Berpusing Amanda ke kiri dan ke kanan. Merengus kasar Amanda apabila dia tidak dapat tidur. Dah lah lapar. Lepastu Tengku Affan pun tiada di sebelahnya.
Kan Amanda tak bagi tidur dengan dia malam ni. Itu yang Tengku Affan tiada.
"Lapar lah. Terasa macam nak makan rendang ayam lah. Dah pukul berapa eh?" Digaru perlahan bawah dagunya. Amanda mencapai handphone nya dan melihat waktu.
Terjengil sedikit biji matanya bila waktu menunjukkan jam 2 pagi. Wahai Amanda. 2 pagi mana nak cari rendang ayam?!
"Umm.. lapar.." Merengek Amanda kerana kelaparan.
Tidak dapat dia tahan. Amanda turun dari katil dan melangkah keluar dari bilik tidur. Dia mencari figura suaminya. Dia nak rendang ayam juga. Takda rendang ayam jangan sampai suami dia yang jadi rendang.
Amanda berjalan menuju ke arah bilik kerja Tengku Affan. Firasat dia mengatakan yang Tengku Affan berada di bilik kerjanya.
Sampai sahaja di hadapan pintu bilik kerja suaminya, Amanda memulas tombol pintu dan menjegulkan sedikit kepalanya untuk mengintai ke dalam bilik.
Bersinar mata dia apabila melihat susuk tubuh yang dicari-cari ada. Amanda melangkah masuk dan menapak mendekati sang suami yang tertidur di atas sofa.
Kesian dia tengok suaminya. Tapi, siapa suruh panggil aku ikan buntal. Kan mendapat.
Perlahan Amanda melabuhkan duduknya di sebelah Tengku Affan. Tangan dia naik mengusap lembut wajah suaminya. Tak sampai hati pula nak kejutkan. Tapi, dia nak makan.
Terlepas keluhan dari celah kedua ulas bibir Amanda. Dilema lah macam ni.
Tengku Affan yang terasa wajahnya seperti sedang diusap oleh seseorang. Pantas dia mencelikkan mata. Buka sahaja matanya, wajah sang isteri yang terpapar di hadapan. Dia lantas bangun dan duduk menghadap Amanda.
"Sayang kenapa dekat sini?" Tanya Tengku Affan.
Amanda mencebikkan bibirnya. Matanya juga mula berkaca-kaca. Perlahan-lahan air mata dia jatuh mengalir di pipi. Kabut Tengku Affan jadinya. Dah kenapa isterinya tiba-tiba menangis ni?
"Hey, hey. Kenapa ni? Sayang ada sakit dekat mana-mana ke? Perut sayang sakit? Tangan tersepit? Ke apa? Bagitahu abang." Bertubi-tubi soalan Tengku Affan kepada Amanda. Sambil-sambil itu, jarinya menyeka air mata Amanda.
"Lapar.." Merengek Amanda mengadu lapar. Ternganga Tengku Affan tiga saat.
"Lapar?" Soal Tengku Affan. Menggangguk Amanda mengiyakan soalan Tengku Affan tadi.
"Sayang nak makan apa?" Tanya Tengku Affan yang kembali mamai. Kepalanya dijatuhkan di bahu Amanda.
"Rendang ayam." Jawab Amanda perlahan. Laju Tengku Affan mengangkat kepalanya. Dia memandang wajah isterinya tidak percaya.
"Dah pukul berapa?" Amanda membuat jari peace tanda pukul 2.
"Mana cari rendang ayam waktu-waktu macam ni, sayang?"
"Tak tahu." Diangkat kedua bahunya.
"Nak makan sangat-sangat?" Amanda angguk beria.
"Tak boleh tunggu nanti pagi?" Amanda menggeleng pula.
"Tapi mana ada kedai yang buka sayang." Kata Tengku Affan cuba memujuk kekasih hati dia ini.
"Kalau takda kedai buka. Abang masak lah." Enteng sahaja jawapan dia. Tengku Affan dan menganga tak percaya. Dia masak?! Nak terbakar dapur tu nanti dibuatnya.
"Sayang ni sihat ke tak? Abang mana lah pandai masak." Ditekapkan belakang tapak tangannya kepada dahi Amanda bagai mahu memeriksa suhu.
Amanda menepis tangan suaminya yang berada di dahi dia. Air mata yang tadi sudah kering kini kembali mengalir.
ANDA SEDANG MEMBACA
MRS NOAH AFFAN [C]
RomanceTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...
![MRS NOAH AFFAN [C]](https://img.wattpad.com/cover/341697069-64-k982301.jpg)