"Masuk!" Laung Syakira memberi izin kepada si pengetuk pintu untuk masuk ke dalam ruangan bilik kerjanya.
Pintu bilik kerjanya dikuak dari luar. Terjengul lah kepala si pengetuk tadi. Mengecil mata Syakira memandang Tengku Thaqif yang tersengih-sengih sambil melangkah masuk.
"What are you doing here, Tengku Thaqif Adham?" Soal Syakira dengan suaranya sengaja digarangkan.
"Nak jumpa kesayangan saya ni. Dah 3 hari saya tak jumpa awak. Saya rindu lah." Luah Tengku Thaqif jujur.
Dia menarik kerusi yang ada di hadapan Syakira dan melabuhkan punggungnya di situ. Syakira menahan rasa dari menarik bibirnya membentuk senyuman.
"Beria je lah nak rindu bagai. Over sangat." Kata Syakira menutup perasaannya yang sedang berdegup dengan laju. Padahal dia rasa macam nak terjelopok jatuh ni selepas mendengar luahan rindu Tengku Thaqif tadi.
"Awak tak rindu saya ke?" Soal Tengku Thaqif sambil menatap wajah Syakira yang ralit meneliti maklumat pesakitnya.
"Tak." Sepatah balasan Syakira.
"Okay. Saya sedar saya ni siapa je. Tak penting pun dalam hidup awak." Rajuk Tengku Thaqif dengan memasamkan wajahnya. Dia menunduk sambil bermain dengan jemarinya.
Syakira mengangkat kepalanya memandang si pujaan hati. Tersungging senyuman kecil di bibir dia. Comel pula dia tengok Tengku Thaqif merajuk macam ni. Gila dia tak rindu. Mestilah rindu. Tapi, malu nak mengaku.
"Merajuk lah tu." Kata Syakira perlahan. Tapi, dapat ditangkap oleh Tengku Thaqif.
"Mesti lah merajuk. Ada girlfriend pun tak nak rindu kita. Takpa lah. Saya baru nak ajak awak lunch. Tengok macam awak tengah busy je. Saya balik dulu." Berura-ura Tengku Thaqif ingin bangkit dari duduknya. Tapi, terhenti selepas mendengar Syakira memanggilnya dengan panggilan manis.
"Sayang saya ni merajuk ke?" Sebab nak pujuk je ni. Kalau tak, memang takda makna lah nak panggil Tengku Thaqif 'sayang'. Lamberttt lagi.
"Awak panggil saya apa?" Tanya Tengku Thaqif ingin kepastian.
"S-sayang." Tergagap-gagap Syakira menjawab.
"Awak mimpi apa sayang sampai panggil saya sayang ni?" Nampak teruja di wajah Tengku Thaqif.
Syakira melepaskan keluhan nafas. Dia memandang seraut wajah tampan Tengku Thaqif.
"S-sayang me-merajuk dengan saya."
"Lepastu sayang pujuk saya lah ni?" Tersengih suka Tengku Thaqif.
"Hm." Mengangguk Syakira.
"Kalau macam ni, tak jadi lah saya nak merajuk. Jom lunch sayang?" Ajak Tengku Thaqif dengan tersenyum manis pada Syakira.
Syakira mengalihkan pandangannya dari terus merenung wajah Tengku Thaqif. Tak elok untuk jantung. Rasa macam dah nak terkeluar dari soket ni.
"Jom. Awak belanja."
"Awak lagi? Tadi dah panggil sayang. Panggil lah saya sayang lagi." Menjuih bibir Tengku Thaqif.
"Tak payah mengada lah. Jom lah. Saya lapar ni." Bingkas Syakira bangun dari labuhannya dan berjalan mendekati pintu bilik kerjanya.
Tengku Thaqif masih statik di tempatnya. Dia merenung dalam Syakira. Berpusing Syakira memandang Tengku Thaqif yang sedang cemberut.
"Ya, sayang. Jom lah lunch. Saya dah lapar ni, sayang." Ajak Syakira sekali lagi dengan menggunakan panggilan sayang.
Langsung bibir Tengku Thaqif menerbitkan senyuman manis. Dia mendekati Syakira dan membukakan pintu buat si cinta hati.
Setelah itu, mereka berdua terus berjalan ke arah kafe hospital untuk makan tengah hari bersama. Nampaknya dekat hospital lah mereka banyak berdating. Haha.
![](https://img.wattpad.com/cover/341697069-288-k982301.jpg)
YOU ARE READING
MRS NOAH AFFAN [C]
RomanceTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...