia tidak kenal.

MRS NOAH AFFAN [C]Where stories live. Discover now