Pejam celik-pejam celik. Dah 9 bulan Amanda membawa perut besar ini kemana-mana. Tinggal tunggu hari sahaja untuk melahirkan. Bila dia teringat kembali hari pertama dia dapat tahu tentang kehamilannya. Sumpah dia gembira sangat. Dan cara dia dapat tahu pun agak unik.
Langsung tidak disangka-sangka yang Allah memberi kepercayaan terhadap dia untuk menjadi seorang ibu. Syukur ya Allah.
Diusap lembut perutnya itu. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Dia duduk di balkoni sambil mengambil udara malam yang segar.
Tengku Affan yang baru melangkah keluar dari bilik air sambil memakai tuala separas pinggang melihat isterinya sedang duduk di kerusi yang ada di balkoni.
Lantas dia masuk ke dalam closet terlebih dahulu untuk memakai baju sebelum kembali melangkah mendekati si cinta hati. Dekat sahaja terus dikucup pipi Amanda.
Tersentak Amanda kerana terkejut dengan kedatangan suaminya tiba-tiba. Dia menoleh memandang Tengku Affan yang mengambil tempat di sebelahnya. Sempat Tengku Affan mengenyitkan sebelah mata.
"Siap mandi dah?" Tanya Amanda sengaja untuk berbasa-basi.
"Tak. Baru je nak mandi ni." Seloroh Tengku Affan. Saja nak membuat Amanda ketawa.
Amanda menjeling manja suaminya. Ada sahaja lah benda yang nak dibuat lawak. Tapi hambar masalahnya.
"Sayang kenapa duduk sorang-sorang dekat luar ni? Kan sejuk." Tanya Tengku Affan sambil mendakap bahu Amanda. Dipeluk dengan erat. Tangannya mengelus lengan isterinya dengan gerakan perlahan. Sekadar untuk menghangatkan.
"Saja. Ambil udara segar malam-malam ni. Sejuk nya. Nyaman." Tutur Amanda sambil tersenyum manis kepada Tengku Affan.
Tengku Affan menatap serata wajah isterinya dengan pandangan redup. Tangan dia naik membelai wajah Amanda. Dia tahu yang dia dah banyak kali ulang cakap benda yang sama. Tapi, dia tak pernah penat untuk kata yang isterinya sangat cantik.
"Kenapa sayang cantik sangat?" Ditatap wajah Amanda dari dahi, dua belah kening yang tebal, kedua mata yang cantik, bulu mata yang melentik, hidung mancung, pipi tembam kesukaan Tengku Affan dan terakhir sekali bibir nipis Amanda yang selalu buat Tengku Affan tergoda.
Tersipu malu Amanda bil mendapat pujian dari si suami. Walaupun dah banyak kali dia dengar pujian yang sama. Tapi, tetap sahaja dia merasa malu.
"Mengada lah abang ni." Amanda memukul manja paha Tengku Affan. Dia menyandarkan badannya ke badan Tengku Affan. Dilabuhkan kepalanya di dada kekar suaminya itu.
Mereka diam seketika untuk menikmati momen tersebut sebelum lahirnya anak mereka ini. Tak sangka betul. Dah nak dekat setahun mereka bernikah. Tak terasa cepatnya masa berlalu.
Tengku Affan setia mengusap perut sang isteri yang semakin hari semakin membesar. Selepas ini, rindu lah dia ingin mengusap perut isterinya yang begini kalau anak mereka sudah keluar nanti. Tapi, apa susahkan? Boleh buat lagi. Jadi lah lagi perut isterinya macam ni. Eh?!
Haha!
"Saya takut lah." Ucap Amanda meluahkan perasaan dia yang terlubuk di hati.
"Takut? Takut apa?" Soal Tengku Affan ingin tahu.
"Tak lama lagi kan si kenit ni nak keluar. Jadi, saya takut nak melahirkan dan saya takut kalau saya gagal jadi mama yang terbaik untuk anak kita." Luah Amanda perlahan. Tangan dia pun turut mengusap perutnya sama.
Tengku Affan menindih tangan kecil sang isteri. Dikucup puncak kepala Amanda sebelum berbicara.
"I know that you will be the best mom for our child. Do not worry. I am with you to take care of our child. We have promised to be together through hardships and joys." Kata Tengku Affan seraya memberi semangat kepada Amanda. Dicium pipi Amanda.
ANDA SEDANG MEMBACA
MRS NOAH AFFAN [C]
RomanceTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...
![MRS NOAH AFFAN [C]](https://img.wattpad.com/cover/341697069-64-k982301.jpg)