Affan | Amanda : 26

13.5K 381 8
                                        

Diparking keretanya apabila sudah sampai di hadapan sebuah rumah banglo mewah yang tersergam indah. Tajam mata Tengku Affan memandang rumah itu. Macam nak tembus pandangannya.

Dia melangkah keluar dari dalam kereta. Dipusing kepala memandang ke belakang. Ada Alex dan Qay. Bodyguard Tengku Affan yang menaiki kereta Ford Mustang. Mereka diberi arahan agar tidak keluar dari kereta.

Setelah itu, Tengku Affan menapak mendekati pintu rumah dan ditekan loceng beberapa kali sehingga pintu rumah itu dibuka seseorang. Terjengul lah Maya.

Terus berubah wajah Maya apabila melihat Tengku Affan. Gembira. Laju dia mendekati Tengku Affan dan dipeluk. Tetapi, Tengku Affan pantas menolak Maya menjauh dari dia.

Tergamam Maya kerana Tengku Affan menolak dirinya. Dipandang wajah beku dan mendatar Tengku Affan. Langsung tiada reaksi senang mahupun gembira. Tapi, apa Maya kisah. Lagipun Tengku Affan memang macam tu.

"You buat apa dekat sini? Kenapa tak cakap dengan I yang you nak datang? Kalau tak boleh I prepare something special for you." Ujar Maya dengan ceria.

Tajam mata Tengku Affan memandang wajah Maya yang tersenyum-senyum itu. Kalau lah mata dia ada laser. Memang dah terbelah Maya ni. Elok-elok jadi Maya terus jadi mayat.

"Aku datang sini nak bagi warning dekat kau. Jangan kacau bini aku lagi. Lagi sekali kau datang jumpa dan serang isteri aku. Jangan tanya kenapa tangan aku naik hinggap dekat pipi kau." Keras nada suara Tengku Affan berkata.

Menelan air liur Maya mendengar nya. Tengku Affan tahu?

"Perempuan tu mengadu dekat you ke?" Soal Maya tidak puas hati.

"Dia tak mengadu. Tapi aku ada cara untuk tahu. Kau kenal aku kan Maya?" Perlahan suara Tengku Affan menuturkan kata.

"Isteri you tu yang kurang ajar. Lepastu dia tampar muka I." Adu Maya. Apa dia ingat Tengku Affan akan bela dia?

"Sebab kau yang kurang ajar dulu. Kau buat cerita bukan-bukan pasal aku dekat dia. Kau ingat aku tak tahu? Jangan jadikan diri kau perempuan pertama yang kena penampar aku. Memang koyak mulut kau, aku kejarkan." Kata Tengku Affan serius. Kalau tadi matanya sudah tajam. Apa lagi sekarang. Memang sangat tajam.

"Kau ingat Maya. Jangan disebabkan kita kenal lama. Kau boleh tuduh aku dan buat cerita bukan-bukan pasal aku dekat isteri aku. Lagi sekali kau buat. Memang kau bangun je, kau dah ada dalam tanah." Sambung Tengku Affan lagi.

Terdiam Maya. Tiada kata yang mampu keluar dari mulutnya. Dia tahu. Tengku Affan tak pernah main dengan kata-katanya barusan. Kalau dia kata dia buat, memang dia akan buat.

Apabila melihat Maya hanya mengeras di tempat nya. Tengku Affan terus berlalu pergi meninggalkan Maya yang dalam keadaan takut tanpa sebarang kata lagi.

~~~~~

Adam melihat Puan Sri Puteri yang sedang menuruni tangga dengan lenggang dan senang hati. Dia menegur mama nya itu.

"Nak pergi mana, mama?" Tanya Adam.

Berpusing Puan Sri Puteri memandang anak bujangnya. Terus dia melakarkan senyuman buat Adam.

"Mama nak keluar sekejap. Ada urusan. Petang nanti mama balik." Kata Puan Sri Puteri. Berura-ura dia ingin melangkah pergi tapi kakinya terhenti dari meneruskan langkahnya. Puan Sri Puteri berpaling semula menghadap Adam.

"Urusan dengan jantan?" Soal Adam bersahaja dengan menaikkan sebelah alis. Memandang jengkel.

"What do you mean by 'urusan dengan jantan'? You tuduh mama curang ke?"

MRS NOAH AFFAN [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang