Affan | Amanda : 35

14.1K 363 6
                                        

Starich Empire

Ditatap wajah Amanda yang sedang nyenyak tidur. Tangan Tengku Affan naik menyeka peluh yang merenik di dahi.

Mereka baru sahaja selesai aktiviti mereka tadi. Lunyai Amanda. Tengku Affan tersenyum bila mengingat kejadian tadi. Amanda yang manja. Amanda yang menggoda. Amanda yang seksi. Amanda yang menawan. Segalanya lah Amanda.

Kalau macam ni hari-hari. Silap hari bulan. Memang perut Amanda dah membuncit. Dah lah sejak akhir-akhir ini Tengku Affan susah sikit nak berenggang dengan Amanda.

Asal berenggang sekejap je mula lah rindu. Mengada saja lah kau, Tengku Noah Affan.

Tidak berkelip mata Tengku Affan merenung wajah isterinya. Sayangnya dia. Kasihnya dia. Cintanya dia pada sang isteri. Jujur Tengku Affan katakan. Semakin bertambah.

Ditenung dalam wajah Amanda. Penat sangat ni sayang oi sampai ternganga sedikit mulut Amanda. Tengku Affan mengucup sekilas bibir Amanda. Selepas itu, dia menyelak duvet dan turun dari katil.

Tengku Affan mengambil seluar dan baju yang terletak di atas lantai lalu dipakai. Ada kerja nak kena buat. Lama-lama dalam bilik berdua dengan Amanda je takut jadi kerja lain.

Sebelum keluar, sempat Tengku Affan melabuhkan kucupan lembut di dahi sang isteri. Ditarik sedikit duvet bagi menutup dada Amanda. Tadi hampir nak ternampak.

Keluar sahaja dari bilik. Sudah ada Wais yang menunggu di hadapan meja. Dia berjalan menghampiri meja kerjanya.

"Kau buat apa dalam bilik tu?" Tanya Wais bila melihat Tengku Affan keluar dari private room.

"Tidur." Jawab Tengku Affan.

"Yalah tu tidur. Tadi aku nampak ada che puan Manda. Mana orangnya?" Tanya Wais lagi bila tidak melihat kelibat isteri cantik bos nya itu.

"Tidur." Jawapan sama diberi.

"Tidur, tidur, tidur. Kau jawab betul-betul. Jangan sampai aku masuk dalam." Ugut Wais. Bila tiada reaksi dari Tengku Affan. Dia mula membuka langkah.

"Selangkah lagi. Kaki kau patah." Serius nada suara Tengku Affan. Pandangan tajam dilemparkan pada Wais.

Tersengih Wais. Dia mengundurkan kembali langkahnya. Tengku Affan ni bukan boleh buat main. Lagi-lagi pasal Amanda. Karang memang betul kaki aku patah dibuatnya.

"Mana fail yang aku minta?" Soal Tengku Affan.

"Ni. Nah ambil." Dia letak gitu je fail depan Tengku Affan.

"Dah. Berambus." Halau Tengku Affan selamba.

"Rilek lah. Aku belum jumpa dengan bini kau lagi. Mana dia? Bagi lah aku jumpa bini kau."

"Kau pahal nak jumpa bini aku?"

"Rindu lah." Luah Wais selamba.

"Tengkorak kau rindu. Kau berambus! Elok-elok kau masuk bernyawa, keluar dah takda nyawa." Kata Tengku Affan dengan riak wajah yang cukup jelas sangat marah.

"Gurau je. Jangan lah macam tu. Ya ya, aku keluar ni." Muncung mulut Wais. Tak suka lah kena marah. Kita nak gurau je.

Menggeleng kepala Tengku Affan melihat tingkah Wais. Ada saja lah perangai dia.

~~~~~

Angkasa Ritma

Tersenyum sorang-sorang Tengku Thaqif memandang gambar Syakira. Kerja di atas meja langsung tak berjalan. Angau lah tu.

"Syakira, Syakira. Cantik nama." Puji Tengku Thaqif.

Zila yang baru melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Tengku Thaqif terheran sendiri apabila melihat majikan nya senyum seorang diri. Gila ke?

MRS NOAH AFFAN [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang