"Kita nak pergi mana ni?" Tanya Amanda kepada Tengku Affan yang sedang duduk di sebelahnya sambil bermain dengan telefon.
Hari ini, Tengku Affan tidak memandu. Alex yang memandu. Tengku Affan dia malas hendak drive kereta. Ada bodyguard apa guna. Bayar mahal-mahal kot. Takkan nak suruh dia goyang kaki saja. Huhu.
Berpaling kepala Tengku Affan merenung Amanda. Tangan dia naik mengusap perut besar isterinya sebelum mengelus pipi tembam Amanda.
"Abang nak bawa sayang pergi somewhere. Jumpa someone." Kata Tengku Affan tidak memberitahu secara detail.
"Who and where?" Soal Amanda.
"Nanti sayang tahu." Jawab Tengku Affan. Dia mengucup tepi kepala Amanda dengan penuh sayang.
"Okay." Amanda mendekatkan wajahnya dengan Tengku Affan dan menggeselkan puncak hidung mereka bersama. Tersenyum manis Tengku Affan dengan tingkah isterinya ini.
"Naughty. Ada Alex dan Qay tu." Kata Tengku Affan perlahan sambil mencuit puncak hidung Amanda.
"Biarlah. Bukan diaorang nampak pun." Tengku Affan menarik sedikit pipi Amanda. Geram sungguh Tengku Affan melihat pipi tembam Amanda itu. Dah macam pau. Setelah itu, diraih Amanda masuk ke dalam pelukan eratnya. Walaupun tak lah berapa erat sebab perut Amanda yang besar.
~~~~~
Melilau mata Amanda apabila sudah keluar dari kereta. Dia melihat sekeliling. Berkerut dahinya bila tidak mengenali tempat tersebut. Berpaling dia melihat Tengku Affan.
Tengku Affan yang seakan memahami kerutan di wajah Amanda dan mengerti apa yang sedang difikirkan oleh Amanda langsung berbicara.
"Kita jumpa mama." Ringkas kata-kata Tengku Affan. Terhenti langkah Amanda. Laju kepala dia merenung suaminya.
"Oh." Hanya itu balasan Amanda.
"Sayang okay ke? Kalau tak kita balik. Abang minta maaf sebab bawa sayang jumpa mama tak cakap dulu dengan sayang." Tutur Tengku Affan merasa bersalah pula apabila tidak memberitahu dahulu kepada Amanda tentang niatnya ini.
"Eh takpa. Lagipun saya memang nak jumpa dengan mama kan? Jom lah." Amanda memeluk erat lengan Tengku Affan. Dia menarik nafas dalam sebelum dihembus perlahan bagi menenangkan dirinya.
Tangan Amanda yang memeluk lengannya diusap perlahan bagai menenangkan diri Amanda. Dia tahu yang isterinya merasa gusar, takut dan gementar. Dikucup juga tepi kepala Amanda.
Sampai sahaja di bahagian wad yang menempatkan Puan Sri Puteri. Mereka berjumpa dengan Adam dan Syuhada. Amanda menegur abang dan kakak iparnya.
"Abang Adam. Kak Syu." Panggil Amanda. Berpaling mereka berdua memandang Amanda dan Tengku Affan yang berjalan menuju ke arah mereka.
Dekat sahaja, lantas Amanda menyalam tangan Adam dan Syuhada. Tengku Affan pula hanya bersalaman dengan Adam. Kalau dengan Syuhada dia memberikan senyuman nipis.
Setelah itu, Tengku Affan kembali merengkuh pinggang Amanda.
"Datang melawat mama juga ke?" Tanya Amanda.
"Ha'ah. Kenapa tak cakap nak datang? Kalau tak tadi boleh kita datang sama." Kata Adam.
"Aku sendiri pun tak tahu yang Affan nak bawa datang sini. Dah sampai sini baru aku tahu." Balas Amanda dengan mengerling sekilas suaminya di sebelah.
"Mama okay kan? Kalau aku melawat nanti mama halau aku tak?" Soal Amanda risau. Itu yang dia takutkan.
"Tak payah risau lah. Mama memang nak jumpa kau. Dia nak minta maaf." Beritahu Adam tidak berselindung.
ANDA SEDANG MEMBACA
MRS NOAH AFFAN [C]
RomantikaTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...
![MRS NOAH AFFAN [C]](https://img.wattpad.com/cover/341697069-64-k982301.jpg)