Special Chapter : 1

12.4K 316 5
                                        

Selepas 3 tahun

Bercekak pinggang Amanda memandang dua orang yang berdiri tegak di hadapannya sambil menunduk menekur lantai. Nak di marah tapi.. Haih. Sabar saja lah.

"What are you guys doing?" Tanya Amanda dengan suara tertahan.

Tengku Affan menolak perlahan anaknya, Arash yang sedang berdiri di atas kerusi untuk menjawab soalan Amanda. Tetapi, Arash menolak Affan semula. Amanda memerhati dua orang ini bersilih ganti dengan pandangan garang. Mana tak takut jadinya bapa dan anak ni.

"Bila mummy tanya.. jawab. Bukan main tolak-tolak." Garang suara Amanda. Dia mula lah nak jadi mak singa sekarang ni. Sejak mengandung anak nombor dua ni. Garang Amanda makin menjadi.

Alhamdulillah! Kandungan Amanda pun dah masuk usia 5 bulan. Lagi 4 bulan sahaja lagi sebelum cahaya mata kedua mereka ini dilahirkan.

Terasa kelat air liur yang ditelan Tengku Affan ketika ini. Dengan gerakan perlahan dia mengangkat wajahnya memandang isterinya. Tiada langsung secalit senyuman yang terlakar di wajah cantik itu.

"Baking, mummy." Jawab Tengku Affan perlahan.

"Sampai bersepah macam ni?" Meliar mata Amanda melihat keadaan dapur. Tongkang pecah. Habis bersepah dan berselerak semuanya.

Tepung yang bertaburan di atas lantai. Telur pecah. Periuk belanga semua habis berantakan di mana-mana. Ni baking ke berperang dua beranak ni?

Amanda melepaskan keluhan beratnya dan tangan dia naik memicit kepalanya yang tiba-tiba terasa pening.

Tengku Affan yang melihat Amanda berkeadaan seperti dengan pantas kakinya dihayunkan bagi mendapatkan sang isteri.

"Sayang, are you okay?" Tanya Tengku Affan risau.

Mengangguk Amanda bagi menjawab soalan Tengku Affan.

"Pening kepala?" Amanda angguk lagi.

"Sayang duduk dulu. Biar abang kemas semua ni." Tengku Affan menarik kerusi yang berdekatan dan menolak Amanda perlahan bagi mendudukkan Amanda di kerusi.

"Sayang nak air?" Tanya Tengku Affan lagi.

"Hm." Hanya itu balasan Amanda. Dia tiba-tiba rasa mual ni. Lantas Tengku Affan berjalan ke peti ais dan mengambil air sejuk buat Amanda.

Sementara itu, Arash terkedek-kedek berjalan mendekati mummy nya. Dekat sahaja, tangan Amanda terus dicapai dan dikucup lembut.

"Mummy, Ayash inta maaf. Ayash sowwy.." Ucap Arash sambil meletakkan sebelah pipinya di tangan Amanda.

Matanya dikelipkan beberapa kali. Amanda yang melihat itu sudah merasa gemes. Comel betul anak dia ni. Geram lah. Kalau macam ni memang tak boleh lah dia nak marah lama-lama. Tak sampai hati nak marah.

"Mummy pun sorry sebab marah anak mummy tadi. Kosong-kosong?" Laju Arash mengangguk.

Tersenyum manis Tengku Affan melihat pemandangan indah yang terpampang di hadapan mata ini. Isteri dan anak-anaknya lah penguat semangat dia. Sayang, cinta dan kasih dia terhadap Amanda langsung tak pernah berkurang. Selalu bertambah.

Tengku Affan berjalan mendekati Amanda dan Arash. Di tangannya ada segelas cawan yang terisi air sejuk. Dekat sahaja terus dia menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya.

Dihulurkan gelas itu kepada Amanda. Amanda menyambut dengan baik dan dia meneguk air kosong itu. Arash terus diangkat oleh Tengku Affan dan didudukkan di atas pahanya.

Setelah itu, Amanda melihat wajah comot sang suami dan anaknya akibat tepung. Tersenyum kecil Amanda melihat suami dan anaknya. Dia meletakkan gelas itu di atas meja lali mendekati Tengku Affan dan Arash.

MRS NOAH AFFAN [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang