Affan | Amanda : 21

14.9K 491 6
                                        

Amanda merenung sahaja Tengku Affan yang sedang berkaca sambil bersiap-siap untuk ke pejabat. Sepatutnya Tengku Affan masih cuti. Tapi, ada hal mendadak. Terpaksa dia masuk office.

Setelah itu, perlahan Amanda menapak mendekati Tengku Affan. Di tangannya ada satu tie yang ingin dia pakaikan di leher suaminya.

"Saya pakaikan awak tie." Kata Amanda.

Tengku Affan melihat tie yang ada di tangan Amanda. Selepas itu, dia berpusing menghadap Amanda dan bersedia untuk dipakaikan tie oleh Amanda.

"Tak sampai.." Merengek Amanda manja.

"Kejap." Tengku Affan mengambil satu kerusi kecil dan diletakkan di bawah dan menyuruh Amanda untuk memijak kerusi tersebut.

Amanda langsung memijak kerusi kecil itu. Walaupun tidak lah tinggi mana. Tapi, sekurangnya dia tidak lah jadi sependek tadi.

Tengku Affan menatap wajah cantik Amanda. Dari dahi, kening, bulu mata, mata, hidung, pipi dan bibir yang sentiasa menjadi igauan. Haih. Kuatkan lah iman ku.

"Siap." Separa menjerit Amanda. Berpaling Tengku Affan memandang cermin. Kemas. Pandai isteri dia pakaikan tie.

"Mana belajar pakaikan tie ni?" Penasaran Tengku Affan ingin tahu.

"Awak lupa yang isteri awak ni fashion designer?" Tengku Affan hanya meng'oh'kan sahaja.

"Awakkkk.." Meleret suara Amanda memanggil Tengku Affan.

"Hm."

"Nanti tengah hari saya nak datang office awak boleh? Kita lunch sama-sama." Kata Amanda seraya meminta izin.

"Boleh, sweetheart."

"Kenapa suka panggil saya sweetheart?"

"Sebab kau nampak manis."

"Kalau kita tukar panggilan nak?" Cadang Amanda.

"Kau nak panggil apa?" Soal Tengku Affan sambil tangan dia melilit pinggang Amanda. Dibawa tubuh nya merapat dengan Amanda.

"Awak nak saya panggil awak apa?" Soalan dibalas soalan.

"Aku dulu suka berangan kalau ada isteri aku nak isteri aku panggil aku 'abang'." Beritahu Tengku Affan jujur.

"Abang?" Tengku Affan mengangguk.

"Why abang?" Soal Amanda ingin tahu.

"Tak tahu. Cuma suka dari dulu tengok mummy panggil daddy 'abang'. Nampak comel." Ujar Tengku Affan.

"Oh. Okay, abang." Tersenyum Amanda selepas memanggil Tengku Affan dengan panggilan tersebut.

"That's cute. Now, your turn. Kau ada panggilan yang nak aku panggil ke?" Amanda angguk beria.

"What is it?"

"Sayang."

"Sayang?" Amanda angguk lagi.

"Why sayang?"

"Sebab rasa disayangi gitu." Tersengih Amanda menampakkan barisan gigi dia yang tersusun rapi.

"Oh. Okay, sayang." Ajuk Tengku Affan meniru ayat Amanda.

"Abang."

"Sayang."

"Tapi, sweetheart tu?"

"Tetap. Because you always be my sweetheart." Balas Tengku Affan romantik.

Darah pekat menyerbu ke wajah Amanda. Memerah habis wajah cantik molek itu. Tengku Affan yang melihat itu sudah tersenyum.

MRS NOAH AFFAN [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang