"Terima kasih lah tengku sebab sudi datang ke sini." Ucap pengasas rumah orang tua tersebut.
"Takda apa lah Encik Khairi. Saya pun dah lama tak ke sini. Anak-anak sihat?" Tanya Tengku Affan. Anak-anak?
Ya. Anak-anak yatim yang menjadi anak angkat Tengku Affan.
"Alhamdulillah, semua sihat. Tapi, itu lah. Diaorang selalu tanya pasal tengku. Bila ayah diaorang nak datang." Tergelak kecil Tengku Affan mendengar. Rindu pula dia pada anak-anaknya itu.
"InshaAllah. Lately ni saya busy sikit. Saya pun rindu diaorang. Nanti ada masa lapang saya datang." Kata Tengku Affan.
Berpaling kepala Tengku Affan melihat Amanda yang duduk di pangkin seorang diri. Encik Khairi turut memandang ke arah yang sama.
"Siapa perempuan yang tengku bawa tu? Girlfriend ke?" Tanya Encik Khairi seraya mengusik.
"Eh, takda lah. Kawan je. Lagipun dia anak kepada kawan daddy saya." Beritahu Tengku Affan.
"Apa salahnya. Tengku kan single. Kalau lah Cik Amanda tu pun single. Jangan lama-lama. Takut dikebas orang nanti. Melopongggg tengku dibuatnya karang. Saya tengok-tengok Cik Amanda ni baik orangnya. Tak kekok pun melayan orang-orang tua. Mesra dan lembut saja." Terang Encik Khairi panjang lebar.
Dia suka akan sikap Amanda. Terlalu lembut.
Diam. Tiada balasan dari Tengku Affan. Hanya melemparkan senyuman nipis buat Encik Khairi. Selepas itu, pandangan berkalih semula melihat Amanda.
Redup pandangan dia memandang Amanda. Sungguh dia senang melihat Amanda tadi semasa melayan semua orang-orang tua di sini.
"Saya pergi sana dulu lah, Encik Khairi. Nanti kalau ada apa-apa nak saya bantu, bagitahu je." Pesan Tengku Affan.
"InshaAllah. Yalah, silakan. Saya pun nak masuk. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." Sejurus itu, terus Tengku Affan membawa langkahnya mendekati Amanda.
Dekat sahaja, terus dipetik jarinya di hadapan Amanda bagi menyedarkan Amanda tentang keberadaan dia. Tersentak Amanda dan berpaling melihat Tengku Affan yang sudah pun duduk di sebelahnya.
"Kau termenungkan apa?" Tanya Tengku Affan. Amanda menggelengkan kepala.
"Boleh aku tahu kenapa hubungan kau dengan mama kau renggang? Itupun kalau kau sudi nak berkongsi lah." Kata Tengku Affan sambil menatap sisi wajah Amanda.
Amanda senyap sahaja. Dia masih tertanya-tanya apa dia boleh untuk berkongsi tentang diri dia dengan Tengku Affan? Tapi, kalau Tengku Affan membencinya macam mana? Sama macam mama dia benci kan dia.
"Takpa lah, Affan. Awak tak perlu tahu. Cukup awak tahu yang saya memang tak rapat dengan mama saya. Cukup juga hanya mama saja yang benci saya. Saya tak nak tambahkan lagi kebencian orang pada saya." Ujar Amanda perlahan. Kepalanya ditundukkan memandang kaki dia yang dimainkan bersama.
"Okay. Tapi, dua perkara kau kena tahu. Aku takkan benci kau walau semesta alam ini membenci kau dan aku akan ada selalu untuk kau bila-bila masa saja kau perlukan aku. Ricordati che. Non dimenticare, bambino. (Ingat tu. Jangan lupa, babygirl.)" Tutur Tengku Affan dengan akhir kata menggunakan bahasa asing yang tidak dapat Amanda fahami.
"Awak cakap apa tu? Ricor che non care, bambino?" Bingung Amanda. Mukanya sudah menunjukkan berjuta kerutan di situ.
Tergelak Tengku Affan apabila mendengar Amanda yang cuba menuturkan kembali ayat dia dalam bahasa Itali tadi.
"Awak gelak kenapa? Awak cakap apa tadi? Saya tak faham. Boleh tak cakap pakai bahasa elok sikit? Ini dah serupa macam bahasa alien." Bebel Amanda dan dipukul bahu Tengku Affan dengan sedikit kuat apabila Tengku Affan masih galak ketawakan dia.
ANDA SEDANG MEMBACA
MRS NOAH AFFAN [C]
RomanceTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...
![MRS NOAH AFFAN [C]](https://img.wattpad.com/cover/341697069-64-k982301.jpg)