Tengku Affan memandang sepi Amanda yang terbaring di atas katil hospital. Dilihat pipi Amanda yang ditampal dan tangan kanan Amanda yang dibalut.
Tiba-tiba, fikirannya menerawang memikirkan apa yang disampaikan Wais kepada dia. Terkejut juga dia apabila mengetahui dalang di sebalik kecederaan Amanda sekarang.
Sungguh dia tidak menyangka.
Tengku Affan meraup wajahnya dengan telapak tangan. Dia masih berfikir kenapa Puan Sri Puteri boleh sekejam ini kepada anak sendiri.
Sangat dia tidak mengerti.
Tiba-tiba, pintu bilik yang menempatkan Amanda dibuka dengan sedikit kasar. Dapat Tengku Affan lihat wajah serabut Adam.
"Amanda okay?" Tanya Adam tanpa basa-basi.
"Dia okay. Nasib torehan dekat muka dia tak terlalu dalam. Kalau tidak boleh ada parut. Tapi ada satu torehan dekat tangan dia hampir kena nadi." Terang Tengku Affan.
Adam melepaskan nafas lega selepas mendengar keadaan Amanda. Dia memegang tangan Amanda. Bersyukur dia sekurang-kurangnya torehan itu tidak meninggalkan kesan yang teruk.
"Yang buat Amanda jadi macam ni mama kau ke?" Tebak Tengku Affan.
Adam menganggukkan kepala. Nak menipu pun tak boleh. Dia pasti. Tengku Affan sudah tahu siapa yang mencederakan Amanda.
"Kenapa mama kau buat macam tu?" Penasaran Tengku Affan.
"Aku boleh jawab. Tapi, Amanda lebih layak untuk jawab. Apa yang aku boleh kata. Mama aku terlalu bencikan Amanda. Dan ini ada kaitan dengan arwah adik bongsu kami, Ameline." Kata Adam sambil matanya setia merenung wajah Amanda.
Berkerut dahi Tengku Affan. Setelah itu, matanya berkalih memandang Amanda yang lena.
"Aku nak minta tolong kau. Kahwin dengan adik aku." Pinta Adam tiba-tiba meluahkan hasrat.
"K-kau tak main-main kan?" Soal Tengku Affan inginkan kepastian. Terkejut dia mendengar permintaan Adam barusan.
"Tak. Bagi aku ini je cara untuk jauhkan mama aku dari dekat dengan Amanda. Aku tak boleh nak ada 24 jam dengan Manda." Kata Adam serius.
"Tapi.." Ayat Tengku Affan dipotong Adam.
"Please, Affan." Merayu Adam.
Tengku Affan diam tidak bersuara. Mata dia memandang tepat wajah Amanda. Kahwin?
~~~~~
"Assalamualaikum. Adik kamu macam mana Adam?" Sapa nenek Kalsom di talian sebelah sana. Risau dia apabila Adam ada mengirim mesej memberitahu tentang keadaan Amanda.
Tidak senang duduk nenek Kalsom dibuatnya di kampung. Resah.
"Waalaikumussalam. Alhamdulillah, Manda baik-baik saja, nek. Takda yang serius mana pun. Nasib dia baik sebab ada satu kesan torehan hampir nak kena nadi dia." Beritahu Adam jujur.
"Astaghfirullah al azim. Mama kamu tu dah gila ke? Anak sendiri nak dibunuhnya. Dari dulu lagi. Tak faham lah nenek. Padahal dah terang-terang bukan salah Amanda." Tegas suara nenek Kalsom. Geram dia dengan anak perempuan nya itu.
"Tak tahu lah, nek. Itu pun papa dah marah mama. Mama boleh rilek lagi. Tenang. Macam orang tak buat salah." Kata Adam dengan penuh kesal sambil mengadu sikap mama nya kepada nenek Kalsom.
"Mama kamu tu memang macam tu. Tak tahu lah hantu mana yang rasuk sampai perangai dia makin menjadi-jadi teruknya." Ujar nenek Kalsom. Dia turut merasa kesal.
"Takpa lah, nek. Nanti Adam call lagi bagitahu pasal Manda. Adam letak dulu. Assalamualaikum." Pamit Adam dengan sopan.
"Yalah. Waalaikumussalam." Balas nenek Kalsom.
ANDA SEDANG MEMBACA
MRS NOAH AFFAN [C]
Storie d'AmoreTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...
![MRS NOAH AFFAN [C]](https://img.wattpad.com/cover/341697069-64-k982301.jpg)