Affan | Amanda : 64

16.8K 340 34
                                        

Dikucup dahi si kecil yang berada di dalam gendongannya. Tengku Affan baru sahaja habis mengazankan anak lelakinya yang baru selamat dilahirkan beberapa jam yang lalu.

Alhamdulillah. Mereka dikurniakan anak lelaki yang sihat, comel dan gebu. Mata dia sama persis macam Tengku Affan. Kening dan bulu mata dia sama macam Amanda.

Tengku Affan membawa bayi itu mendekat ke arah Amanda yang dari tadi memandang suami dan anaknya. Tersenyum manis dia melihat momen indah ini. Tak disangka-sangka yang dia sudah pun bergelar seorang ibu.

"Sayang okay?" Tanya Tengku Affan selepas duduk di sebelah Amanda. Si kecil itu masih lagi berada di dalam gendongan daddy nya. Selesa betul. Bibir tu dah lah pink. Pastu muncung pula tu.

Geram sahaja Amanda melihat anaknya. Rasa macam nak gomol. Tapi, perlu diingat yang anaknya masih kecil lagi. Tunggu lah dah besar sikit baru boleh. Amanda hanya mampu mencuit hidung mancung anaknya.

"Alhamdulillah, dah okay. Abang dah bagitahu mummy dan daddy?" Jawab Amanda seraya bertanya.

"Dah. Abang bagitahu Aryan. Pagi nanti baru Aryan bagitahu. Lagipun awal lagi ni." Beritahu Tengku Affan.

"Tak sangka kan sekarang kita dah ada anak. Macam tak percaya. Saya rasa macam baru semalam kita bergaduh dekat airport." Tergelak kecil Amanda bila teringat kali pertama mereka berjumpa selepas dua tahun.

Tengku Affan turut sama ketawa. Dia pun merasa lucu dan tidak percaya.

"Ha'ah kan? Abang pun tak percaya. Dari awal perkenalan kita yang abang tolong sayang dua tahun lepas tu then kita berjumpa semula di airport. Sejak dari itu lah kita kenal dan berkahwin. Sampai lah dah ada si kenit comel ni." Tutur Tengku Affan dan mengucup ubun-ubun anaknya.

"Abang dah ada nama untuk anak kita?" Soal Amanda.

"Sayang dah ada ke?" Soalan dibalas soalan.

"Dah." Jawab Amanda.

"Apa dia?" Penasaran Tengku Affan. Tak sabar nak tahu nama anak mereka.

"Tengku Naqeeb Arash." Sebut Amanda.

"Wow. Sedap nama tu sayang. Maksudnya apa?"

"Naqeeb ialah yang menjamin. Arash pula ialah takhta dan kebenaran." Beritahu Amanda.

"Okay. Tengku Naqeeb Arash Bin Tengku Noah Affan." Tersenyum manis mereka berdua. Mata Tengku Affan dan Amanda saling bertaut.

"Thank you sayang susah payah melahirkan Arash. Abang hargai setiap pengorbanan sayang. Abang sedar. Untuk melahirkan seorang anak tidak mudah. Tapi, sayang kuat. I love you with wholeheartedly, my sweetheart." Dikucup dahi sang isteri. Lama.

Amanda memejamkan matanya menikmati kucupan Tengku Affan di dahinya. Tadi selepas sahaja melahirkan. Amanda sempat drop. Banyak hilang darah dan Amanda tidak sedarkan diri. Dan hampir Tengku Affan kehilangan Amanda buat selamanya.

Tapi, kuasa Allah. Alhamdulillah. Amanda diberi peluang untuk hidup lagi dan bersama dengan suami dan anak mereka ini.

"I love you too, abang." Balas Amanda dan mengucup pipi Tengku Affan.

Tiba-tiba, anak mereka merengek. Lantas Tengku Affan menepuk sedikit bontot Arash bagi mendodoikan semula. Amanda melihat sahaja. Dia masih lagi penat. Terus kepalanya disandarkan di bahu tegap Tengku Affan.

~~~~~

"Assalamualaikum!" Lantang suara Tengku Anaqi memberi salam apabila melangkah masuk ke dalam bilik wad yang menempatkan Amanda.

Amanda yang sedang makan sambil disuap oleh Tengku Affan agak terkejut sedikit bila mendengar suara lantang Tengku Anaqi.

"Waalaikumussalam. Eh, bagi salam elok-elok tak boleh ke? Ni bukan pasar tau? Kau nak along hempuk kau ke?" Garang Tengku Affan berkata.

MRS NOAH AFFAN [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang