Affan | Amanda : 28

13.6K 387 3
                                        

Syakira mengetuk pintu bilik kerja Doktor Kamal selepas mendapat panggilan dari doktor lelaki itu. Setelah mendapat izin dari Doktor Kamal. Baru lah Syakira buka dan melangkah masuk ke dalam.

Dia dapati ada seorang lelaki. Tapi, dia tidak dapat cam kerana lelaki itu duduk membalakangi pintu.

"Yes, doctor. Ada apa panggil saya?" Tanya Syakira ingin mengetahui tujuan Doktor Kamal memanggil dia.

"Syakira. Ini saya nak kenalkan awak dengan doktor baru kita. Hud Faleeq. Dia akan jadi rakan sekerja awak." Doktor Kamal mengenalkan Syakira pada lelaki tersebut. Pusing sahaja lelaki itu menghadap diri dia.

Zzap!

Terkejut Syakira. Dia tidak menyangka tentang ini.

"Hai, Kira. Long time no see." Kata Hud dengan tersenyum manis.

"H-hai." Balas Syakira.

"Korang berdua kenal ke?" Tanya Doktor Kamal.

"Dah lama kenal. Dari zaman universiti lagi." Jawab Hud. Mata dia tidak beralih dari menatap Syakira yang jelas memang sangat terkejut.

"Haaa..kalau macam tu senang lah kerja. Syakira, saya nak awak bawa Hud jalan-jalan pusing hospital ni. Saya nak awak guide dia. Boleh?" Arah Doktor Kamal. Bukan satu permintaan tapi lebih kepada arahan.

"Boleh, doktor." Jawab Syakira.

"Saya keluar dulu. Saya nak kena check pesakit." Sambung Syakira. Padahal dia nak lari.

Doktor Kamal sekadar mengangguk memberi izin pada Syakira untuk pergi. Hud melihat pemergian Syakira.

Keluar sahaja Syakira dari bilik kerja Doktor Kamal. Dia menarik nafas dalam. Terasa pendek tadi nafas dia. Sedang elok dia berjalan dengan tenang, tiba-tiba ada yang memanggil dari belakang.

Berpusing Syakira memandang gerangan yang memanggilnya. Ternyata Hud. Cepat-cepat Syakira berpusing kembali menghadap hadapan bagi melarikan diri dari Hud. Tapi, belum sempat dia melangkah lebih jauh. Hud sudah berada di hadapannya menghalang jalan dia.

"Hai, Kira." Sapa Hud mesra.

"Awak nak apa lagi, Hud?" Soal Syakira.

"Saya nak Amanda. Amanda mana?" Balas Hud. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket.

"Saya rasa tak perlu dah awak cari Manda lagi."

"Why not?"

"Buat apa awak nak cari dia?"

"Kalau saya cakap yang saya nak balik semula dekat dia. Awak okay?" Terjungkit kedua belah kening Syakira.

"Saya rasa lebih elok awak lupakan je niat 'baik' awak tu. Amanda takkan balik semula pada awak. Dia dah ada kehidupan yang lagi bagus. Jauh lebih baik berbanding dulu. Jangan ganggu dia." Omel Syakira panjang lebar. Perkataan 'baik' ditekan sedikit.

"Kalau saya cakap yang saya tak nak?"

"Bersedia untuk tidak melihat dunia lagi." Sejurus itu, Syakira terus berlalu pergi meninggalkan Hud.

Hud mengejar langkah Syakira.

"Apa maksud awak?" Tanya Hud tidak mengerti.

"Manda dah kahwin. Dia tu isteri orang." Terus-terang Syakira. Malas nak melayan Hud.

"Kenapa saya tak tahu?" Terkejut Hud mendengar berita tersebut.

"Takkan awak tak tengok instagram dia?" Hud menggeleng.

"Dia kahwin dengan siapa?" Penasaran Hud.

"Dengan orang lah. Takkan dengan binatang." Sempat Syakira membuat loyar buruk. Toya muka Hud merenung Syakira sekarang.

MRS NOAH AFFAN [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang