Akhirnya, selesai jua majlis nikah Amanda dan Tengku Affan. Semua tetamu sudah pun pulang. Sekarang ini, Amanda menghantar keluarga mertuanya ke kereta.
Amanda berjalan berpimpin tangan dengan Puan Sri Diana. Manakala, kaum lelaki di belakang.
Sampai sahaja di kereta Vellfire, mereka berhenti berjalan.
"Affan, ingat kata mummy. Jaga Amanda baik-baik. Sayang dan cintakan Amanda sepenuh hati. Kalau, belum ada perasaan tu. Dipupuk sebaik mungkin untuk yang halal. Faham?" Pesan Puan Sri Diana pada Tengku Affan.
"Baik, mummy. InshaAllah." Tengku Affan mengangguk sekali dan matanya berkalih melihat sang isteri yang berada di sebelah Puan Sri Diana.
"Daddy dan mummy gerak dulu. Affan ingat pesan daddy dan mummy. Jangan lupa." Sampuk Tengku Tan Sri Amirul.
Dia menepuk bahu kanan anak sulungnya itu. Selepas itu, Tengku Tan Sri Amirul menoleh memandang anak kembarnya pula.
"Ini kereta kamu berdua mana?" Tanya Tengku Tan Sri Amirul.
"Naik kereta Aryan tadi. Parking dekat sana tu hah." Jawab Tengku Aryan dengan menunjukkan keretanya.
"Ha yalah. Jumpa dekat rumah." Tengku Tan Sri Amirul dan Puan Sri Diana langsung masuk ke dalam kereta. Tengku Affan dan Amanda menyalam kedua tangan orang tua mereka dengan penuh hormat.
"Jangan bawa kereta laju sangat, Aryan." Kata Puan Sri Diana seraya mengingatkan. Bukannya tidak tahu yang anak keduanya ini kalau bawa kereta..haih.
"Tak laju mana pun, my. Setakat bawa macam dalam lumba F1 tu boleh lah." Gurau Tengku Aryan.
Menjegil mata Puan Sri Diana. Ada sahaja lah jawapannya.
"Mummy, cubit kamu nanti." Puan Sri Diana membuat gaya mencubit.
Tersengih-sengih Tengku Aryan. Kedua tangannya diangkat gaya surrender tanda tidak mahu.
"Mummy, pergi dulu Manda. Ajar-ajar lah budak bandar ni macam mana cara nak jadi budak kampung." Pesan Puan Sri Diana.
Tergelak kecil Amanda dibuatnya. Dia mengerling sekilas melihat Tengku Affan di sebelah.
"InshaAllah, mummy. Tapi, kalau Manda buli sikit anak mummy ni takpa kan?" Puan Sri Diana memberi thumbs-up pada Amanda tanda diberi keizinan.
Laju kepala Tengku Affan berpaling memandang isterinya. Mengecil mata dia merenung Amanda yang tersenyum-senyum itu.
"Kitaorang pergi dekat kereta dulu lah. Along dan kakak ipar jumpa nanti dekat KL. Bye..assalamualaikum." Kata Tengku Anaqi ceria. Ditarik tangan Tengku Aryan menuju ke arah kereta.
Sempat juga mereka menyalam tangan Tengku Affan dan Amanda.
Tengku Tan Sri Amirul turut menutup pintu kereta. Mereka menurunkan cermin tingkap kereta dan melambaikan tangan selepas kereta mula bergerak. Amanda membalas lambaian tangan Puan Sri Diana.
Amanda melihat pemergian kereta Vellfire itu sehingga hilang dari pandangan. Dia melepaskan nafas lega. Penat pula rasanya.
"Buli eh?" Tanya Tengku Affan.
"Hah?" Blur Amanda.
"Tadi kau cakap dengan mummy kata nak buli aku. Boleh ke buli aku?"
"Awak nak kena buli ke? Dekat kampung ni macam-macam boleh buat. Hmm..contohnya berkubang, memancing tak pun budak-budak kampung sini suka mandi dekat parit besar depan sana tu hah. Lepas memancing kena siang ikan sendiri. Pandai siang tak?" Berkerut dahi Tengku Affan.
"Mandi dekat parit besar sana?" Amanda angguk.
"Kan kotor airnya."
"Heh..siapa kata kotor? Bersih lah. Ini bukan parit tempat orang buang sampah. Parit ni bersih. Air pun jernih." Kata Amanda.
ANDA SEDANG MEMBACA
MRS NOAH AFFAN [C]
RomanceTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...
![MRS NOAH AFFAN [C]](https://img.wattpad.com/cover/341697069-64-k982301.jpg)