Affan | Amanda : 24

14.1K 451 8
                                        

Teruja wajah Amanda apabila masuk ke dalam perkarangan rumah keluarga mertuanya. Tengku Affan mengerling sekilas melihat Amanda.

Terukir senyuman di bibir bila melihat isterinya gembira.

Kereta Amanda, Tengku Affan menyuruh Alex, salah seorang anak buah Tengku Affan untuk dibawa pulang ke rumah sana. Disebabkan itu, Amanda naik bersama dia.

Kesan lebam hujung bibir Amanda ditutup menggunakan foundation. Tengku Affan memarkirkan kereta Maserati Ghibli miliknya di dalam garaj.

Setelah itu, Tengku Affan mematikan enjin kereta dan mereka berlalu keluar dari perut kereta. Amanda jalan di hadapan dan Tengku Affan jalan di belakang.

"Assalamualaikum." Amanda memberi salam setelah melangkah masuk ke dalam rumah agam besar itu. Tengku Affan mengekori langkah sang isteri.

"Waalaikumussalam." Jawab Mak Cik Jah. Orang gaji rumah keluarga Tengku Affan. Tersenyum manis Mak Cik Jah melihat Amanda dan Tengku Affan.

"Mummy dan daddy ada mak cik?" Tanya Tengku Affan dengan sopan.

"Tengku dan Che Puan ada di dalam. Tengah duduk di ruang tamu." Balas Mak Cik Jah mesra.

"Oh. Ha ni mak cik. Saya kenalkan ni  isteri saya, Amanda." Tengku Affan mengenalkan Amanda kepada Mak Cik Jah.

"MasyaAllah. Cantiknya..nama mak cik Khatijah. Panggil mak cik Jah je." Puji Mak Cik Jah seraya memuji kecantikan Amanda.

Amanda membalas senyuman mak cik Jah. Malu dia kena puji. Eceh.

"Terima kasih, mak cik. Panggil saya, Manda je."

"Tapi.."

"Takpa. Saya lebih selesa kalau dipanggil Manda je. Tak payah lah nak che puan bagai. Kekok." Laju Amanda memintas ayat Mak Cik Jah.

Tengku Affan merenung sahaja wajah Amanda. Amanda memang mesra kalau dengan orang tua.

"Takpa ke tengku?" Tanya Mak Cik Jah pada Tengku Affan. Lebih kepada meminta izin. Berpaling kepala Tengku Affan memandang Mak Cik Jah.

"Takpa, mak cik. Yang penting isteri saya selesa. Kami masuk dulu. Nak jumpa mummy dan daddy." Pamit Tengku Affan dan menarik tangan Amanda.

Mereka berjalan menuju ke ruang tamu. Dari jauh sudah dapat melihat Tengku Tan Sri Amirul dan Puan Sri Diana yang lagi bersantai di rumah tamu sambil menonton tv bersama.

"Ehem." Tengku Affan berdehem bagi menyedarkan mummy dan daddy nya. Berpaling kepala kedua orang tuanya melihat dua figura yang baru sahaja lalu di hadapan mereka.

Terkejut Puan Sri Diana melihat anak sulung dan menantu sulungnya ada di sini. Tegak terus Puan Sri Diana duduk.

"Bila sampai ni?" Tanya Puan Sri Diana.

"Baru je, my." Jawab Tengku Affan.

Mereka berdua menyalam tangan Tengku Tan Sri Amirul dan Puan Sri Diana dengan penuh hormat. Sesudah itu, mereka duduk di sofa berkembar.

Melilau mata Tengku Affan mencari dua susuk tubuh adik kembarnya. Rumah pun sunyi. Jarang sangat rumah sunyi ni.

"Aryan dengan Anaqi mana, my?" Soal Tengku Affan.

"Keluar. Tak tahu ke mana. Katanya cari awek." Terkejut Tengku Affan dengar.

"Hah?"

"Biarlah. Dah besar. Dah boleh kahwin dah pun. Dapat lah mummy menantu lagi. Amanda sihat? Macam mana hidup dengan Affan? Dia ada buli Manda? Bagitahu mummy. Biar mummy debik dia ni hah." Seloroh Puan Sri Diana. Terletus tawa kecil Amanda sebelum menjawab.

MRS NOAH AFFAN [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang