Amanda menarik nafas dalam dan cuba menenangkan hatinya yang terasa sendat. Pernafasannya dikawal agar tidak terasa sempit.
Berdiri tegak Amanda di hadapan pintu rumah keluarganya. Dua hari lepas, Tan Sri Khalil ada menelefonnya dan menyuruh dia untuk balik ke rumah. Katanya ada sesuatu yang ingin dibincangkan.
Teragak-agak Amanda ingin mengetuk pintu. Dia takut. Luka dia pun masih belum baik. Dia tidak tahu mahu memberi reaksi apa nanti selepas bertemu dengan mama nya.
Kejadian itu sangat-sangat memberi kesan pada Amanda. Amanda menarik nafas sekali lagi dan dihembuskan.
Setelah dia merasa tenang dan ada kekuatan sedikit. Baru lah Amanda berani untuk mengetuk pintu rumah.
Buka sahaja pintu rumah, tersenyum Amanda apabila melihat gerangan yang membuka pintu. Cik Lela!
"Assalamualaikum, Cik Lela." Ucap Amanda sopan. Dia menyalam tangan Cik Lela dengan penuh hormat.
"Waalaikumussalam. Ya Allah, Manda..Cik Lela rindu sangat dengan Manda." Terus diraih Amanda ke dalam pelukan. Diusap sayang belakang badan Amanda. Amanda juga membalas pelukan Cik Lela.
"Manda pun rindu sangat dengan Cik Lela. Cik Lela sihat?" Tanya Amanda selepas melepaskan pelukan.
"Alhamdulillah. Cik Lela tengok Manda makin cantik sekarang." Puji Cik Lela dan membelai lembut pipi Amanda.
Walaupun ada kesan torehan di wajah Amanda. Itu tidak membuat wajahnya cacat. Malah nampak cantik.
"Takda lah. Manda biasa je."
"Eh. Meh lah masuk. Lupa pula Cik Lela nak ajak Manda masuk." Ajak Cik Lela sambil menarik tangan Amanda untuk masuk.
Amanda melangkah masuk ke dalam rumah. Dia mengemam bibirnya dan dibasahkan sedikit bibir bawah. Dia terdengar suara-suara riuh di ruang tamu.
Ditarik sedikit baju Cik Lela. Terhenti langkah Cik Lela. Berpusing Cik Lela menghadap Amanda.
"Kenapa, Manda?" Tanya Cik Lela.
"Ada orang datang ke?" Soalan dibalas soalan.
"Ada." Sepatah jawapan Cik Lela.
"Siapa?" Soal Amanda ingin tahu.
"Keluarga Tengku Tan Sri Amirul." Jawab Cik Lela. Terkaku Amanda.
Keluarga Tengku Tan Sri Amirul? Itu bukan nama bapa Tengku Affan ke? Tapi kenapa keluarga Tengku Affan di sini? Buat apa mereka di sini? Ada urusan ke?
Bertubi-tubi soalan yang ada dalam fikiran Amanda ketika itu.
"Amanda. Amanda." Panggil Cik Lela menyedarkan Amanda yang tiba-tiba senyap dan termenung.
Tersentak Amanda bila mendengar suara Cik Lela memanggilnya. Dia menoleh memandang Cik Lela.
"Jom lah masuk. Semua dah tunggu Manda. Nenek Kalsom pun ada." Beritahu Cik Lela. Terus bertukar wajah Amanda. Ceria.
Nenek Kalsom?!
"Nenek ada?" Cik Lela angguk.
Langsung Amanda berjalan menuju ke ruang tamu. Sampai sahaja di ruang tamu, dapat Amanda lihat ada kedua orang tua Tengku Affan dan juga..Tengku Affan.
Apa lah si batu ni buat dekat sini?
Dia dah tak berjumpa dengan Tengku Affan selepas Tengku Affan membantunya tempoh hari dan menghantarnya pulang. Sejak dari hari itu, dia tak jumpa Tengku Affan.
Setelah itu, baru lah Amanda berpaling melihat nenek Kalsom. Dia berjalan mendekati nenek Kalsom. Perlahan langkahnya kerana nampak Puan Sri Puteri merenungnya tidak lepas.
YOU ARE READING
MRS NOAH AFFAN [C]
RomanceTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...