Setia Tengku Affan mengekori setiap langkah sang isteri. Ke mana sahaja Amanda pergi. Dia ikut. Sekarang mereka lagi berada di mall. Amanda kata nak shopping barang baby.
Masalahnya nak shopping apa lagi. Dah banyak barang baby dekat rumah tu. Sekarang nak shopping lagi. Haih lah isteri. Tak ikutkan, merajuk. Itu lah perangai baru Amanda setelah masuk 7 bulan usia kandungannya.
Arash di mana? Arash berada di rumah tok daddy dan nek mummy dia. Sudah dua hari anak mereka itu di sana. Budak tu pun seronok sahaja di rumah tok daddy dan nek mummy dia.
Bila ditanya bila nak pulang? Dia jawab.. nanti-nanti lah balik. Rumah mummy dan daddy tak best sebab pak ngah dan paksu dia takda. Menepuk dahi Tengku Affan mendengar jawapan geliga si anak.
"Abang.." Meleret suara Amanda memanggil Tengku Affan.
Terangkat kedua kening Tengku Affan merenung isterinya. Bila suara dah macam tu, mesti ada sesuatu yang dia nak.
"Kenapa, sayang?" Soalnya.
"Nak tu." Memuncung mulut Amanda menunjuk ke arah kedai yang menjual kek dan beberapa manisan lain.
"No. Minggu ni saja sayang dah banyak makan benda manis." Halang Tengku Affan tidak memberi izin.
"Alahhh.." Mencebik bibir Amanda. Tangannya yang digenggam Tengku Affan ditarik. Mengeluh di dalam hati Tengku Affan bila melihat isterinya mula membuat perangai. Dah lah diaorang dekat tengah-tengah mall ni. Masa-masa ni juga lah bininya nak buat perangai.
"Abang bukan tak nak bagi. Tapi, sayang dah banyak makan benda manis minggu ni. Tak elok lah. Kita cari makanan lain eh?" Pujuk Tengku Affan dengan lembut agar isterinya luluh.
Dipegang wajah Amanda dan diusap lembut. Ditatap wajah isterinya. Pandangan dia penuh hangat merenung sang isteri. Amanda tidak memandangnya. Dia memandang ke arah lain.
Kita nak marshmellow saja. Lepastu cicah dengan coklat. Susah sangat ke? Bukannya makanan yang susah nak dicari. Dah ada depan mata tu. Itu pun suami dia tak bagi. Hm!
"Sayang.. jangan lah macam ni. Kita cari makanan lain eh? Sayang nak makan apa? Cakap dengan abang." Pujuk Tengku Affan lagi tidak jemu.
"Nak tu juga. Tak nak makanan lain." Bidas Amanda berkeras mahukan marshmellow dan coklat.
Tengku Affan menarik nafas dalam dan dihembus perlahan.
"Jangan nak cari gaduh. Abang kata tak boleh, tak boleh. Dengar ke tak?" Perlahan suara Tengku Affan berbicara. Tidak mahu menggamit orang-orang di situ memandang ke arah mereka.
Tercebik bibir Amanda. Tengku Affan marah dia. Langsung dia berpusing dan meninggalkan Tengku Affan di belakang. Tak nak jalan dengan suaminya. Biar dia jalan sorang-sorang. Minta marshmellow pun tak boleh.
Air matanya mula bertakung di tubir mata dia. Hatinya terasa remuk bila Tengku Affan berkata begitu pada dia. Boleh kan cakap elok-elok? Kenapa kena marah? Hish!
Tengku Affan sudah termangu-mangu di situ apabila isterinya sudah meninggalkan dia dan berjalan seorang diri. Ini yang dia malas ni. Asal tak dapat, macam ni lah gayanya. Merajuk, tarik muka dan masam muka. Haih. Isteri lah isteri.
Dibiarkan Amanda berjalan seorang diri. Tengku Affan bergerak ke arah penjual yang menjual marshmellow dan coklat yang dipinta Amanda tadi.
Nanti-nanti dia cari Amanda. Lagipun dia dah letak GPS dekat handphone Amanda. Senang untuk dia detect mana isterinya pergi. Tengku Affan melihat ke mana arah Amanda di handphone nya. Ternyata Amanda masuk ke dalam satu restoran di mall besar itu. Tersenyum Tengku Affan.

ANDA SEDANG MEMBACA
MRS NOAH AFFAN [C]
RomanceTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...