"Nek! Ohhhh..nenek." Menjerit Amanda memanggil Nenek Kalsom. Dari ruang tamu sehingga masuk ke ruang dapur.
Nenek Kalsom masih lagi tidak kelihatan. Menjuih bibir Amanda.
"Mana pula nenek pergi ni?" Tanya Amanda sendirian. Dia membuka tudung saji dan melihat ada ayam masak kurma dan sambal ikan bilis. Terliur Amanda dibuatnya.
Amanda baru sahaja sampai di kampung selepas balik dari Kuala Lumpur. Ada urusan di sana. Sekarang urusan dia tu semuanya dah selesai. Dia pulang semula ke kampung.
Diambil pinggan dan cawan di rak. Selepas itu, Amanda menyendok nasi ke dalam pinggan. Air kosong pula dituang ke dalam cawan.
"Sedap ni. Nenek ni macam tahu-tahu je aku nak balik." Gumam Amanda seorang diri.
Tak lama selepas itu, Amanda terdengar suara derapan kaki dari arah luar pintu dapur. Buka sahaja pintu itu, nenek Kalsom muncul dari sebalik pintu tersebut.
"Nek!" Jerit Amanda.
"Oi mak kau puicuwai leyo." Melatah nenek Kalsom. Terkeluar bahasa asing nenek Kalsom. Tak tahu lah bahasa apa.
Ketawa Amanda melihat nenek nya melatah. Galak sungguh dia. Nenek Kalsom berpusing melihat cucunya yang seronok mengetawakan diri dia.
"Kamu ni Manda. Nenek pelangkung satgi. Bila sampainya ni?" Marah nenek Kalsom.
Tapi, nak dimarah lebih-lebih pun takda guna. Amanda tak makan saman. Dalam ramai-ramai cucu dia. Amanda lah yang paling rapat. Mana tak rapat. Dari kecil dah dijaganya.
"Baru sampai. Manda cari nenek. Nenek takda. Nenek dari mana?" Tanya Amanda selepas reda dari ketawa.
"Dari rumah nek Jah."
"Gosip lah tu." Duga Amanda sambil makan.
"Tak baik menuduh. Tapi adalah sikit." Tersengih nenek Kalsom dan mengambil tempat di hadapan Amanda.
"Gosip apa? Manda nak tahu juga. Share lah. Macam tak biasa."
"Itu hah anak Pak Tam, Marisa. Katanya lari ikut jantan. Tak tahu lah jantan mana. Satu kampung dah kecoh." Beritahu nenek Kalsom.
Fokus Amanda mendengar apa yang diberitahu oleh nenek Kalsom.
"Serius lah nek? Setahu Manda, Marisa tu memang nakal. Tapi, takkan lah sampai macam tu." Tak percaya Amanda apabila mendengar berita tentang kawan sekampungnya itu.
"Mana lah nenek tahu. Nenek pun dengar daripada orang-orang kampung je."
"Bila Marisa lari?"
"Dah dua hari. Itu yang bini Pak Tam si Cik Kiah tu sampai pengsan."
"Kesian Cik Kiah dengan Pak Tam."
"Heh dok sah lah kamu kesian kan dia. Sebelum si Marisa lari. Cik Kiah menjaja cerita pasal anak orang. Difitnah nya itu ini. Sekarang kena batang hidung sendiri. Biar jadi pengajaran buat dia." Tutur nenek Kalsom.
"Betul juga. Mulut Cik Kiah tu memang selalu minta kena cabai. Harap-harap apa yang terjadi ni dapat lah bagi pengajaran dekat Cik Kiah." Sokong Amanda yang sudah pun selesai dari acara makannya.
"Ini kerja kamu dekat KL sana dah siap ke?" Soal nenek Kalsom ingin tahu.
"Sudah. Itu yang Manda balik. Selebihnya Putra uruskan."
"Kamu ni memang nak jadi ghost designer ke? Butik kamu tu dah meliar ke sana ke sini. Semua orang dah kenal. Tapi seorang pun tak pernah jumpa kamu. Selalu yang diaorang jumpa tu si Putra. Tak kesian ke dengan Putra?" Ujar nenek Kalsom sambil merenung tepat wajah cucu perempuannya ini.
ANDA SEDANG MEMBACA
MRS NOAH AFFAN [C]
RomanceTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...
![MRS NOAH AFFAN [C]](https://img.wattpad.com/cover/341697069-64-k982301.jpg)