Kereta Lamborghini Sian berwarna black mattelic dipandu oleh Tengku Affan masuk ke dalam sebuah perkarangan rumah mewah yang besar.
Banyak kereta yang terparking di luar rumah itu. Pasti kereta-kereta milik keluarga Mario's family.
Setelah memarkir kereta, Tengku Affan mematikan enjin kereta dan melangkah keluar dari dalam perut kereta. Gerald yang duduk di kerusi sebelah turut mengikut sama.
Tengku Affan dan Gerald saling berpandangan sebelum kaki panjang mereka melangkah mendekati pintu utama Mansion tersebut. Ada perkara yang perlu dibuat perhitungan dan diselesaikan.
Tanpa ketukan di pintu, Tengku Affan langsung membuka dan menapak masuk ke dalam mansion mewah tersebut.
Ada seorang pembantu rumah wanita yang melihat Tengku Affan dan Gerald masuk ke dalam mansion itu. Sempat dia ingin menghalang tetapi, Gerald menyelak sedikit bajunya dan menunjukkan sepucuk pistol yang terletak elok di bahagian pinggangnya. Gerald turut membuat gaya senyap dengan meletakkan jari telunjuk di bibir.
Tengku Affan langsung meluru naik ke tingkat atas dengan mendaki tangga. Kisah pula dia dengan keluarga Mario ni. Sampai sahaja di tingkat dua mansion itu, sudah menampakkan 'family gathering' keluarga Mario.
Tergelak sinis Tengku Affan melihat pemandangan di hadapannya. Family gathering lah sangat. Dengan perempuannya berbikini. Lelaki pula berboxer. Hebat family gathering dia.
Tengku Affan dan Gerald melangkah keluar ke balkoni tersebut dan terus menuju ke arah Fernandez Mario. Bapa kepada Fedrick Mario.
"Ciao Fernández." Sapa Tengku Affan yang sudah pun berdiri di hadapan Fernandez. Fernandez yang dikelilingi oleh 4 orang wanita yang seksi terus memalingkan wajahnya memandang Tengku Affan.
"Hey, Noah." Sahut Fernandez.
"Come stai? E molto tempo che non ci si vede." (Apa khabar? Dah lama tak jumpa) Sambung Fernandez bertanya pada Tengku Affan.
"Bene. Sono venuto qui per qualcosa. Su tuo figlio, Fedrick." (Baik. Aku datang sini ada perkara. Mengenai anak kau, Fedrick) Ujar Tengku Affan santai. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar sambil melihat ke arah Fedrick yang bersantai menari dengan dua orang perempuan seksi.
"Riguardo a cosa? Cosa ha fatto questa volta?" (Mengenai apa? Kali ini dia buat apa?) Tanya Fernandez. Dia berdiri di sebelah Tengku Affan. Merenung anak muda di hadapannya yang cukup santai.
"Ha fatto casino con mia moglie. Ha assunto delle persone per uccidere mia moglie. Fortunato perché mia moglie non è morta. Ma il colpo ha colpito vicino alla spalla di mia moglie. Quindi, sono venuto qui per fare i conti." (Dia kacau isteri aku. Dia upah orang untuk bunuh isteri aku. Untung sebab isteri aku tak mati. Tapi, tembakan tu terkena pada bahu isteri aku. Jadi, aku datang sini untuk buat perhitungan) Terang Tengku Affan panjang lebar dengan suara tertahan.
Fernandez yang mendengar perkara tersebut sudah merasa panas di hati. Anak dia ini kalau tak buat hal tak sah. Berpaling kepala Fernandez memandang Gerald di sebelah Tengku Affan. Selepas itu, dia menoleh memandang seorang budaknya untuk memanggil Fedrick.
"Mi dispiace. Non so di questo. Lo lascio a Fedrick. Puoi fargli qualsiasi cosa." (Aku minta maaf. Aku tak tahu tentang ini. Aku serahkan Fedrick. Kau boleh buat apa saja pada dia) Kata Fernandez.
Dia tak dapat menghalang apa yang ingin Tengku Affan lakukan pada Fedrick. Ini masalah anak dia. Siapa suruh anaknya pandai-pandai usik isteri lelaki ini. Menanggung lah kau.
Fedrick datang mendekati Fernandez. Dia masih tidak melihat gerangan Tengku Affan di situ.
"Si, papà." Bicara Fedrick setelah berdiri di hadapan Fernandez.
ANDA SEDANG MEMBACA
MRS NOAH AFFAN [C]
RomanceTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...
![MRS NOAH AFFAN [C]](https://img.wattpad.com/cover/341697069-64-k982301.jpg)