Special Chapter : 3

8K 256 2
                                        

Menggeliat Amanda ke kiri dan ke kanan. Rasa tak selesa. Bila kandungannya dah masuk usia 9 bulan ni memang langsung dia rasa tak selesa.

Amanda bangun dari baringannya dan menyandar ke kepala katil. Dia berkalih melihat Tengku Affan yang lena di sebelah. Wajah Amanda mula berubah dan perutnya semakin terasa sakit. Pinggang pun rasa sakit.

Nafas Amanda mula terasa berat. Dia dapat rasakan yang sekarang ada lah masanya untuk melahirkan.

"Abang.. ugh. Abang." Panggil Amanda sambil menepuk bantal Tengku Affan. Nak capai Tengku Affan sendiri tak sampai. Dapat bantal pun bantal lah.

"Abang!" Jerit Amanda memanggil Tengku Affan. Perutnya sudah semakin sakit.

Tengku Affan yang mendengar jeritan isterinya bingkas bangun. Tak sempat nak rasa mamai ke apa. Kabut dia bangun dan mendekati Amanda.

"Sayang kenapa?" Tanya Tengku Affan dalam keadaan tak tentu arah.

"Nak bersalin. Abang!" Sehabis sahaja ayat bersalin, rambut Tengku Affan menjadi sasaran. Ditarik sekuat hati.

"Aw! Aw! Sayang! Sakit! Sakit!" Bergelut Tengku Affan ingin melepaskan rambutnya dari terus ditarik si isteri.

Tahu tengah sakit. Tapi, jangan lah tarik rambut. Botak karang aku ni. Umur muda lagi. Tapi, dah botak. Ha. Parah.

Dapat sahaja lepas dari tarikan isterinya di rambut. Tengku Affan pantas memakai baju t-shirt dan seluar panjang. Tudung sarung Amanda juga dicapai dan dipakaikan di kepala si isteri.

Selepas itu, Tengku Affan dengan mudahnya mencempung tubuh Amanda dan dibawa keluar. Tujuan utama mereka sekarang ini adalah hospital.

~~~~~

Bersandar Amanda di kepala katil menyaksikan suaminya mengiqamatkan anak perempuan mereka yang selamat dilahirkan pada pagi subuh tadi.

Alhamdulillah. Kini mereka telah memiliki dua orang cahaya mata. Seorang lelaki dan seorang perempuan.

Tersenyum nipis Amanda mendengar suara merdu Tengku Affan. Anaknya pun diam sahaja. Lahir-lahir terus jadi princess daddy. Haih. Lepas ni kalah lah mummy.

Selesai sahaja iqamat, Tengku Affan berpusing dan menapak mendekati isterinya yang sedang duduk di katil. Dekat sahaja, terus dilabuhkan satu ciuman di dahi mulus sang isteri.

Setelah itu, Tengku Affan melabuhkan punggungnya di sebelah Amanda. Amanda pula terus memeluk lengan sasa suaminya.

"Thank you, sayang. Abang hargai sangat." Ucap Tengku Affan dengan nada sedikit lirih. Dia tengok tadi berapa susahnya isteri dia ingin melahirkan anak mereka yang kedua ini. Terpaksa meneran dan menanggung sakit selama 4 jam.

"You're most welcome, abang. Jangan lah sedih. Kan sayang dan baby okay. Dua-dua selamat." Kata Amanda sambil mengusap lengan Tengku Affan.

"Abang cuma takut je tadi. Abang takut hilang sayang. Abang nampak susah sangat sayang nak lahirkan anak kita ni. Dulu masa Arash senang je. Tapi, ni tadi.. ya Allah. Nak gugur jantung abang tengok sayang tahan sakit." Luah Tengku Affan jujur tentang perasaannya.

Tersenyum lucu Amanda mendengar luahan comel dari si suami. Alahai.. sampai nak gugur jantung tu ya. Nasib tak tercopot lagi. Kalau tak dah doktor tu ada kerja lain pula.

"Comelnya dia risaukan isteri dia. Meh sini. Sayang nak cium." Amanda menarik wajah Tengku Affan menghadap diri dia dan dikucup sekilas bibir suaminya itu.

"Abang dah letak nama untuk princess comel abang ni?" Tanya Amanda selepas menjauhkan bibirnya dari bibir Tengku Affan.

"Belum lagi. Tapi, abang dah ada nama untuk princess comel kita ni." Teruja wajah Amanda.

MRS NOAH AFFAN [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang