Affan | Amanda : 36

12.6K 364 2
                                        

Bina Maju

Seminggu sudah kejadian di mana Adam meluahkan perasaan dan mengajak Syuhada berkahwin. Selama seminggu itu juga lah Syuhada selalu mengelak dari berjumpa dengan Adam.

Kalau masuk ke bilik pejabat Adam. Pasti cepat-cepat Syuhada ingin keluar. Tak nak berdua dengan Adam lagi. Rasa tak selesa.

Adam melirik Syuhada dari cermin. Dia melihat Syuhada tampak khusyuk membuat kerja. Tetapi wajahnya ada sedikit serabut. Nampak seperti ada masalah.

Lagi 10 minit akan masuk waktu lunch. Adam menekan interkom memanggil Syuhada untuk masuk. Setelah itu, dia melihat Syuhada sudah pun bangun dari tempatnya dan berjalan ke arah hadapan pintu pejabat Adam.

Adam melaung sedikit kuat memberi izin kepada Syuhada untuk masuk ke dalam. Syuhada menguak pintu dan ditutup kembali. Lalu dia menapak mendekati Adam.

"Ya, bos. Ada apa?" Tanya Syuhada dengan sopan.

"Awak ada masalah ke?" Tanya Adam tanpa berbasa-basi. Berkerut seribu dahi Syuhada. Dengan gerakan perlahan dia menggelengkan kepalanya.

"Awak tak pandai menipu, Syu. Saya nampak jelas dari riak wajah awak. Beritahu saya. Awak ada masalah apa? Kalau saya boleh tolong. InshaAllah, saya tolong." Kata Adam.

Teragak-agak Syuhada ingin memberitahu. Dia mengemam rapat kedua ulas bibirnya. Boleh ke bagitahu?

"Takpa lah. Saya boleh uruskan sendiri. Bos tak payah risau." Berura-ura Syuhada mahu berpusing. Adam bersuara lagi.

"Syu. Just tell me. Saya tahu awak ada masalah."

"Emm.." Adam setia menunggu apa yang akan diberitahu Syuhada.

"Emm..takpa ke?" Soal Syuhada. Takut Adam tak selesa pula.

"Saya yang nak tahu." Jawab Adam.

"Emak saya."

"Kenapa dengan emak awak?"

"Emak saya masuk hospital. Dah tiga hari. Sekarang doktor suruh emak saya buat pembedahan sebab ketumbuhan dekat kepala emak saya dah makin merebak." Tutur Syuhada. Jelas membuat Adam terkejut.

"Ketumbuhan?" Syuhada angguk.

"Kenapa awak tak bagitahu saya?"

"Saya tak nak susahkan bos."

"Tapi sanggup tengok emak awak sakit?" Geleng Syuhada lagi.

"Berapa kos pembedahan tu?" Tanya Adam. Dia pasti. Mesti masalah kos.

"RM50, 000." Beritahu Syuhada.

"Saya bayar. Yang penting emak awak kena buat pembedahan tu."

"Eh takpa. Tak perlu susah bos nak bayarkan. Saya boleh bayar." Bantah Syuhada.

"Bila awak boleh bayar? Lepas emak awak dah takda?" Selar Adam keras.

Mengemam rapat bibir Syuhada. Memang dia tak mampu. Duit simpanan dia pun tidak sampai sebanyak itu. Cuma baru ada RM10, 000 sahaja.

"Kejap lagi ikut saya. Kita keluar lunch lepastu pergi hospital selesaikan urusan emak awak." Ujar Adam.

"Tapi.." Belum sempat Syuhada menghabiskan ayatnya. Adam memotong.

"Syuhada." Keras suara Adam ketika itu. Menunduk terus Syuhada kerana gerun dengan Adam.

Nak, tak nak. Dia perlu turutkan jua. Ini demi kebaikan emak dia. Nanti Syuhada akan ganti semula duit Adam. Walaupun dia tak tahu bila akan selesai.

~~~~~

Adam dan Syuhada melangkah masuk ke dalam restoran. Mereka terus berjalan mendekati satu meja yang agak hujung dan tersorok sedikit dari orang-orang.

MRS NOAH AFFAN [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang