Amanda merenung semua barang hantarannya. Semua sudah pun siap. Dari baju nikah sehingga lah pelamin untuk akad nikah.
Seperti yang dikatakan Amanda. Mereka akan menikah di kampung. Rumah nenek Kalsom.
Sekarang di rumah nenek Kalsom sudah ramai keluarga besar dia yang lain. Amanda di dalam bilik duduk di birai katil sambil termenung.
Tiba-tiba, dia teringat kata-kata Puan Sri Puteri seminggu yang lalu semasa di butik dia.
Terkejut juga dia apabila Puan Sri Puteri datang menemuinya di tempat kerja dia. Tak pernah lagi.
Flashback
"Syira." Panggil Amanda.
Syira yang sedang menyusun barang. Tersentak sedikit. Dia pantas menoleh menghadap Amanda.
"Ya, Cik Amanda. Kenapa? Ada apa-apa yang nak saya tolong?"
"Nura mana?" Tanya Amanda sambil mata dia melilau mencari lagi seorang pekerjanya itu.
"Oh. Nura pergi kedai sebelah. Dia beli topup. Kredit dia habis." Beritahu Syira.
"Ohh..takpa lah. Ini saya nak minta tolong sikit. Boleh tolong?" Laju Syira mengangguk.
"Nanti lunch saya nak keluar dengan Tengku. Awak dengan Nura jaga butik. Lepastu, suruh Putra jumpa dengan Datin Aini untuk settle kan baju yang Datin tu tempah. Lagi satu, nanti Puan Izyan datang nak ambil baju. Awak bagi baju dia yang saya dah siap gantung dekat dalam bilik kerja saya." Pesan Amanda panjang lebar.
Syira mendengar setiap pesanan majikan nya itu dengan baik. Fokus dia. Sesekali kepalanya di anggukkan.
"Baik, bos. Perintah anda siap dilaksanakan. Dan selamat berdating dengan tengku." Gurau Syira.
"Dating burit awak lah." Gelak Syira. Dia memang suka mengacau Amanda.
Tak lama selepas itu, pintu butik dibuka. Lantas Amanda keluar dan menyambut pelanggan yang baru masuk. Tiba-tiba sahaja, kaki dia terhenti di satu tempat.
Dia merenung orang yang berdiri tidak jauh darinya. Menelan air liur Amanda.
Puan Sri Puteri!
"Ma..mama." Perlahan Amanda menggerakkan kaki mendekati Puan Sri Puteri.
Dia menghulurkan tangan untuk bersalam. Tapi, huluran dia tidak disambut. Puan Sri Puteri berjalan menonong sahaja. Meliar mata dia melihat sekeliling butik.
"Aku tak sangka betul. Perempuan sial macam kau ni pun boleh berjaya. Sudah tu, goda pula anak kawan aku. Kau jual diri dekat budak tu?" Tebak Puan Sri Puteri. Sengaja ingin menyakitkan hati Amanda.
"Ma-mana ada, ma. Amanda tak buat perkara macam tu." Bela Amanda.
"Tak buat? Boleh percaya? Perempuan macam kau ni..dah tentu lah akan buat perkara sial macam tu. Sebab memang sesuai untuk kau. Kesian betul Affan dapat kau jadi bini dia. Ke..Affan tu saja nak main-main kan kau? Layak lah tu. Mana tahu masa hari nikah dia tak datang. Baru sedar. Kalau dia kahwin dengan kau, segala macam bala dia akan dapat." Bebel Puan Sri Puteri seraya menghina Amanda.
Amanda yang mendengar setiap bait bicara Puan Sri Amanda barusan. Hatinya terasa seperti disiat-siat. Sakit.
"Ma.." Seru Amanda dengan nada suara sayu.
"Jangan kau panggil aku dengan panggilan tu. Aku takda anak sial macam kau." Getus Puan Sri Puteri. Tajam mata dia merenung Amanda.
"Kenapa mama buat Manda macam ni? Apa salah Manda?" Lirih suara Amanda. Air matanya turut mengalir sama.
ANDA SEDANG MEMBACA
MRS NOAH AFFAN [C]
RomansaTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...
![MRS NOAH AFFAN [C]](https://img.wattpad.com/cover/341697069-64-k982301.jpg)