Petangnya, Amanda menuruni tangga. Dia memijak setiap takah anak tangga dengan berhati-hati. Sampai sahaja di tingkat bawah, Amanda memandang sekitar mencari keberadaan Tengku Affan.
Tak lama kemudian, Amanda terdengar bunyi kuat seperti barang terjatuh di dapur. Amanda membuka langkah menuju ke arah dapur untuk melihat apa yang terjadi.
Ternyata Tengku Affan menjatuhkan kuali. Dia menapak mendekati sang suami. Amanda berdiri di hadapan Tengku Affan yang masih menunduk mengambil kuali. Tengku Affan yang melihat ada sepasang kaki di hadapannya terus mengangkat kepala dia melihat gerangan tersebut.
Terbit senyuman di bibir Tengku Affan. Dia berdiri tegak di depan isterinya.
"Bila sayang turun?" Tanya Tengku Affan. Dia menggantung kuali itu di penggantung.
"Baru je turun. Bosan duduk dalam bilik. Abang buat apa ni?" Jawab Amanda dan menyoal Tengku Affan kembali.
"Abang kemas dapur sekejap tadi. Lepas abang buat bubur sayang, abang belum kemas lagi." Kata Tengku Affan. Badan Amanda ditarik dan dipeluk. Digoyang-goyangkan badan ke kiri dan ke kanan.
Amanda mendongak memandang Tengku Affan. Tekak dia dah lah terasa nak makan aiskrim. Agak-agak dapat tak?
"Abang." Panggil Amanda.
"Ya?" Sahut Tengku Affan. Dia menundukkan kepalanya melihat si isteri.
"Manda nak makan aiskrim boleh?" Tanya Amanda.
"Aiskrim?" Laju Amanda mengangguk.
"Kenapa tiba-tiba nak makan aiskrim?"
"Tekak ni terasa nak makan aiskrim. Boleh eh? Pleaseee.." Amanda mengelipkan matanya beberapa kali. Mukanya dibuat comel. Meminta simpati. Harap-harap lah suami dia bagi.
"Tapi, dalam peti ais mana ada aiskrim." Tutur Tengku Affan. Memang langsung satu aiskrim pun tiada. Itu kerana Tengku Affan sangat menjaga pemakanan. Makanan manis memang dikawal ketat oleh Tengku Affan.
"Abang beli lah." Perlahan sahaja suara Amanda berkata. Tengku Affan melepaskan nafas berat. Dia nampak yang Amanda betul-betul mahukan aiskrim.
"Sayang nak perisa apa?" Soal Tengku Affan.
"Abang betul nak belikan ni?" Teruja suara Amanda menyoal. Bersinar mata dia.
"Ya. Sayang nak perisa apa?" Tengku Affan mengulang soalannya.
"Nak dua. Satu kacang merah dan satu lagi oreo." Beritahu Amanda dengan bernada ceria.
"Just choose one." Tengku Affan menyuruh Amanda memilih. Berubah langsung wajah Amanda. Dia tak nak satu. Dia nak dua.
"Tak nak lah pilih abang.." Merengek Amanda tidak mahu membuat pilihan.
"Choose. One." Ditekan setiap satu perkataan. Mencebik bibir Amanda. Tiba-tiba dia terasa hati. Amanda menjauhkan dirinya dari terus dipeluk Tengku Affan. Setelah itu, dia bersuara.
"Takpa lah. Tak jadi nak makan aiskrim." Kata Amanda seakan berjauh hati. Menunduk kepalanya merenung lantai. Sejurus itu, Amanda terus memusingkan badannya dan naik menuju ke tingkah atas. Dia nak merajuk.
Terpinga-pinga Tengku Affan dibuatnya. Bukan dia tak bagi makan. Kan dia suruh buat pilihan. Tapi, merajuk pula dah kekasih hati dia tu.
~~~~~
Perlahan langkah Tengku Affan berjalan mendekati Amanda yang berdiri di balkoni sambil menghirup udara segar. Langsung tidak sedar kedatangan Tengku Affan.
Di tangannya pula ada bungkusan plastik aiskrim yang Tengku Affan suruh Qay belikan tadi. Tak sampai hati pula dia dengan Amanda.
Plastik tersebut diletakkan di atas meja. Selepas itu, Tengku Affan menapak menghampiri Amanda lalu dipeluk Amanda dari belakang. Kepalanya direhatkan di bahu kanan Amanda.
ANDA SEDANG MEMBACA
MRS NOAH AFFAN [C]
RomansaTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...
![MRS NOAH AFFAN [C]](https://img.wattpad.com/cover/341697069-64-k982301.jpg)