Affan | Amanda : 8

13K 433 2
                                        

Selesai sahaja makan, Tengku Affan dan Amanda bangun untuk keluar dari restoran.

Sedang elok mereka meluru berjalan ke arah pintu. Tiba-tiba ada satu suara menegur dan memanggil Tengku Affan.

"Affan." Berpusing Tengku Affan memandang gerangan yang memanggilnya. Amanda turut sama memandang gerangan itu.

"Mummy." Tersedak air liur Amanda. Mummy? Ini mummy Tengku Affan?

Lantas Tengku Affan berjalan mendekati mummy nya, Puan Sri Diana. Tangan dihulur untuk bersalam. Dikucup penuh hormat kekura tangan Puan Sri Diana.

"Ini ke anak sulung you, Diana?" Sampuk satu suara bertanya.

"Haa..ini lah anak sulung aku. Affan." Puan Sri Diana memperkenalkan Tengku Affan kepada seorang kawannya.

Tetapi, Amanda tercegat di tempatnya. Dia kaku. Macam kenal suara wanita itu. Perlahan matanya berkalih melihat wanita tersebut.

Damn!

Puan Sri Puteri! Mama Amanda.

"Siapa ni?" Tanya Puan Sri Diana kepada Tengku Affan. Dari tadi dia melihat Amanda hanya senyap di belakang Tengku Affan.

"Oh. Ini Amanda." Kata Tengku Affan.

Tersentak Amanda apabila mendengar namanya disebut. Perlahan bibirnya melorekkan senyuman. Puan Sri Diana sudah tersenyum manis melihat Amanda. Tapi, tidak pada Puan Sri Puteri. Dia terkejut melihat anaknya.

Perlahan Amanda mendekati Puan Sri Diana dan tangannya dihulur untuk bersalam. Dikucup tangan Puan Sri Diana dengan lemah lembut. Selepas itu, dia berpusing menghadap Puan Sri Puteri pula.

Jantungnya tak usah dikata. Sudah mengepam dengan laju. Takut tak terkata.

Huluran tangan Amanda, Puan Sri Puteri pandang agak lama. Setelah itu, baru lah dia menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Amanda.

Tengku Affan hanya melihat sahaja kelakuan Amanda dan Puan Sri Puteri. Kaku. Itu yang dia nampak pada Amanda dan Puan Sri Puteri. Padahal mereka ada lah ibu dan anak. Tapi..hmm.

Angkat sahaja kepala. Amanda tersenyum kecil pada Puan Sri Puteri. Tapi, mamanya itu hanya bersikap dingin. Puan Sri Puteri melihat Puan Sri Diana dan Tengku Affan. Selepas itu, baru lah dia balas senyuman Amanda tadi.

"Mama sihat?" Tanya Amanda mesra.

"Sihat." Sepatah balasan Puan Sri Puteri.

"Mama? Ini anak you ke?" Terkejut Puan Sri Diana apabila mendengar Amanda memanggil Puan Sri Puteri dengan panggilan mama.

Lambat-lambat Puan Sri Puteri menarik bibirnya membentuk senyuman manis. Kena lah mengaku nanti malu dengan kawan nya ini.

"Yes. This is my beautiful daughter. Amanda." Puan Sri Puteri langsung merangkul bahu Amanda dan dibawa merapat dengan dirinya. Tangannya sedikit mencengkam bahu Amanda.

Amanda mengemam bibir bagi menahan rasa sakit kerana cengkaman mama nya. Dia melakarkan senyuman kekok dan cuba mengawal reaksi wajahnya di hadapan Tengku Affan dan Puan Sri Diana.

"I tak tahu pula you ada anak perempuan. Sebelum ni I cuma nampak Adam je. But, before this you pernah cerita dekat I yang you ada anak perempuan tapi dah meninggal. Nama nya tak silap Ameline. Am I right?" Terang Puan Sri Diana meminta kepastian.

"Yah. Sebenarnya I ada dua orang anak perempuan. Arwah Ameline tu anak bongsu I. Ini anak kedua I."

"I tak pernah nampak bila I datang rumah you."

"Sebab dia duduk dengan nenek dia dekat kampung."

"Oh. But, why?" Tanya Puan Sri Diana ingin tahu lebih lanjut. Resah dan gelisah Puan Sri Puteri dibuatnya.

MRS NOAH AFFAN [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang