Affan | Amanda : 13

12.9K 440 7
                                        

Selepas seminggu kejadian di mana dia dijodohkan oleh keluarganya dengan Tengku Affan. Dia sudah tidak bertemu dengan Tengku Affan lagi.

Masing-masing sibuk. Tiada masa untuk bertemu. Kadang-kadang cuma contact dari handphone sahaja. Segala persiapan kahwin mereka, diuruskan Amanda dan Puan Sri Diana.

Tengku Affan terlalu sibuk dengan kerjanya. Tapi, ada lah juga dia ambil tahu tentang perkembangan persiapan perkahwinan.

Hari ini, baru lah dia berkesempatan untuk menemani Amanda keluar mencari barang hantaran.

Tengku Affan melangkah masuk ke dalam kafe yang telah dijanji untuk berjumpa dengan Amanda bersama. Melilau mata dia mencari Amanda.

Tak lama selepas itu, mata dia menangkap satu susuk tubuh yang paling dia kenali. Siapa lagi kalau bukan Amanda. Langkah diatur ke arah Amanda.

"Assalamualaikum, bakal isteri." Sapa Tengku Affan setelah melabuhkan punggung di hadapan Amanda.

Amanda mengangkat kepala dan melihat Tengku Affan. Dia mengecilkan matanya apabila mendengar panggilan Tengku Affan buat diri dia.

"Waalaikumussalam, batu." Jawab Amanda ketus.

Tergelak kecil Tengku Affan. Dia tahu yang Amanda tidak suka dipanggil dengan panggilan yang baru sahaja dipanggil tadi. Tengok muka pun dah tahu.

"Sorry, lambat. Aku ada kerja sikit tadi. Dah makan?" Tanya Tengku Affan dengan nada lembut.

"Belum. Saya tunggu awak." Balas Amanda.

Dia perasan. Sejak mereka dijodohkan. Tengku Affan banyak berubah. Sekarang dia lebih lembut. Tak macam dulu. Kasar. Lepastu muka tu pun dah banyak senyum. Kalau dulu, muka batu je yang ditayangkan.

Kadang Amanda rasa nak tarik saja bibir Tengku Affan biar senyum sampai terkoyak. Tapi dia senyum pun cuma depan Amanda. Dengan orang lain memang batu lah muka dia. Senyum pun tak lah senyum lebar tu hah. Cuma setakat senyum nipis.

Kedekut!

Memang lepas kahwin nanti Amanda akan pastikan dari senyum nipis tu lah akan jadi senyum lebar. Kau tunggu, Tengku Affan.

"Kita makan dulu. Lepastu nanti baru kita cari barang hantaran." Cadang Tengku Affan.

"Okay, boleh. Saya pun dah lapar tunggu awak." Kata Amanda. Dia memanggil seorang pelayan perempuan.

Pelayan perempuan yang dipanggil itu terus melangkah menuju ke meja Tengku Affan dan Amanda. Di tangannya ada satu iPad untuk mengambil pesanan pelanggan.

Sampai sahaja di hadapan pasangan itu, dia terus bersedia dengan iPad tersebut. Dimaniskan wajahnya dengan senyuman.

"Nak order apa?" Tanya pelayan itu dengan sopan.

"Saya nak seafood bisque spaghetti. Awak?" Pesan Amanda dan beralih bertanya pada Tengku Affan.

"Sama. Air aku nak hot mocha." Kata Tengku Affan pada Amanda.

Berkerut dahi Amanda. Dia memandang Tengku Affan dan pelayan perempuan itu bersilih ganti.

"Kenapa cakap dengan saya? Cakap lah dengan akak ni." Tengku Affan menggeleng perlahan. Wajah pelayan perempuan itu langsung tidak dipandang. Dia memberi isyarat dengan kepala pada Amanda untuk memberi tahu pada pelayan itu.

Amanda menoleh memandang pelayan perempuan itu.

"Akak buat yang lelaki ini tadi minta lah. Akak dengar kan tadi dia cakap apa?" Pelayan itu mengangguk.

Tengku Affan pula memandang Amanda tidak puas hati.

'Lelaki ini? Siapa lelaki ini? Aku ni bakal suami kau.' Gumam hati Tengku Affan.

MRS NOAH AFFAN [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang